29.It's Not The End

108 19 1
                                    


Gadis itu, Lee Hara baru pulang dari permakaman suaminya. Dia sedang duduk di taman berhampiran dengan rumahnya

Sunyi

Itu yang dirasai gadis itu

"Kenapa terlalu cepat" gadis itu bergumam, "kenapa terlalu cepat awak pergi tinggalkan saya?" Lagi lagi gadis itu menangis

Entah berapa kali gadis itu menangis harini. Dia mengeluarkan sebentuk cincin yang berada di dalam begnya, memandang cincin itu dengan tatapan kosong tapi matanya masih mengeluarkan mutiara jerninya.

Cincin itu adalah hadiah terakhir dari suaminya, sebelum dia pergi buat selamanya. Dia genggam cincin itu lalu memandang tasik di hadapannya. Dia bangun dari duduknya, berjalan menghampiri tasik yang terhalang oleh penghadang di situ

Dia mengangkat tangannya, bersedia untuk membaling cincin yang berada di dalam genggamannya ke dalam tasik

"Jangan"

Hara menoleh ke arah suara

"Renjun?" Hara terkejut bukan main. Dia memabantutkan niatnya untuk membaling cincin itu. Tapi itu tidak penting sekarang, yang lebih membuatkan gadis itu lemas, apakah betul lelaki yang berdiri di hadapannya ini adalah lelaki yang dia cintai sebelum ini?

"Renjun? Ni betul kau ke?"

"Aku—"

Renjun terkejut, Hara memeluknya dengan erat. Gadis itu menangis di bahu Renjun, memukul mukul belakang badan lelaki itu.

"Kau pergi mana! Kenapa kau baru datang sekarang?! Kenapa Renjun kenapa" Hara menangis sejadi jadinya di situ. Menghiraukan orang orang yang lalu lalang di situ

"Ha—ra aku bukan tak nak tapi—"

"Renjun?"

Mereka berdua mengangkat kepala, menoleh kearah suara gadis yang memanggil nama Renjun

"Eoh! Maaf mengganggu! Sa—ya tunggu dekat kereta"

"Tunggu" Renjun menahan tangan gadis itu

Hara mengangkat mukanya memandang gadis yang terlihat seumuran dengannya berdiri dengan tangannya digenggam oleh Renjun

Dia menepis air matanya yang ingin kembali keluar, mengelap hingus yang mengalir dari hidungnya. Hara terlihat seperti anak kecil yang sedang terkena flu sekarang

"Hara kenalkan ni Hara" kata Renjun

"HAH"

"Eoh maksud aku ni Kim Hara. Kim Hara ni Lee Hara"

"Ah selamat berkenalan Lee Hara" kata Hara sambil menghulurkan tangan disertakan dengan senyuman khas gadis itu

Lee Hara menyambut huluran itu

"Boleh saya bercakap sekejap dengan awak?" Tanya Kim Hara kepada Lee Hara

Renjun memandang sekilas sahabatnya itu. Lee Hara mengangguk lalu Renjun beredar dari situ

Kedua gadis itu kembali ke tempat duduk yang diduduki Lee Hara tadi

"Awak rapat dengan Renjun?" tanya Kim Hara tiba-tiba

"Ha?—ah maksud saya haah kitorang memang rapat sejak dia mula mula pindah sini" Lee Hara menjawab

"Sebenarnya, saya ada sesuatu nak bagitau awak" Kim Hara memandang Lee Hara dengan tatapan redup, "saya dengan Renjun dah bertunang dan, bulan depan perkahwinan kami akan berlangsung"

Lee Hara berundur ke belakang. Dadanya terasa sesak seketika, dapat dirasakan peluh membasahi kepalanya

"Hara" Kim Hara menarik tangan Lee Hara dan menggenggamnya "saya tahu awak rapat dengan dia, saya tahu awak lebih faham dia, saya tahu awak lebih tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Kalau awak suruh saya lepaskan Renjun untuk awak pun saya sanggup—"

Kim Hara terkaku. Lee Hara baru sahaja memeluknya sambil menangis di bahu lebar Kim Hara

"Dalam dunia ni, tak semua yang kita mahu kita boleh miliki. Lagi lagi jika ianya bukan milik kita" kata Lee Hara yang masih terisak di sana

Dia melepaskan pelukan, memandang wajah Kim Hara dengan mata yang sembab "Jaga Renjun untuk saya. Dia berhak bahagia. Saya pasti dia dah bahagikan sebelah jantungnya untuk awak" sambung Lee Hara lagi

"Terima kasih Hara"

"Awak pun Hara jugak"

"Tapi saya Kim Hara"

"Saya Lee Hara"

"K"

"HAHAHAHA BODO"

Renjun yang melihat 2 gadis yang disayanginya dari jauh, hanya mampu tersenyum.














"Hara!" Jaemin dan Yerin mendatangi Hara yang baru sahaja keluar dari kereta milik Renjun.

"Hara kau gi mane— Renjun?" Jaemin yang melihat Renjun berada di dalam kereta, berundur sedikit ke belakang. Begitu juga dengan Yerin.

"Macamana kau—" ditekupnya mulut Yerin oleh Hara

"Korang balik lah dulu rehat. Malam nanti datang rumah aku, ada buat makan makan. Babai!" Hara melambai ke arah kereta Renjun sambil menarik tangan kedua rakannya.

Jaemin dan Yerin yang masih terpinga-pinga hanya mampu mengikut gerak geri Hara. Sebaik sahaja kereta milik Renjun hilang dari pandangan, Hara pun melepaskan genggamannya.

"Tadi tu Renjun? " Tanya Jaemin yang masih terpinga-pinga

"Ada nampak macam Haechan ke?" Jawab Hara. Gadis itu duduk di buaian yang terletak di halaman rumahnya

"Kau.....Okey?" Tanya Yerin

"Aku okey je, haha. Kalau ada Haechan" Hara menarik nafas dalam-dalam "Aku, aku dah bagi separuh nyawa aku dekat Haechan, dan dia dah bawak nyawa tu pergi dengan dia. Macam mana aku boleh hidup tanpa dia lepas ni?" Hara menangis tanpa suara. Di tepis air matanya berkali kali namun dia tetap jatuh dengan laju

Dua orang sahabatnya, turut sakit melihat keadaan Hara yang begini. Hara yang kuat, Hara yang ceria kini benar benar hancur di hadapan mereka

"Kau ada kitorang Hara, kau ada kitorang. Kitorang akan tetap ada dengan kau. Sampai bila bila pun. Biar kitorang jadi mama dengan papa kedua buat anak kau. Kau kena kuat demi anak kau Hara. Anak kau, akan bawa nyawa kau yang Haechan bawa bersama, percayalah"


























AKU RASA HARITU AKU KATA LAGI 2 CHAPTER JE HMMMPPPHHH

PAPEPUN STAY SAFE GUYSSSS

NestapaWhere stories live. Discover now