Kata dia," jika suatu hari nanti kau menemukan dia yang boleh menjadi titik noktah cerita kita, cintailah dia kerana cinta dan bukan kerana aku"Tapi siapa si dia itu? Siapa yang bakal menjadi titik noktah cerita kita? Bolehkah aku ego buat sekali sahaja kepada Tuhan? Tolong kembalikan dia, dia hak milikku. Bolehkah?
Aku benar-benar hancur di sini, tanpa engkau yang boleh mendakapku lagi. Tolong lah kembali. Tolonglah sambut bidadara kecil yang bakal lahir ke dunia ini. Yang bakal menjadi sayap kedua buat kita. Tolonglah kembali
Tolong lah
"CEPAT BAWAK PESAKIT KE DALAM BILIK PEMBEDAHAN!"
"Doc, tolong selamatkan anak saya. Tolong"
"Saya.....akan cuba yang terbaik"
"Cubaan membunuh diri? Kandungannya mungkin tidak dapat diselamatkan, maafkan saya"
"Kau kuat. Buktinya, Heetae ada dengan kita sekarang"
"Mama! Heetae dapat nombor 1 dalam kelas! Jom pergi jumpa Papa Haechan! Dia mesti bangga dengan Heetae kan Mama?"
"Doctor Lee Hara"
"Oh ye saya"
Hara menoleh ke belakang, melihat lelaki yang seumuran dengannya berdiri dengan 2 cawan kopi di tangannya
"Kau kenapa?" tanya Doctor lelaki itu. Dia menghulurkan secawan kopi kepada Hara
"Entah lah Dohwa" Hara menghirup kopinya "macam ada sesuatu yang hilang" Hara kembali menatap ke depan
"Kisah silam? It's already 6 years Hara" Dohwa meletakkan sekeping sampul yang berisi data data pesakit yang perlu di rawat di atas meja "Lupakan kisah silam kau, and focus on your future, kesian Heetae. Dia perkulan seorang ayah jugak, kalau mama dia masih mencintai orang yang dah kembali ke pada tanah,bila Heetae dapat rasa kasih sayang ayah sebenar"
Hara masih menatap ke depan dengan tatapan kosong. Salah dia juga kerana masih berharap agar kisah silamnya terulang kembali. Tapi apakan daya, ini semua takdir. Lebih baik mengikuti arus takdir daripada melawannya.
"Aku dah ada Jaemin, aku dah ada kau. Heetae pun dah biasa dengan korang berdua. Apa lagi yang tak cukup?" Hara menoleh ke arah Dohwa yang sedang tersenyum miris menatapnya
"Then, marry him"
"Who?"
"Jaemin"
Hara terdiam
"Aku anggap dia kawan je—"
"Tapi dia anggap kau kawan ke?"
"Ha?"
"Aku nampak cara dia pandang kau, bukan macam kawan. Lebih dari tu. Macam aku cakap lah, lupakan kisah lalu dan mulakan yang baharu bersama orang yang tepat. Heetae perlukan kasih seorang ayah sebenar" Dohwa bangun dari duduknya, lalu berjalan ke kaunter pertanyaan hospital
Hara yang masih diam, menatap kertas yang masih elok terletak di atas meja.
Betul juga kata Dohwa, sampai bila dia perlu berharap dan menunggu akan sesuatu yang tidak akan kembali? Mungkin sudah tiba masanya, Hara mencari seseorang yang boleh menjadi titik noktah cerita mereka.
— Neocity Kindergarten
"Heetae ya"
Budak lelaki berumur 5 tahun itu, menoleh ke arah suara. Terlihat seorang rakannya tersenyum manis kearahnya.
"Daehya nak apwe?" Heetae berjalan ke arah Daehya seraya membawa buku yang dibaca nya sebentar tadi.
"Esok kan hari ibu bapa. Mama Heetae datang kwe?"
"Mestilah! Tapi, papa Heetae takder" Heetae menundukkan kepalanya ke bawah
"Daehya pun. Mama Daehya tak dapat datang esok"
"Sekwuwang-kwuwangnya, Daehya ada Ayah"
"Tapi Heetae ada Mama "
Next Day,
"Ibu bapa sila datang ke meja pendaftaran untuk mendaftar nama anak dan ibu bapa sendiri"
Lee Hara melangkah ke kawasan sekolah, mencari keberadaan Heetae yang sejak dari tadi tidak kelihatan.
Tidak lama, Hara menangkap kelibat anaknya yang sedang duduk bersebelahan gadis kecil. Mereka terlihat sangat mesra, berkongsi makanan bersama, berkongsi minuman bersama. Senang cerita, mereka terlihat seperti kakak dan adik.
Hara berjalan ke arah mereka
"Oh mama! Papa Jaemwin tak ikut?"
Hara yang melihat anaknya bercakap dengan mulut yang penuh dengan nasi, hanya mampu tergelak kecil
"Tak sayang. Papa Jaemin busy. Oh ni Daehya yang Heetae cerita tu?" Hara memandang ke arah Daehya yang sedang menikmati bekalnya.
"Haah. Ni lah Daehya!"
"Hallo Aunty" Daehya tersenyum manis
"Aigoo kiyowo. Mama Daehya mane?" Hara bertanya
"Mama Daehya takder. Papa cakap mama dah pergi jauh. Tapi takpe, papa ada! Ha tu Papa!"
Daehya berlari ke arah seorang lelaki yang lengkap memakai suit sambil membawa sebekas makananHara memandang tepat ke arah lelaki itu. Jantungnya, seakan berhenti seketika. Nafasnya tersekat-sekat, aura ketakutan mula menguasai dirinya.
Apakah benar apa yang di lihatnya sekarang ini? Apakah benar kisah silamnya kini kembali? Adakah benar yang "dia" sedang berdiri di hadapan wanita itu?
"Haechan?"
— End —
Don't worry bestie I'll make S2 🏃🏻
So thank you for all your support 😭😭😭
Now this story reach 2k readers thank you so much!!!
I don't know when I'll make S2
Maybe lepas I reedit? Atau readers cecah 3K ?
Hehe kita tunggu dan lihat
Jadi,
Takdir kita, Lee Haechan melabuhkan tirainya pada 1 November 2021 <3
Happy Author's Day kepada semua author juga<333
So here hadiah kepada pembaca yang telah menghabiskan membaca cerita saya yang merepek ni HAHAHHAHA 😭😭😭😭😭
By the way saya record sendiri suara tu HAHAHAHHAA 😭😭😭THANK YOU AGAIN LOVE!!!!
YOU ARE READING
Nestapa
Romance"Dia pergi dengan cara yang tidak terduga" "Jika suatu hari nanti kau menemukan dia yang boleh menjadi titik noktah cerita kita, cintailah dia kerana cinta dan bukan kerana aku" ⚠️ TW ⚠️ : AWAL AWAL MUNGKIN AKAN SEDIKIT CRINGE JADI BERSABAR YA - RE...