ʀᴇᴠᴇɴɢᴇ₍ₛ₂₎ : ᴇᴘɪʟᴏɢᴜᴇ 💄

63 11 1
                                    

| sebulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| sebulan kemudian ..

Aeyoon merenung lama jam yang terpapar pada screen phonenya itu.

09.46 p.m.

Suaminya masih lagi belum pulang. Petang tadi dia dapat message daripada suaminya. Katanya ada dinner dengan client.

Tapi lama betul dinner dengan client.

"Mummy ! Cantik tak Doo lukis!"

Jungdo berdiri dihadapan Aeyoon bersama dengan kertas lukisannya. Hasil lukisannya tadi ditunjukkan pada ibunya.

Aeyoon mengangkat wajahnya untuk melihat hasil lukisan anaknya itu.

Senyuman manis terus terukir pada wajahnya sebaik sahaja melihat hasil lukisan anaknya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Senyuman manis terus terukir pada wajahnya sebaik sahaja melihat hasil lukisan anaknya itu.

"Pandainya anak Mummy ni lukis! Siapa ajar?"

"Hehe Daddy ajar semalam masa Mummy tidur!" Ujar Jungdo seraya melabuhkan punggungnya disebelah Aeyoon.

Aeyoon mengangguk faham.

Lukisan anaknya itu ditenung. Dahinya berkerut apabila sedar sesuatu pada lukisan tersebut.

"Ni siapa?"

Aeyoon menunjukkan lukisan seorang kanak-kanak perempuan disebelah kanak-kanak lelaki itu.

"Ni adik Doo! Hehe cantik kan, Mummy ?"

Jungdo mengangkat wajahnya memandang ibunya.

"Cantik! Tapi.. Doo nak adik perempuan?"

Laju si cilik itu mengangguk.

"Doo nak jaga dan lindungi dia! Tapi.. kalau dapat adik lelaki pun takpe! Doo boleh main bola dengan dia! Hehe" ujar Jungdo.

Senyuman arnabnya diukirkan.

Aeyoon tersenyum kecil. Hidung Jungdo dicuit lalu pipi anaknya itu dikucup sekilas.

tit tit titt─

[✔] REVENGE | 전정국Where stories live. Discover now