" Saya tahu awak tak bermaksud nak ceraikan Nurul kan ?
" Hati saya betul-betul hancur Sarah , memang patut pun saya lepaskan dia . "
" Bagaimana dengan Alya , awak tak fikir ke perasaan dia . Saya kesian dekat dia , lepas apa yang jadi mesti dia trauma . Alya tu budak lagi dia perlu dapat kasih sayang dari seorang ibu . Dia baru berusia lima tahun kena lalui semua ni . "
" Perempuan macam Nurul layak ke digelar ibu , awak lihat kan tadi apa dia dah buat dekat Alya . Dia dera anak saya Sarah . Awak tanya pada diri awak lelaki mana yang sanggup tengok anak dia didera !"
" Ya saya tahu , apa yang Nurul buat itu salah , tapi ada awak fikir kenapa dia buat macam tu , selama ni awak abaikan tanggungjawab awak sebagai seoramg suami . Dia dahagakan perhatian dari awak tapi awak hanya kejar orang yang belum tentu akan datang balik depan mata awak ."
" Saya tak tahu macam mana nak buka mata awak , awak sedar tak ,Sarah yang saya cari selama ini itu awak Ayu ! "
" Tak Amer , awak salah .Sarah dah tak ada tolonglah terima yang Sarah dah lama pergi dan bahagia di taman syurga . Saya Ayu bukan Sarah !"
" Sekarang ni saya nak awak tengok semua album ni , ni gambar hari nikah kita . "
Ayu melihat semua foto-foto itu . Benar apa yang dikata Amer bahawa wajah isterinya agak mirip dengan dirinya . Tetapi dia tidak dapat ingat apa-apa yang ada di dalam foto tersebut .
" Amer kalau awak terus memaksa saya untuk ingat semula kenangan ini , saya tak akan ingat . Orang yang hidap amnesia ni perlukan masa . "
" Saya faham , awak tak perlu tertekan , Saya mintak maaf sebab terlalu memaksa . Kalau awak tak boleh nak teruskan lakonan ni baik awak berundur aje Ayu ."
" Saya akan teruskan juga lakonan ni Amer , Demi Alya saya sanggup . "
" Awak janji dengan saya tolong jaga Alya macam anak kandung awak sendiri ."
" Saya janji ." Ayu janji akan menatang bagai minyak yang penuh . Dia akan menghulurkan kasih sayang sebagai seorang ibu .
" Saya nak tidur dengan Alya malam ni ."
" Awak tidurlah dengan Alya , awak jangan risau selagi belum halal saya tak akan rosakkan awak . Saya tidur di luar ya . Saya izinkan awak tidur dengan Alya atas katil saya ."
" Mama boleh tak malam ni Alya nak tidur dengan papa sekali , boleh lah boleh lah ."
" Boleh sayang , tapi Alya tidur tengah2 ya ."
" okay sayang mama " Alya memeluk tubuh ayu . Entah mengapa Ayu merasa sangat erat . Dia dapat merasakan pelukan seorang anak dan ibu . Hujan turun dengan lebat . Bunyi sambar petir membuat Ayu tidak dapat tidur dengan lena . Dia mengiringkan badan ke arah Alya . Dia melihat gadis kecil itu tidur dengan lena . Bunyi dengkuran Amer kedengaran . Dia mengejut Amer .
" Awak bangunlah ."
" Eh Sarah kenapa tak tidur lagi .
" Saya tak boleh tidurlah , boleh tak saya tidur sebelah awak ." Amer melihat ayu bersikap aneh sekali .
" Silakan kalau awak takut peluk aje tubuh saya ."
" Kalau macam itu saya tidur luar ."
" Eh ada ke patut tidur luar. Silap-silap ada orang lain teman awak tidur ."
" Siapa ? Bulu roma Ayu naik mendadak .
" Siapa lagi kalau bukan encik ponti ."
" Tak nak lah macam tu awak tidur luar ."
" Sampai hati halau abang , dah tak sayang abang ke ."
" Mula dah tu , awak tak perlu tidur luar pun ni kan bilik awak , saya bawa Alya masuk bilik dulu .
" Ala abang tak boleh tidur kalau tak da sayang ."
" Saya bawa Alya masuk bilik bukan nak tidur dengan dia , nanti saya temankanlah awak tidur , tapi janji kena jarak 1 meter ."
" Okay sayang kalau macam tu boleh ."
YOU ARE READING
I Lost My Memories
RomantizmSarah hilang ingatan . Dia tidak dapat mengingati semula memori tentang siapa dirinya . Akhirnya Sarah bertemu dengan Iyzham di dalam lautan karam . Iyzham menemui Sarah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan . Dari situ bermula detik cinta antara mereka...