06- Beautiful Night

112 43 26
                                    

Hwang Yena's diary,Page 5,27 April 1981

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hwang Yena's diary,
Page 5,
27 April 1981.

Park Jimin.

Dengar namanya saja dah buatkan aku tersenyum lebar sehingga ke telinga. Malam tadi, aku sengaja mengajaknya untuk keluar jalan-jalan.

Alasan?

Lately, aku rasa semakin tak selesa dengan Jimin. Sebelum ini, kalau rambut serabai atau muka baru bangun tidur pun aku boleh tayangkan depan dia tapi sekarang, aku akan cuba jaga penampilan bila dia ada.

Adakah kerana aku sudah berusia 21 tahun? Keinginan untuk nampak lebih kemas dan lawa? Atau pemikiran yang lebih matang?

Tapi... bukannya dengan semua orang. Bila berdepan dengan Jimin saja aku akan jadi begitu. Rapikan rambut, kemaskan baju, pilih pakaian yang sesuai tak kira lagi pilih aksesori sehingga berjam-jam.

Ah! Pening!

Tapi semalam aku dah dapat jawapannya, aku ajak Jimin untuk makan malam di gerai tepi jalan. Kemudian, kami pergi ke Seoul Grand Park. Dah tengah malam jadi tak ada ramai orang.

Dua jam dihabiskan hanya untuk berbual. Cerita dari kecil sampailah kami bersama dalam pasukan kebangsaan. Memalukan betul bila Jimin tak habis-habis menyakat aku.

Iyalah, awal-awal bermain mestilah aku banyak kali terjatuh dan automatik air mata mengalir. Jimin pula sekejap saja dah mahir jadi dia tak ada banyak embarassing moments.

Huh! Suka betul dia gelakkan aku semalam. Sejujurnya aku mula yakin dengan jawapan yang sudah terdetik di hati sejak sekian lama.

Gelaran bestfriend mungkin akan bertukar jika dia setuju.

Ya, aku memang sudah sukakan Park Jimin.

No, I love him.

____________________________

Warmth Of Ice 1984 | Park JiminWhere stories live. Discover now