"HAECHAN! LEE HAECHAN!"Dia membuka matanya perlahan-lahan, dapat dirasakan alat pernafasan berada di mulutnya. Rasa sakit yang teramat juga dapat dirasakan di pinggangnya
"Haechan? Haechan awak boleh dengar saya?"
Haechan menoleh ke arah suara. Terlihat seorang gadis rambut separat bahu memandang ke arahnya
"S....s—ak....it" katanya dengan suara yang tersekat-sekat
Dia terdengar isakan dari gadis yang sedang berdiri di sebelahnya itu
"Sakit? Dekat mana yang sakit?" Jawab Hara yang masih menangis. Sakit rasanya melihat lelaki yang disayanginya, terlantar dengan keadaan begini
"J...ang...an nang.....is" dia cuba untuk mengusap pipi isterinya namun di angkat terlebih dahulu oleh Hara
Dia meletakkan tangan Haechan di pipinya. Dapat dirasakan usapan perlahan dari sang suami. Dia memejamkan matanya, berharap lelaki yang berada di hadapannya ini akan tetap bersamanya.
"Saya panggil Omma dengan Appa awak okey? Johnny sekali" katanya Hara sambil menapak keluar dari wad VIP yang diduduki Haechan
Gadis itu keluar memberitahu akan keadaan Haechan kepada ahli keluarga mereka. Setelah mendengar semuanya, Omma Haechan segera masuk ke dalam wad menghampiri anaknya yang terlantar di atas katil.
"Aigoo Haechan-ah" wanita itu memanggil dengan air mata yang mengalir, "Macammana kamu boleh jadi macam ni sayang? Sapa yang berani buat anak Omma macamni? Aigoo, aigoo" sambungnya sambil menepuk perlahan lengan Haechan
Terlihat senyuman di balik alat pernafasan yang berada di mulut lelaki itu. Dia berusaha untuk membuka lebih luas matanya tapi, tidak tahu mengapa. Dia tidak mampu untuk melakukan itu.
Dia memejam matanya kembali sambil menggenggam erat tangan Ommanya.
"Hae....Haechan n...ak r..eha...t ke...ja..p ye Omma" katanya dengan mata yang terpejam
"Haechan?"
"Omma jangan risau. Haechan okey, dia dah stabil. Dia cuma perlukan rehat" sambung Johnny dari belakang
Puan Lee memandang anaknya layu. Begitu juga dengan suaminya.
Hara masuk dengan niat ingin menemani Haechan terbantut. Melihat ibu dan ayah mertuanya menangisi anak lelaki yang sedang terlantar.
Hara menangis di balik pintu, memerhatikan semuanya dari luar
Dia cuma berharap agar Haechan terus hidup, walaupun dia terpaksa menggadaikan nyawanya dan nyawa yang berada di dalam perutnya.
•••
Hari demi hari, lelaki itu semakin sembuh. Akhirnya Hara dapat melihat kembali senyuman hangat sang suami yang dirinduinya
Tapi masih ada sesuatu yang membuatkan gadis itu berfikir panjang
"Walaupun Encik Haechan dah sedar sekarang, ia tak menjamin dia akan terus hidup"
"Maksud doctor?"
"Buah pinggangnya hampir tidak berfungsi. Dia sedar itupun boleh dikatakan suatu keajaiban"
"Takder cara lain ke doctor? Suami saya perlukan penderma kan doctor? Saya sanggup doctor saya sanggup!"
"Tak boleh macam ni Cik Hara, Cik sedang mengandung, kami tidak mahu mengambil risiko—"
"Tapi suami saya macammana doctor?"
"Kami akan cuba mencari penderma dengan secepat mungkin"
YOU ARE READING
Nestapa
Romance"Dia pergi dengan cara yang tidak terduga" "Jika suatu hari nanti kau menemukan dia yang boleh menjadi titik noktah cerita kita, cintailah dia kerana cinta dan bukan kerana aku" ⚠️ TW ⚠️ : AWAL AWAL MUNGKIN AKAN SEDIKIT CRINGE JADI BERSABAR YA - RE...