"You are so beautiful." Zayyan berbisik tanpa sedar.
Annisa spontan menepis tangan lelaki itu, membuatkan Zayyan berhenti menyentuh gadis itu.
"Awak satu-satunya perempuan yang tegar menolak saya." Zayyan berbisik lagi.
Annisa pejam mata. Nafas ditarik dalam-dalam cuba mengumpul kekuatan.
"Lepaskan saya dan saya janji akan bayar balik duit tengku." Annisa menjawab sambil menentang pandangan mata lelaki itu dengan berani.
Zayyan hanya pamer senyum sinis.
"Kau nak bayar guna apa? Daun? Pasir?"
"Saya akan bayar. Saya janji." Annisa menjawab tegas. Dia takkan sesekali membenarkan Zayyan mengambil kesempatan ke atas dirinya. Jika dia perlu membayar hutang tersebut dengan darahnya sekalipun, dia sanggup asalkan maruahnya tidak tergadai.
Zayyan merenung wajah Annisa dalam-dalam. Melihatkan riak wajah gadis itu, dia yakin Annisa akan mengotakan janjinya.
"Seratus ribu, aku rasa ia satu jumlah yang besar. Berapa lama aku nak kena tunggu..."
"Saya tahu saya takkan mampu nak bayar semua sekaligus. Saya akan bayar sikit-sikit sampai habis. Walaupun ia akan ambil masa sepanjang hidup saya. Saya tetap akan bayar. Itu janji saya."
Zayyan hanya senyum sinis.
"Jadi, kau sanggup terikat dengan aku seumur hidup kau?"
Annisa terpempam. Bukan itu niatnya, namun dia tak tahu nak kata apa.
"Fine. Aku terima tawaran kau. Tapi, dengan syarat."
"Syarat apa?" soal Annisa mula bimbang.
"Kau akan bekerja dengan aku sampai hutang kau habis di bayar."
"Hah? Bekerja dengan tengku? Kerja apa? Saya rasa saya tak ada sebarang kelayakan nak bekerja di syarikat tengku." soal Annisa sudah mula cuak.
Zayyan ketawa kecil.
"Siapa cakap kau akan bekerja di syarikat aku. Kau...akan bekerja di rumah ni...sebagai orang gaji aku."
Orang gaji?
Nampaknya Zayyan cuba membalas dendam dengan memandang rendah pada dirinya. Namun, dia takkan sesekali mengalah.
"Berapa lama saya perlu kerja dengan tengku?" soal Annisa lagi.
"Terpulang. Seberapa lama yang kau perlukan untuk kau langsaikan semua hutang-hutang kau tu." Zayyan sudah mula melangkah menjauhi Annisa.
Annisa terdiam. Adakah ini bermakna...
"Maknanya, saya kena kerja dengan tengku sampai mati ke?" Annisa dah mula panik. Sejujurnya, dia memang tahu yang dia takkan mampu nak bayar hutang lelaki itu sampai bila-bila kerana baginya, seratus ribu itu bukan satu jumlah yang sikit.
"Maybe." Zayyan jongket bahu sambil pamer senyum jahat.
Annisa pejam mata sambil menarik nafas dalam-dalam.
Tenang, Annisa.
Tenang. Jangan panik. Semua masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
"Tapi, saya ada kuliah. Saya juga ada keluarga yang saya perlu jaga. Papa saya, adik-adik saya."
"Itu bukan masalah aku." Zayyan menjawab selamba sambil menghirup minumannya.
Annisa sudah mula gelisah. Masakan dia mampu nak korbankan masa depannya dan mengabaikan keluarganya, demi menurut permintaan gila lelaki itu. Dia harus lakukan sesuatu. Dia harus berunding dengan Zayyan. Tapi, dia tahu lelaki seperti Zayyan takkan menerima permintaannya macam tu aje.
Dia harus tawarkan sesuatu kepada lelaki itu. Tapi, apa yang dia nak tawarkan?
Zayyan jongket kening apabila Annisa mula melangkah menghampirinya. Melihatkan riak wajah Annisa, pasti ada sesuatu yang dirancangan oleh gadis itu.
"Regardless of what you have in mind, the answer is no."
"But...saya tak cakap apa-apa pun lagi." Annisa dah kembali cuak. Belum apa-apa, Zayyan dah terlebih dahulu mengatakan tidak.
Zayyan menyandarkan tubuh sebelum mengetuk jari-jemari di atas meja.
"Fine. Speak."
Annisa tarik nafas dalam-dalam. Dia harus bertenang. Dia tahu yang dia hanya diberikan satu sahaja peluang oleh lelaki itu dan dia tak nak mensia-siakan peluang tersebut.
"Saya setuju kerja dengan tengku sebagai orang gaji or what so ever, tapi dengan dua syarat."
"Syarat? Kau tahu tak yang kau langsung tak punya pilihan? Mahu tak mahu kau tetap kena kerja dengan aku. Unless kalau kau boleh bayar hutang kau tu sekaligus."
"Ya. Saya tahu. Tapi, saya jugak tahu yang tengku taklah kejam sangat, kan? Tengku masih ada lagi sifat perikemanusian, kan?" Annisa berkata ragu-ragu.
Is he?
Zayyan memandang wajah Annisa dalam-dalam.
Naif betul budak ni.
"Fine. Aku pun malas nak serabut kepala fikir benda remeh temeh ni. Aku akan tunaikan satu sahaja syarat kau. Kau pilih nak yang mana."
Annisa tunduk merenung lantai marmar yang berkilat di kakinya. Dalam hati dah berbakul-bakul kata-kata sumpahan yang diberikan kepada lelaki itu.
Dia kini diberikan pilihan, kuliah ataupun keluarga. Masakan dia mampu buat pilihan sedangkan kedua-dua itulah hidupnya. Dia tak boleh nak berhenti belajar kerana dia tahu, hanya ilmu sahajalah yang mampu mengubah hidup mereka. Dan dia juga tak boleh nak mengabaikan keluarganya kerana itu sahaja harta yang dia ada di dunia ini.
Hidup ini terlalu kejam.
Zayyan kejam.
Kenapa dia dipertemukan dengan orang seperti Zayyan dalam hidupnya? Apa dosa yang telah dia lakukan sehingga dia diuji begini?
"Tik. Tok. Tik. Tok. Masa berjalan..."
Air mata sudah mula bergenang, namun cepat-cepat dia mengelap dengan belakang tangan.
"Fine. Saya pilih keluarga saya." Annisa berkata tanpa perasaan.
Zayyan hanya merenung wajah gadis itu dalam-dalam.
"Kenapa kau pilih keluarga? Aku rasa kau patut gunakan peluang yang aku bagi ni untuk lari dari bebanan yang kau tanggung selama ni.
"Keluarga saya bukan beban bagi saya." Annisa menjawab tegas. Riak wajah kemerahan mula terpamer di wajahnya ketika itu.
"Suka hati kaulah. Aku dah bagi peluang. Kalau itu yang kau pilih, terpulang. Now, talking about work. Jadual kerja kau bermula pukul 7.00 pagi sampai 7.00 malam. Ini bermakna kau perlu sampai ke sini sebelum pukul 7.00 pagi. Kalau kau lewat, nilai hutang kau akan bertambah sebanyak seribu ringgit."
"What? That's not fair!"
"Fair tak fair, itu biar aku yang tentukan. Remember, I'm your boss now."
YOU ARE READING
Tengku Zayyan Al-Muttaqin, Mr. cold-blooded
RomanceAngkara khianat, hidup Annisa sekeluarga berubah 360 darjah. Annisa yang dulunya hidup senang, kini terpaksa membanting tulang demi menyara keluarganya. Kehidupannya bertambah buruk apabila dia dipertemukan dengan Tengku Zayyan secara tidak sengaja...