Jatuh

5.8K 18 2
                                    

Macam biasa kalau namanya waktu sekolah ni segala macam perasaan timbul 🤣 rajin tak kena tempat dan malas pun bertempat-tempat 😜 . Masa cuti tu sibuk betul mahu sekolah bila sekolah ni rasa mahu betul masa tu habis secepat yang boleh.

Whatever lah kan, asal otak jalan sudah. Hari rabu ni kelas macam biasa cuma di awalkan habis waktu belajar sebab mahu sambung 1M1S. Tah lah, masa tu korang dah start atau belum benda ni. Habis kelas jam 11.50 ambil masa dalam 45minit rehat, tukar baju or anything. Aku dan ikah memang sesama 🤭. Siap tukar, kita orang akan stay kantin jap. Makan isi perut dulu. Waktu cenggini ni, aku dan ikah suka minta makcik kantin ni masak mi goreng, alah simple ja dengan air kotak.

Makanan kita orang siap, panas-panas tu jugalah kita orang ngap 🤣 sebab panas ni aura dia lain sikit tau. Walaupun panas makan pun tercungap-cungap tapi nikmat dia tu korang kena rasa. Perghh 🤣 so dalam sedap menikmati sedapnya makanan tu kita orang pun buka lah cerita 🤭 taksah kalau tak gossip kan perempuan ni tapi kalau lelaki gossip lagi bahaya tau 😜

Ikah : weh kau dengan ni budak luq tu en okay ?

Tasha : em okay ja. Pehal ?

Ikah : Oh, tiadalah. Tanya ja, sebab kau kan bukan hari-hari jumpa apatah lagi dating.

Tasha : eh, buat apa hari-hari dating? Buang masa saja 🤣

Ikah : orang lain dating tu nampak bahagia ja 😂

Tasha : 😂 itu orang.

Ikah : tapi kau dengan luq tu okay la kan?

Tasha : okay tu okay tapi kadang-kadang macam entah lah 😂

Ikah : em tidak faham lah aku jalan cerita percintaan kamu dua ni 🙄

Tasha : kan? Jadi baik kita tukar topik 🤭

Ikah : oh yalah. Kau sudah siap kerja rumah kelmarin?

Tasha : iya sudah

Ikah : sama lah, lepas ni kita buat aktiviti apalah lagi ni

Tasha : entah lah ikah, harap lah benda yang tidak memenatkan 😅

Jam pun sudah menunjukkan pukul 1.50 sekejap lagi aktiviti 1M1S dimulakan. Aku dan ikah memang ambil aktiviti yang sama sebab ini lebih memudahkan kami mengosip HAHAHA !

Sesi 1M1S sudah bermula, aku dan ikah mengikuti sukan paling senang iaitu badminton 🏸. Kami berdua pun mengorak langkah ke gelanggang, kami berbual sakan sampaikan terlanggar seorang dan...

Gedebukkk !

Tasha : Aduh sakitnya !

Afee : Ehhh sorry ! Saya tengah rushing ni, tak sempat nak tolong maaf yer. - sambil menoleh kebelakang tapi kaki bergerak laju kedepan.

Ikah : Oh my tashaaa... Woii, dah la langgar tolong pun tidak 😑

Tasha : Erghh ! Sakitnya.. Ikah, jom duduk dekat hujung bangku tu.

Ikah : Aah, jom. Siapalah lelaki tadi tu 🤔 laju betul jalan sampai minta maaf pun sambil berjalan.

Tasha : Tah lah, sakit gila terlanggar dengan bahu dia. Terjatuh la pula tu 😑🤦 minta maaf pun macam nampak hantu laju ja, muka dia pun tidak nampak terlalu laju kejadian tu berlaku 😑

Siapalah lelaki tinggi macam hantu galah tadi tu. Hm sudah lah dia langgar, aku terjatuh bukan dia tolong bangunkan macam cerita korea tu 🤔 maaf pun tiada ergh geram betul lah. Muka dia pun aku tidak cam macam mana rupa dia, adoilah.

Ikah : So macam mana ni? Okay juga?

Tasha : Okay. Sikit ja ni cuma mau kasih rest sekejap.

Ikah : Oh, okay. Budak form berapa lah yang langgar kau tadi tu, tinggi nak mampos. Aku lupa tengok muka dia tadi 🤦

Tasha : A'ahh. Aku pun tadi tidak menyempat tengok muka dia. Tapi rasanya dia budak atas kot

Ikah : Mungkin. Macam tidak pernah aku nampak dia lalu lalang area kita

Selepas insiden berlanggar bahu terjadi, tasha duduk bersama ikah di sebuah kerusi panjang di dalam dewan tersebut. Sambil bercerita tangan tasha mengurut kakinya yang sakit semasa jatuh tadi. Selepas keadaan kakinya sedikit membaik dia dan ikah beransur kesudut aktiviti yang mereka perlu hadiri.

Oleh kerana kaki tasha tidak berapa sihat, tasha diberi kelonggaran untuk tidak menyertai aktiviti dan duduk dikerusi tepi dewan sambil memerhati ikah dan yang lain melakukan aktiviti yang sepatutnya tasha sertai.

*****

Malam itu, kaki tasha diurut oleh maknya. Naik bengkak sikit tadi sebab urat terkejut memandangkan insiden jatuh tu pun mengejut. Yalah mana ada jatuh yang dibuatkan 😝🤣

Mak : Tasha jatuh kenapa ni ?

Tasha : Tah lah mak, tadi tasha dengan ikah masuk dewan. Tiba-tiba ada sorang mamat ni jalan kelam kabut terus langgar bahu tasha

Mak : Mungkin tasha yang jalan tidak tengok orang kot 😝🤔

Tasha : Amboi mak, takkan lah. Dia langgar tasha lepastu tolong pun tidak 😒

Mak : Dan ?

Tasha : Dia jalan punyalah kelam kabut, sampai minta maaf pun sambil kaki berjalan kedepan berpaling sikit ja macam nampak hantu

Mak : Hm, tidak apalah mungkin dia betul-betul tidak sengaja.

Tasha : Mungkin tapi tasha tidak puas hati sebab tasha tidak kenal muka dia, tidak nampak sangat yang nampak pun sipi-sipi muka dia ja mak.

Mak : Alah, tapi mak yakin dia mungkin kenal tasha atau cam muka tasha. Nanti kalau ada masa mungkin dia akan jumpa tasha balik kot minta maaf 🤔

Tasha : Mungkin mak. Tah lah apa-apa ja lah

Selepas sesi urut mengurut tu, tasha pun masuk kebilik. Mengantuk sangat, sampai hp pun tidak dilayan.

Minta maaf, lambat publish dan cerita agak singkat. Rasanya chapter yang ni dah berbulan eh? Tahun agaknya tidak berupdate 🤔 so today is the day lah katakan dapat publish walaupun singkat 🤭 Happy reading yah guys.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 03, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Remaja 'Remaja Dan Nafsu Mana Satu Pilihanmu?' Where stories live. Discover now