Chapter 6

308 26 6
                                    

Diana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Diana

" Kamu ada berjumpa lagi ke dengan anak Cik Asmah tu ? " soal ibu berkali kali .

       Aku menahan keluhan dan menggelengkan kepala ku sambil mencuci pinggan .

" Kamu ni sepatutnya ambil peluang . Dah ada dah depan mata tu . " kata ibu lagi .

       Aku bernasib baik kerana sedang membelakangi ibu . Jika tidak , ibu sudah akan nampak yang aku menjelingkan mataku pada kata katanya .

Always with those words .

" Kamu tu sudah besar . Tapi tiada lagi pengalaman nak bercinta . Bila lagi kamu nak-- "

      " Sudahlah tu ibu . Saya tahu macam mana nak cari teman hidup saya . Ibu tak perlulah nak mengingatkan saya setiap masa . " celah ku .

      Dengan segera , aku berasa menyesal apabila berkata kasar begitu . Ibu tersentak kuat dan mula meninggikan suaranya .

" Kamu ni , kamu ingat kamu dah bagus sangat kerja di office tu ? Kalau bukan ibu yang hantar kamu belajar , tiada harapan lah kamu nak jejak kaki ke office besar . Kamu tahu tak ? " tengking ibu .

" Jangan fikir diri tu sudah bagus . Kamu tu walaupun sudah besar panjang , akal kamu tu tidak digunakan dengan betul pun . " tengking ibu lagi .

       Aku hanya berdiam diri  dan meluru masuk ke dalam bilik lalu terus menutup pintu . Aku menyandar di pintu bilik dan memejamkan mata ku .

       Kata kata ibu itu membuatkan aku terasa dan hati aku berasa sangat pedih dan kesal .

Kenapa ibu perlu kata begitu ? Apa yang aku katakan adalah benar . Aku sudah pun besar . Ibu tidak perlulah sentiasa menyebut mengenai pasangan pada aku .

        Aku menarik nafas dengan gigil untuk menahan tangisan di mataku .

I will find my freedom . Janji hatiku .

Ding .

      Bunyi daripada laptop mengalih perhatian ku daripada masalah tadi yang aku fikirkan .

      Dengan perlahan , aku memeriksa laptop ku dan berasa keliru .

Encik Zafrin menghantar email kepada ku ?

      Aku membaca email tersebut lalu tersenyum . Encik Zafrin membenarkan aku bercuti pada esok hari !

Yeah ! jerit hatiku dengan gembira .

Mr Boss Duda (Hiatus)Where stories live. Discover now