Bab 12

692 97 37
                                    

"Sorry awak" Adriana yang hanya berpura-pura tidur pun langsung menjawab

"Ehh tak tido lagi rupanya...ingat kan dah tido" kata Faeq lalu membaringkan tubuhnya di sebelah Adriana.

"Adriana terjaga tadii..." Jawab Adriana sambil mengemaskan lagi pelukan di pinggang suaminya. "Awak? Awak dah tau ke pasal Farisya datang rumah haritu?" tanya Adriana takut. Yelah siapa sahaja yang tak takut dengan Tuan Faeq Ammar bin Azhar Idrus ni erk.

"Kenapa tak bagitau aku hm?" tanya Faeq sambil memainkan rambut Adriana.

"Yelah saya bukan apa...saya taknak buat awak risau lagipun Farisya tu kan adik awak jadi sa- " bebel Adriana namun Faeq terlebih dahulu meletakkan hari telunjuknya di bibir Adriana.

"Mulai harini kalau ada apa-apa kau kena terus bagitau aku....boleh hm?" Kata Faeq yang masih memainkan rambut Adriana

"B-bolehh" jawab Adriana masih terpana dengan pandangan mata  Faeq

"Aku tak suka orang langgar arahan aku...paham sayang?" Bisik Faeq disebelah telinga Adriana.

Adriana cuma mengangguk patuh.

" Okay lah aku nak mandi dulu" kata Faeq terus berjalan menuju bilik air mereka.

Disisi lain....

"Baby jom kita pergi sana"

"Sayang I tak larat dah ni...barang you pun dah banyak dah ni" keluh Zaim. Siapa pulak Zaim ni?

"Alaaaa Zaim please I janji last...nak pergi situ please sayang" kata seorang perempuan dengan menunjukkan muka acah comelnya

"Tasha ni dah banyak dah ni sayang" pujuk Zaim

Tasha yang tidak mau mengalah itu langsung berjalan ke arah tempat parking sambil menghentakkan kaki 'tanda protes'. Zaim yang melihat itu langsung mengejar Tasha.

"Sayang please...okay² kita pergi butik tadi okay?" pujuk Zaim

Tasha yang masih berjalan menghentakkan kaki lantas berhenti lalu memusingkan badannya kebelakang menghadap Zaim dan menayang muka tak bersalah nya.

"Jomm sayangg" ajak Tasha lalu menarik tangan Zaim.

Kembali kepada situasi heroin dan hero kita....

"Awak?" panggil Adriana

"Kenapa hm?" Tanya Faeq yang baru sahaja keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya

'Handsome nya Ya Allah laki aku' kata Adriana dalam hatinya

"Sayang? Haii kenapa nii?" Soal Faeq yang melihat Adriana masih terkebil-kebil melihatnya.

"E-ehh takde apa hehe" kata Adriana

"Hmm awak...saya nak tido dekat mana malam ni?" tanya Adriana yang teringat kata-kata Tasha pagi tadi

"Tido mana? Tido sini lah...nak tido dekat mana lagi?" tanya Faeq lalu menarik Adriana ke dalam pelukannya.

"Yelah tadi kan gf aw-" sekali lagi belum habis ucapan Adriana... Faeq terlebih dahulu meletakkan hari telunjuknya ke bibir Adriana. 'Hekeleh mamat ni...aku gigit jari dia kang' kata Adriana dalam hati.

"Aku taknak dengar kau sebut pasal minah tu lagi...aku kahwin dengan dia ke dengan kau hm?" kata Faeq sambil menatap dalam mata Adriana.

"Ishhh awak ni bagilah saya habis cakap dulu..ni tak dari tadi tutup mulut saya" cemberut Adriana. Mana taknya dari tadi Faeq mengunci mulutnya dengan jari nya.

Faeq terkekeh melihat Adriana yang cemberut lalu mencubit pipi Adriana. Makin cemberut Adriana dibuatnya, Faeq hanya terkekeh seperti tidak bersalah lalu masing-masing tidur dengan tangan yang masih memeluk antara satu sama lain.

Jam 9 pagi....

"Morning sayang!!"

Adriana yang baru sahaja bangun dari tidur itu terkejut melihat Faeq yang berada di depan matanya sambil membelai pipi Adriana.

' Dia demam ke? ' bisik Adriana dalam hati

Adriana mengangkat kedua tangannya membelai pipi Faeq pula. Faeq yang diperlakukan begitu tersenyum sambil memejamkan mata. "Awak okay tak ni?" Tanya Adriana pelik dengan perangai Faeq yang manis semacam dari semalam.

"Aku okay jeee.. kenapaa sayang?" Tanya Faeq teruja seperti kanak-kanak Ribena

"Kenapa happy semacam je ni?" Tanya Adriana

"Happy pun salah...dah tu kau nak tengok aku marah setiap hari kah?"

"Ehh taknakk....takpelahh saya nak mandi duluu" kata Adriana lalu bergegas ke bilik air

Faeq memandang Adriana yang baru sahaja masuk ke dalam bilik air. "Hmm nak belajar masak lagi takk" kata Faeq. Faeq kemudian bangun dan bergegas ke dapur.

"Okay so harini chef Faeq nak masak nasi goreng kampung" teruja Faeq lalu mengeluarkan semua bahan-bahan.

Faeq yang sekarang ini sangat fokus dan teliti itu mencuba sedaya upaya mengupas bawang merah."Huaaa pedih siaaaa!!!" Jerit Faeq. Selesai mengupas bawang, Faeq memotong ayam dan lain lain.

Adriana yang baru sahaja keluar dari bilik air tidak mendapati Faeq di sana langsung turun ke dapur setelah mendengar bunyi-bunyi orang menjerit pelan.

  "Awak buat apa nii?!?!" kata Adriana sedikit meninggikan suara yang melihat dapur seperti tongkang pecah itu.

  "Hehehehehe sayangg...Biy tengah masak ni" kekeh Faeq

"Ya Allah...bersepah nyaa awakk!! Meh sini saya tolong awak masak"

"Ehhh ehh tak boleh...kau duduk je sana" kata Faeq yang sedang sibuk mengacau nasi goreng bagi sebati itu.













Thank you and jangan lupa voteeee!!! Insyaallah nanti sis update lagiii... follow dulu sebelum baca okay? Nanti Faeq marah hehehe;3 btw Korang jangan lupa spam comment...sis baca ja semua and reply dekat stat hehe

 

 

The Devil's Husband [Slow Update]Where stories live. Discover now