12: One Of These Night

106 40 91
                                    

Park Jimin's diary,page 14,24 Februari 1984

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Park Jimin's diary,
page 14,
24 Februari 1984.

"Pingat emas pertama untuk negara! Tahniah Park Jimin dan Hwang Yena! Mereka dah buat seluruh negara berbangga dengan pencapaian ini! Sekaligus menamatkan kemarau pingat emas dalam acara ice dancing! Tahniah sekali lagi!"

Suara pengulas sukan bagi acara tersebut kedengaran kuat di kaca televisyen. Penonton yang tidak ke Yugoslavia mula bersorak di rumah masing-masing, meraikan kemenangan yang dinanti-nanti sekian lama.

Park Jimin dan Hwang Yena.

Dua nama ini telah mengukir sejarah negara.

Sejak beberapa hari yang lalu, aku dan Yena sudah kembali ke tanah air dari Yugoslavia. Aku akui sememangnya memenatkan!

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam sewaktu aku sedang menulis diari ini. Tak sangka, kami menang pingat emas untuk acara itu. Memang di luar jangkaan kerana kami bukanlah peserta pilihan.

Selain dari pingat emas, dengar khabar, kami akan dapat wang tunai dan juga kereta daripada pihak kerajaan.

Yena? Syukur, keadaan dia semakin pulih.

Tentang Yena, aku dah buat keputusan. Aku tak boleh tunggu lagi.
Malam ini aku akan beritahu Yena tentang hal sebenar.

Baru saja tadi, aku tinggalkan nota kecil dalam poket seluar miliknya. Harap dia sedar dan jumpa nota itu. Kalau tak, malulah aku nanti.

Haih! Takut? Ada lah juga. Berdebar? Sikit, tak banyak pun.

Memang semua orang akan rasa begini ke bila nak buat kerja gila?

Dark green coat, black shoes and shirt dipadankan dengan seluar and cap yang turut berwarna hitam. Oh! jangan lupa, a heart-shaped necklace.

Perfect.

____________________________

Hwang Yena's diary
page 9,
24 Februari 1984.

'pergi bawah pohon besar di bukit kecil berdekatan asrama pusat sukan pukul 11.00 malam, aku tunggu kau di sana'

Ceh! Ikut suka hati saja nak suruh aku pergi tempat tu.

Pada mulanya memang aku tak tahu siapa yang bagi, tapi memang boleh dapat teka. Siapa lagi kalau bukan si Jimin yang tak habis-habis nak berkepit dengan aku. Ewah!

hurm... pasti ada sebab penting kalau Jimin ajak aku keluar malam-malam begini. Nak ajak date ke?

white tshirt, beige long coat, denim jeans dan white shoes. simple.

Warmth Of Ice 1984 | Park JiminWhere stories live. Discover now