09: Losing Her

96 43 12
                                    

Park Jimin's diary,Page 11,3 Januari 1984

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Park Jimin's diary,
Page 11,
3 Januari 1984.

Speechless.

Aku benar-benar rasa bersalah ibarat dihempap batu besar. Aku tak tahu...aku tak tahu apa yang perlu aku buat sekarang.

Saat aku menulis diari ini, cecair jernih sedang mengalir deras ke pipi. Dada terasa dicengkam sesuatu yang tajam dan berat. Nafas rasa tersekat-sekat, cuba untuk bernafas seperti biasa. Seluruh tubuh menggigil sendiri sehingga pensel yang aku gunakan sekarang turut bergetar. Jujur aku katakan, ini jauh lagi ngeri dari nightmare.

Aku mohon...katakan semua ini hanya mimpi semata-mata.

Takut.

Aku tak cukup kuat untuk melawan rasa sakit yang kian menggila ini. Aku tak cukup berani untuk hadap realiti pahit yang perlu ditelan kini. Aku tak mampu untuk pandang perempuan selain dia lagi.

Hwang Yena, aku tak mahu kehilangan dia selama-lamanya.

___________________________

Warmth Of Ice 1984 | Park JiminWhere stories live. Discover now