Bab 7

64 3 0
                                    

Lukisan kapal terbang yang dilukis oleh Alya sangat-sangat bermakna buat Alya . Dia sangat rindu akan mamanya . Walaupun usianya baru sahaja lima tahun namun pemikiran dia seperti orang dewasa . " kenapa mama tinggal kan Alya , Alya rindu mama , Bila Mama nak balik dah setahun Alya tunggu mama pulang rumah ."

" Alya kau lukis apa ni ? " jawab Nurul sebaik melihat lukisan yang dilukis oleh Alya  . Dalam lukisan itu terlihat sebuah anak kapal yang hendak berlepas menuju ke pantai . Di pantai itu ada seorang ayah dan anak sedang menanti kepulangan ibunya .

" Dalam fikiran kau ni tak habis lagi dengan mama kau kan ! Dengar sini mulai sekarang aku ni mama kau .

" Sakit mama sakit . Alya menangis teresak-esak .

" Diam , kecil - kecil dah menyusahkan aku , kau sayang mama kau kan . Kau nak dia balik kan . Bagi lukisan tu !
Arah Nurul .

" Tak nak ... mama Nurul jahat , mama Nurul selalu buat mama nangis , mama lari sebab Mama Nurul .

" Oh kau tak nak . Nurul menarik ubun rambut Alya . Dia senyum sinis melihat penderitaan budak kecil itu . Dia melibas  tali pinggang ke tubuh Alya sehingga meninggalkan garis merah .

" Sakit mama sakit . Alya meraung kesakitan . " 

" Aku kata diam kalau tak nahas kau aku kerjakan ."

Lukisan itu direnyuk - renyuk lalu dibuang ke dalam tong sampah .   Tubuh Alya semakin kurus akibat didera oleh Nurul.

" Dengar sini Mama kau tu dah lama mati ! Buat apa kau nak tunggu dia balik . Sampai bila-bila pun dia tak akan balik sebab tempat dia sekarang dalam kubur ."

Alya melarikan diri dari rumah . Mujur kereta yang lalu tidak brek mengejut . Amer terkejut melihat Alya sekaramg tubuhnya semakin kurus dan terlihat kesan lebam di tangannya . Cepat-cepat dia memeluk anaknya . Ayu keluar dari kereta dan menangis sebaik melihat Alya . Alya memeluk tubuh Ayu .

" Mama , mana mama pergi kenapa mama tinggalkan Alya , mama Nurul cakap mama dah mati . Tapi mama Nurul tipu kan ?"

" Ya sayang ni mama ada , jangan menangis selagi mama masih hidup mama tak akan pergi mana-mana . Mama janji . "

Ayu mengelap air mata Alya . Amer membawa Alya masuk ke dalam rumah . Alangkah terkejutnya Nurul sebaik melihat kehadiran Sarah .

" Tak mungkin eh perempuan siapa kau sebenarnya , berapa lelaki ni bayar kau untuk menyamar jadi Sarah ?"

" Aku Sarah kenapa takut , oh kau ni kan memang tak ada hati perut sedap mulut kau kan tuduh aku bukan-bukan . Apa kau dah buat dekat anak aku , kau dera dia kan ? Saya tak akan agak-agak buat tuntutan bela pada mahkamah atas ugutan kau cuba dera anak aku . Kau ni manusia ke binatang ."

" Abang tak sangka Nurul sanggup dera anak abang , dia budak lagi kalau dari dulu Saya tak setuju untuk kahwin dengan awak ."

" Oh baru sekarang awak nak menyesal kahwin dengan saya . Eh perempuan ilmu hitam apa yang kau dah pakai untuk tundukkan lelaki aku !"

" Awak jangan cabar saya Nurul saya dah lama tak naik tamgan ."

" Oh awak nak tampar saya huh tampar lah tampar !"

" Nurul ... wajah Amer berubah merah dia menaikkan tangan lalu menampar Nurul di hadapan Sarah . Nurul melangkah keluar dari rumah itu .

" Nurul Huda Binti Kamil selangkah kaki kau keluar dari rumah ni , aku ceraikan kau dengan talak 3 ." Kini jatuh talak kepada Nurul .

" Bagus akhirnya kau lepaskan aku juga . Sekarang ni aku dah bebas . Aku tak perlu dah jaga budak ni lagi . Selama ini kau abaikan aku Amer , kau tak hargai aku pun , dalam fikiran kau tak habis - habis perempuan ni . Aku ni isteri kau juga . "

" Dah habis cakap dah . Sekarang ini aku tak nak tengok muka kau lagi , bila aku tengok muka kau penuh dengan kebencian sekarang kau keluar bawa semua barang-barang kau dari sini aku tak nak tengok ."

Nurul membawa semua barang - barang lalu melarikan diri bersama teman lelakinya .

Ayu tidak berani melihat keadaan Amer . Ini kali pertama dia melihat Amer menaikkan tangan . Dia cuba untuk menenangkan fikiran Amer yang serabut . Dia membawa Amer ke dalam bilik untuk berbincang . Dia tahu keputusan yang Amer buat itu mengikut emosi . Dia tahu Amer tidak ada niat untuk menjatuhkan talak pada Nurul .






I Lost My Memories Where stories live. Discover now