Isnin
Aku tidak sabar mahu menjejakkan kakiku ke sekolah 😂 yalah mentang-mentang ada hp terus tidak sabar. Aku turun dari kereta lebih dahulu dari Amy dan terus ke kelas, aku duduk cuba bertenang sambil memulakan bicara memberitahu ikah yang aku sudah ada hp. Aku memberikan nombor hpku pada ikah untuk memudahkan lagi kami berhubung sewaktu luar dari sekolah.
Semasa subject kedua berlangsung aku terasa mahu ke tandas, kalau subject ni kau mahu ke tandas tidak boleh berdua maksudnya tidak ada peneman hm memang tidak langsung dibenarkan. Aku pun keluar dari kelas selepas meminta izin cikgu.
Entah bila si Luqman ni timbul dari belakang ku selepas aku keluar dari tandas dia menyuruhku untuk berhenti seketika lalu dia memberikan aku sehelai kertas. Aku ambil tapi belum ku buka, aku terus berjalan masuk ke kelas. Aku duduk dan aku buka lipatan kertas itu. Aku baca
Hi tasha, ni nombor hp Luqman, nanti jangan lupa contact 011 7878 ****.
Aku lipat kembali, agaknya macam mana dia boleh tahu aku ada hp ni. Atau secara kebetulan dia bagi nanti aku ada hp pandai-pandai lah aku cari dia kan ? Hmm mungkin 🤣 haa, malas lah mahu fikir buang masa aku saja 🙄Malam itu aku message ikah melalui aplikasi Whatsapp. Kami berbalas-balas message. Terlintas dalam fikiran nombor si Luqman yang baru aku dapat siang tadi. Aku ambil pensel case ku untuk mengambil kertas itu dan aku baca semula, aku terfikir sama ada aku mahu simpan nombornya dalam hpku atau tidak. Setelah lama berfikir akhirnya aku simpan, aku tengok di WhatsApp ada gambarnya. Aku besarkan gambar itu niatku mahu zoom supaya nampak lagi jelas gambarnya tapi rupanya aku tertekan simbol memanggil😱 aku gementar terus aku matikan panggilan itu, aku berharap semoga panggilan itu tidak sampai ke tempatnya😳😭
Masa aku ke tandas untuk memberus gigi aku terdengar ada ringtone message masuk beberapa kali aku membiarkan dan meneruskan kerja memberus gigi. Aku keluar dari tandas dan pergi ke suis lampu untuk meng'off lampu tandas baru aku ambil hpku.
Aku membuka lock hpku melihat notification message siapa yang masuk tadi. Dalam fikiran ku tadi mungkin si ikah ni bagi ucapan selamat malam. Bila aku tengok notification tu, nama penghantar message tu LUQMAN😱. Aku buka message itu
Siapa ni? - luqman
Aku masih gugup, terfikir-fikir sama ada aku mahu balas atau tidak. Aku tengok dia typing..
Siapa ni, kenapa call? - luqman (seen)
Typing..
Hellooo kenapa call? - luqman (seen)
Typing..
??? - luqman (seen)
Typing..
Seen tapi kenapa tidak reply? - luqman (seen)Typing..
Typing..
Typing..Aku jadi serba salah kenapa juga aku save number dia kalau aku tidak mau dia chat aku. Aku ambil keputusan untuk reply chat dia.
Hii sorry - tasha (seen)
Sorry? Siapa ni? - luqman (seen)
It's me tasha - tasha (seen)
Eh tasha? Sure kah ni tasha kelas 1 biru - luqman (seen)
Yes - tasha (seen)Tapi aku matikan connection wi-fi dari hpku supaya aku tidak lagi menerima sebarang chat 😳😳
Esoknya...
Aku di kelas menunggu ikah kebetulan harini aku pula yang tiba awal sedikit dari ikah. Semasa aku duduk santai-santai di luar kelas aku ternampak luqman. Aku ingin mengalihkan pandangan tapi dia senyuman sambil membuat bibir kissing 😚. Aku diam saja tengok dia, tidak lama lepas tu si ikah pun sampai aku menceritakan hal tadi semasa aku menunggunya di situ si luqman berjalan senyum sambil buat bibir kissing 😚. Si ikah ketawa sampai sakit perut bila aku ceritakan hal tadi, sangat-sangat mengusik hati bila aku sendiri cuba mengingati reaction muka dia.
YOU ARE READING
Remaja 'Remaja Dan Nafsu Mana Satu Pilihanmu?'
RandomKehidupan yang hari-hari dilalui, kawan, cinta, keluarga. Then nafsu sepasang manusia, nafsu yang memandu berahi keimanan seseorang sehingga leka dan terlupa dosa . Ada sex and romance part, boleh buat geli baca 🤣 bawah 18 kalau baca jangan salahka...