"MAAF, saya tak setuju!" Raut wajah Annisa mula bertukar kemerahan menahan marah.
Zayyan yang masih tenang menikmati hidangan minum petangnya, langsung tidak peduli apa yang Annisa katakan. Baginya, gadis itu sudah terikat dengan dirinya. Dengan kata lain, Annisa dah jadi miliknya secara mutlak. Sama ada gadis itu suka ataupun tidak.
"Kau tak ada pilihan lain. Aku dah langsaikan hutang awak. Takkan aku nak lepaskan kau macam tu aje. kau ingat seratus ribu tu sikit ke? Macam-macam aku boleh buat dengan duit sebanyak tu."
Annisa merenung tajam ke arah lelaki itu. Dalam kepala sudah mula membayangkan apa yang dia mahu lakukan kepada lelaki itu jika dia mampu.
Simbah dengan air panas?
Tikam dengan pisau?
Bagi sepakan percuma tepat ke batang hidung lelaki itu?
"Saya tak pernah suruh pun tengku bayar hutang-hutang tu." Annisa menjawab cuba tahan marah.
Zayyan menyandarkan tubuh ke kerusi dengan santai. Wajah Annisa yang kemerahan menahan marah itu dipandang dengan riak sinis.
"Dah tu, kau sanggup nak jadi pelacur? Aku rasa, kalau aku tak sampai tepat pada masanya, kau mungkin dah 'dikendurikan' sekarang ni."
Tangan digenggam erat, cuba menahan rasa marah yang semakin meluap-luap.
"Saya rasa tak ada beza pun, kan? Sama aje kalau dengan tengku pun, kan?Macam tengku cakap tadi, tengku bayar hutang tu bukan semata-mata nak tolong saya. Mesti tengku nak balasan, kan?"
Zayyan pamer senyum sinis.
"Bijak. Aku suka perempuan bijak macam kau. Jadi, kau fahamlah apa yang kau patut buat demi nak langsaikan hutang kau tu."
"Dasar lelaki tak guna." Annisa kini tak mampu lagi nak menahan marah. Tangan laju mencapai gelas berisi air kosong yang terletak di atas meja di hadapannya. Niat hati mahu menyimbah ke muka Zayyan, namun tangan Zayyan lebih pantas. Gelas tersebut dirampas dari tangan Annisa sebelum di campak ke lantai.
Bunyi kaca terhempas ke lantai memenuhi ruang makan tersebut. Annisa terkejut dengan tindakan lelaki itu.
"Kau ni tak reti cakap elok-elok ke dengan aku? Kau sedar tak yang kau berhadapan dengan siapa? Aku boleh buat hidup kau macam dalam neraka dalam sekelip mata, tahu?!"
Annisa membalas renungan tajam lelaki itu tanpa gentar. Dadanya turun naik cuba tahan marah.
"Hidup saya dah memang macam dalam neraka sejak saya jumpa tengku." Annisa menjawab berani.
Rasa marah semakin membuak-buak dalam diri Zayyan tatkala mendengar kata-kata Annisa. Kaki laju menghampiri gadis itu, membuatkan Annisa cepat-cepat berundur ke belakang sehingga tubuhnya tersekat di dinding. Namun, Zayyan langsung tidak berhenti sehingga tubuh mereka hanya berjarak beberapa inci antara satu sama lain.
Dagu Annisa di cengkam kasar ketika Zayyan merapatkan mukanya ke wajah gadis itu.
"Kau memang sengaja nak uji kesabaran aku kan. Kau belum kenal siapa aku lagi. Kau kata hidup kau dah macam neraka lepas jumpa aku? Baik. Aku akan buat hidup kau betul-betul macam dalam neraka. Aku akan buat hidup kau merana dan terseksa sampai kau terpaksa merayu dan melutut di kaki aku minta dikasihani!"
Wajah Annisa dah mula berubah pucat. Melihatkan riak wajah Zayyan ketika itu, membuatkan Annisa rasa macam nak pengsan. Wajah lelaki itu terlalu menakutkan. Air mata mula mengalir di pipi Annisa tanpa sedar. Wajahnya pula sudah pucat lesi, yang jika ditoreh mungkin tidak berdarah.
Riak wajah Zayyan berubah sedikit apabila melihat ada air mata yang mengalir di pipi gadis itu. Cengkaman dagu Annisa dilonggarkan.
Annisa pejam mata, cuba membayangkan yang semua ini hanyalah sekadar mimpi. Air liur yang ditelan berkali-kali terasa berpasir. Dalam hati tak putus-putus berdoa supaya maruahnya dilindungi.
Zayyan kerut dahi ketika dia merenung wajah Annisa yang sudah mula teresak. Sesuatu terlintas di fikirannya saat tangisan Annisa kedengaran di telinganya.
Apa....
"Lepaskan saya. Tolong...lepaskan saya." Annisa merayu dalam sedu, membuatkan Zayyan terus terpaku merenung setiap inci wajah gadis itu.
"Tengku...tolonglah. Lepaskan saya..." Annisa merayu lagi.
Zayyan masih kekal mendiamkan diri ketika tangannya sudah mula menyentuh rambut yang menutupi sebahagian dari wajah gadis itu.
"You are so beautiful." Zayyan berbisik tanpa sedar.
Annisa spontan menepis tangan lelaki itu, membuatkan Zayyan berhenti menyentuh gadis itu.
"Awak satu-satunya perempuan yang tegar menolak saya." Zayyan berbisik lagi.
YOU ARE READING
Tengku Zayyan Al-Muttaqin, Mr. cold-blooded
RomanceAngkara khianat, hidup Annisa sekeluarga berubah 360 darjah. Annisa yang dulunya hidup senang, kini terpaksa membanting tulang demi menyara keluarganya. Kehidupannya bertambah buruk apabila dia dipertemukan dengan Tengku Zayyan secara tidak sengaja...