ʀᴇᴠᴇɴɢᴇ₍ₛ₂₎ : 26 💄

58 11 2
                                    

Jungkook terus berjalan naik ke bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jungkook terus berjalan naik ke bilik. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik, dia nampak Aeyoon sedang memeluk Jungdo.

Makin lebar senyuman pada wajahnya. Jungkook baringkan dirinya disebelah Aeyoon lalu tubuh isterinya itu dipeluk.

Leher belakang isterinya itu dikucup. Bau haruman isterinya itu dihidu.

Dia sangat rindukan bau haruman ini.

"i love you so much, my love " bisik Jungkook sebelum matanya ditutup dan lena diulit ke alam mimpi.



++++



Aeyoon terjaga dek sinaran matahari yang memancar masuk ke dalam bilik tidurnya dan Jungkook itu.

Tempat tidur disebelahnya diraba-raba mencari seseorang. Tiada sesiapa.

Matanya dibuka perlahan-lahan. Tubuhnya diregangkan sebelum turun daripada katil.

Kemudian langkahnya dibawa menuju ke tandas untuk membasuh muka terlebih dahulu sebelum keluar daripada bilik mencari kelibat suaminya dan anaknya, Jungdo.

Selesai membasuh muka, Aeyoon mencapi phonenya dan melangkah keluar daripada bilik.

Dia berhati-hati menuruni tangga tetapi langkahnya terhenti apabila seseorang menahannya.

"Hey, sayang! Apa buat tu?!"

Dahi Aeyoon berkerut memandang riak wajah cemas suaminya itu.

"Nak turun tangga laa apa lagi"

"Kenapa tak panggil saya? Haih kalau jatuh ker apa nanti tak ker bahaya?" Omel Jungkook.

Berhati-hati menolong isterinya yang sarat mengandung itu turun.

Aeyoon tertawa kecil. Sebaik sahaja turun daripada tangga, tubuh si suami dipeluk.

"Awak risaukan saya ea?"

"Apa tanya macam tu? Dah tentu laaa saya risaukan isteri saya ni.. tinggal lagi beberapa minggu jer lagi baby nak lahir. Awak tu kena ada rehat yang cukup"

"Hm.. i miss you "

Jungkook tersenyum manis mendengar luahan hati isterinya itu. Pelukan Aeyoon dibalas dan dieratkan.

"i miss you too, sayang"

Dahi Aeyoon dikucup.

Aeyoon tersenyum suka. Dah lama dia tak bermanja dengan suaminya begini..

"Mana Doo?"

Aeyoon mengangkat wajahnya memandang Jungkook.

"Saya dah hantar Doo ke sekolah"

Aeyoon mengangguk faham.

"Dah laa pergi duduk dekat sofa sana. Nanti saya datang bawak breakfast untuk awak dengan susu"

[✔] REVENGE | 전정국Where stories live. Discover now