MY SAD STORY

102 21 5
                                    

Assalamualaikum semua... macam yang korang baca dekat atas tu, saya hanya nak kongsi kisah mengecewakan yang berlaku beberapa hari sebelumni.

Actually waktu sebelum pkp, saya dengan dua orang lagi kawan saya dah menyertai satu pertandingan membuat kartun animasi peringkat negeri.

Bermula bulan 5 sampai bulan 8 iaitu ahad yang lepas. 1/8/2021.

Yes, masa yang sangat lama untuk mampu siapkan animasi tu. Saya sebagai ketua bertugas untuk bahagian skrip dan editor. Skrip dan jalan cerita semua dah susun.

Tinggal kerja lagi dua prang kwn saya untuk siapkan background setting dan animation. Semua nampak macam berjalan lancar sampailah dua minggu sebelum tarikh penghantaran. Ahli yang bertugas untuk buat animation bagitahu dia ada big problem untuk buat animasi.

Dan dia hampir give up sebab tiga bulan dia habiskan masa buat satu scene yang pendek ja. Tapi saya tak marah sebab saya tahj kami semua baru kali pertama ceburi bidang animasi ni. Saja nak tambah pengalaman. Memandangkan ini juga pertama kali saya edit kartun animasi sendiri.

Disebabkan problem tu, kami terus cari strategi baru dan usaha push kami punya masa. Saya tak tidur 3 malam untuk susun plot penceritaan sebab animasi masih dalam progres. Jadi tak boleh nak buat sepenuhnya.
Sebab saya takut group animasi tu terbeban, saya pun buat juga animasi dan background setting tambahan yang penting sendiri.

Sampailah hari terakhir penghantaran animasi tu, masih ada 50% yang belum siap. Korang bayangkan betapa depressed saya masatu. Nasib menyebelahi saya sebab tusyen malam saya tangguh selama dua malam. Jadi saya terskip satu kelas iaitu malam terakhir 1/8/2021.

Nak dijadikan cerita, pada 30/7/2021 seorang ahli saya ada family problem. Ayah dia baru masuk ICU. Sebabtu kami bagi kelonggaran pada dia dan alhamdulillah dia still buat 2 lagi background setting yang saya mintak last minute. Thank you sangat 😭.

Adik saya pun siap tolong buat storyboard. Tu belum masuk team voice over, tingal lagi 3 hari sebelum tarikh penghantaran, baru kami mintak ahli team hantar voice. Disebabkan waktu sekarang yang tak boleh nak bersemuka. Memamg susah sangat nak contact sesama sendiri. Semua pun sibuk dengan kelas tambahan memandangkan kami dah form 5 tahun ni.

Tepat jam 12 malam. Yes, masa tulah pendaftaran dah tak diterima sebenarnya. Tapi yang peliknya saya tak give up. Saya masih teruskan buat editing animation tu walaupun dah tahu kami dah terlepas.😅

Tiba-tiba dalam group pertandingan tu, banyak lagi group dari sekolah dan kumpulan lain yang tak sempat nak hantar dan minta diberi peluang untuk lanjutkan masa. Lagilah saya semangat nak sambung video tu.
Saya siapkan semua video animation dan storyboard tu sorang2 sampai pukul 4:30 pagi. Btw sampai pukul 2 pagi pun seorang ahli animasi masih setia membantu saya. Jadi saya sangat berterimah kash pada dia.

Lepas siap ja saya terus upload dalam YouTube dan isi borang. Dan hasilnya ialah....

Lepas baca benda ni saya senyap jer

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lepas baca benda ni saya senyap jer. Tutup laptop kemas dan terus baring atas katil sebab penat sangat. Sejujurnya saya kecewa sangat sebab benda ni dan yes saya menangis. Satu sebab kecewa saya tak dapat siapkan editing video tu. Tapi satu lagi sebab saya lega. Walaupun tak sempat nak masuk, akhirnya sebuah animasi berdurasi lima minit terhasil.

Actually kami ada guru pembimbing jugak. Tapi dia tak ada pengalaman langsung tentang animation. Tapi dia banyak membantu dari segi penilisan skrip dan jalan cerita. Terima kasih cikgu❤️

Disebabkan saya dah upload animasi tu dalam YouTube. Jadi saya nak ambil peluang untuk persembahkan dekat korang jugak. Dan sebenarnya video ni tak perfect sepert i yang saya harapkan. Tapi saya usaha buat yang termampu setakat tu. Dan saya yakin kalau masa ditambah lagi seminggu. Animaso tu boleh jadi gempak sebenarnya.

...

Tittle: Sempit Bertimpuh, Lega Berlunjur

Sinopsis

Mayleen, seorang gadis berlatar belakangkan keluarga sederhana yang ingin hidup bergaya demi membuktikan dirinya setaraf dengan rakan-rakannya. Namun kerana sikap boros yang tidak dapat dibendung akhirnya memakan diri. Dia perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang menimpanya.

Adakah Mayleen akan menemui jalan penyelesainnya? Atau dia akan dirundung dugaan tanpa kesudahan? Semuanya akan terjawab di dalam kisah persahabatan yang penuh suka dan duka bersama.

Saya betharap sesiapa yang tengok animasi kartun ni like sekali yer video ni dekat YouTube channel saya. 🥰✨

Sampai sini sahaja cerita saya pada hari ni.

Jadi pengajarannya, kalau kita tak mampu untuk lakukan sesuatu, cuba dengan cara lain. Dan walau apapun yang terjadi, apa yang kita usaha buat dari mula usahakan sampai habis. Sebab bila dah siap kita akan rasa yang perbuatan kita tak sia-sia. Dan belajar erti redha. Walaupun kita sedih, kita kena percaya ada hikmah lain disebalik kejadian menyedihkan yang berlaku pada kita. Terima kasih semua...

Thank you sebab support minat editing saya sampai sekarang. 🥰✨💜

ありがとうおざいます。さよなら!!

[CLOSE & COMPLETE] - Wattpad Trailer Creator Where stories live. Discover now