Bab 1

884 103 19
                                    

"Faeq...bangun jom kita solat subuh sama sama"kejut Adriana dengan sangat lembut

"Ishh jangan kacau boleh tak...aku nak tido lah perempuan!!"tubuh Adriana di tolak ke bawah katil.

Adriana bangun lalu menghapus air mata dan terus mengerjakan solat subuh.

Selesai solat subuh dia langsung keluar dari bilik dan langsung bergegas ke dapur untuk menyiapkan sarapan.Al maklumlah duduk rumah mak mertua dan Harini dia sudah mula menjadi isteri orang.

"Ehh puan takpe puan rehat je dulu biar saya buat semua ni"larang Mak Leha sebagai ketua bibik-bibik dalam rumah Tuan Azhar iaitu ayah kepada Faeq.Maklumlah rumah besar mesti
Bibik pun mesti lah ramai Kann.

"Ehh takpe Mak Leha Takpee ii saya boleh buat ni"jawab Adriana sambil mengaduk nasi goreng.

"Takpee puan...nanti puan Sharifah nampak dia marah saya pulak"Kata Mak Leha sambil terus Mengambil senduk kayu yang di pegang oleh Adriana.

"Takpelahh saya pergi siapkan meja makan...btw jangan panggil saya puan...seganlah...panggil Adriana je tau"kata Adriana dengan sangat lemah lembut lalu terus bergegas ke meja makan.

Adriana mengelap meja,menyapu sampah, menyusun pinggan yang akan mereka semua gunakan untuk sarapan dengan sangat berhati hati dan tekun.

'Tak salah Puan Sharifah pilih menantu' kata mak Leha pelan sambil tersenyum.

Tepat jam 8 pagi semua jenis makanan yang terlihat sangat menyelerakan terhidang di atas meja makan yang besar dan kuat untuk berpuluh-puluh orang.

"Rajinnya menantu kita bang!"perli Puan Sharifah a.k.a mak mentua Adriana yang baru sahaja turun bersama Tuan Azhar a.k.a Ayah mentua Adriana.

Adriana yang mendengar itu hanya tersipu malu sambil meletakkan nasi goreng ke pinggan.

"Awak dah bangun? Faeq nak makan apa? Biar Adriana ambik kan!"tanya Adriana dengan sangat teruja namun hampa Faeq hanya diam dengan wajah dinginnya dan terus memakan nasi goreng.

Adriana hanya tersenyum pahit.

Puan Sharifah dan Tuan Azhar yang hanya melihat drama pagi ini hanya diam.Terbit perasaan bersalah kepada menantu kesayangan nya ini.Suasana yang hening di hentikan oleh Farisya, satu satunya adik perempuan Faeq.

"Semua ada...ouh kau pun ada perempuan murah" jeling Farisya kepada Adriana yang duduk berhadapan dengan nya.

Tersentak Adriana. Hatinya terasa sakit... sakit sangat...hanya sakit yang dia rasakan.

Faeq yang berada di sebelah Adriana hanya tersenyum dengan sindiran adik kesayangan nya itu.

"FARISYA!!!! PAPA TAK AJAR KAMU CAKAP MACAM NI!!!" Jerit Tuan Azhar lalu menghentak sudu ke meja dengan sangat kasar.

"KENAPA PAPA NAK BELA PEREMPUAN MURAHAN NI... NTAH DAH BERAPA JANTAN DIA TIDO" tunjuk Farisya ke arah Adriana.Adriana yang hanya tunduk dan cuba mengawal tangis nya.

PANG!!!!

Hehehe thank you for reading...jangan lupa voteeee 💗 *sending virtual hug

The Devil's Husband [Slow Update]Where stories live. Discover now