Razi dan Abg Mizi duduk dalam satu lorong di taman perumahan kos rendah dan kebertulan mereka bekerja di kilang yang sama. Razi sebagai juruteknik berusia lewat 20an dan masih bujang sementara Abg Mizi berusia lewat 40an menjadi penyelia pengeluaran dan istierinya Kak Timah berusia awal 40an tidak bekerja hanya mengambil upah menjahit di rumah .Anak anak mereka seramai 3 orang ,dua darinya telah bekerja dann berumah tangga dan tinggal di ibu kota .Hanya anak lelaki yang bungsu bersekolah dan duduk di asrama dalam daerah yang sama.
Akibat kemalangan yang berlaku di kilang ,Abg Mizi mendapat kecederaan parah di kedua dua kaki dan terpaksa di potong dan diberhentikan kerja atas dasar kesihatan. Dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan duduk di rumah sepanjang masa. Sebagai seorang yang aktif dan cergas ,Abg Mizi menjadi murung ,stress dan putus asa yang menyebabkan Kak Timah turut terkesan dan tertekan.Dia tidak lagi mengambil upah kerana mahu memberi tumpuan pada Abg Mizi.
Razi yang telah di anggap sebagai adik angkat banyak membantu dan menolong kedua dua mereka dan ada kalanya menjadi 'orang tengah' untuk mendamaikan karenah kedua dua mereka. Razi sering berhubung dengan anak anak mereka untuk memaklumkan perkembangan Abg Mizi .kak Timah ku lihat hampir putus asa untk berhadapan dengan Abg Mizi dan karenah nya dan berharap pada ku untuk membantu nya.
YOU ARE READING
Ikhsan Jadi Kasih( Completed)
RomansaRazi dan Abg Mizi bekerja di kilang yang sama dan duduk berjiran di sebuah peruamhan kos rendah di bandar K. Razi berusia 22 tahun masih bujang berkerja sebagai juruteknik sementara Abg Mizi berusia awal 40an bekerja sebagai Penyelia Pengeluaran. Is...