Amer membawa Ayu pulang ke kuala lumpur untuk menemukan dia kepada keluarga Sarah . Sebelum meninggalkan pulau pinang ,Ayu meminta izin dari Amer untuk berjumpa dengan iyzham . Mereka berjumpa di pantai . Itu adalah pertemuan terakhir Ayu bersama Iyzham dia berterima kasih kepada Iyzham kerana telah menjaganya .
" Sebelum saya pergi , boleh saya lihat wajah awak untuk kali terakhir ."
" awak tenung lah muka saya ni Ayu, apa yang awak nampak ? "
" Saya nampak kebenciaan , semudah itu awak melupakan saya , saya ikhlas cintakan awak ! tapi sanggup awak lepaskan saya iyz . " Iyzham menarik tapak telangan Ayu . Dia meletakkan pada dadanya .
" Cuba awak rasa , sebesar mana cinta saya pada awak Ayu . Saya nak awak rasa betapa lajunya degupan jantung saya tak henti henti . Saya sayang awak Ayu tapi kita tak mungkin akan bersama . Saya yeast dan awak pula garam . Kalau nak adun roti yeast dengan garam tak perlu bersatu . Begitu juga dengan kita sebesar mana sayang saya pada awak, sampai akhir hayat kita tak akan bersama ."
" Tapi kita boleh bincang baik-baik kan , tak salah kan kalau kita teruskan hubungan ini . Kita akan kahwin lepas itu hidup bahagia . "
" Nak bincang apa lagi Ayu , saya tak boleh nak teruskan lagi . Saya mintak maaf ."
" Apa yang awak tahu mintak maaf dan terus mintak maaf ,awak ingat semudah tu saya nak maafkan . Cakap aje lah yang awak ada perempuan lain Iyzham !
" Memang saya ada perempuan lain pun , perasaan saya dekat awak dah hilang Ayu . Saya cintakan dia dan kami akan nikah pun dan awak harus lepaskan saya . Saya tak perlu berbohong lagi Ayu kalau saya teruskan berbohong itu akan buat awak harapan , saya tak nak awak berharap benda yang sia-sia . "
" Jadi selama ini awak hanya bersandiwara dengan perasaan awak ? Sampai hati awak Iyz . Selamat tinggal .
Ayu meninggalkan Iyzham di tepi pantai . Dia menahan air matanya . Dia menangis dalam hati .Ayu memilih untuk memeluk tubuh Amer . Dia dapat merasa diri dia disayangi bila disamping Amer .
" Kenapa ini Ayu , awak ada masalah ke ?"
Ayu hanya menganggukan kepala .
" Saya tahu awak lagi menangis kan ? Hey dengar sini Ayu ...
" Panggil saya Sarah . "
" Sarah ... Saya tak boleh tengok awak menangis dan kalau awak nangis nanti saya pun akan menangis . Saya nak awak senyum . Awak kena bangkit Sarah . Saya nak awak sentiasa ceria macam dulu . Walaupun sekarang awak dah banyak berubah . Amer mengelap air mata Sarah lalu membawa Sarah jalan jalan untuk menenangkan fikiran .

YOU ARE READING
I Lost My Memories
RomanceSarah hilang ingatan . Dia tidak dapat mengingati semula memori tentang siapa dirinya . Akhirnya Sarah bertemu dengan Iyzham di dalam lautan karam . Iyzham menemui Sarah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan . Dari situ bermula detik cinta antara mereka...