E 3 (Final)

3 2 0
                                    

*Harap maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan ejaan. Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan dunia realiti.

[Yours pov]

Sekarang aku duduk di sebelah pemandu. Hari ini bukan aku yang memandu tapi Young K. Jae pula duduk di belakang sambil membelek-belek kapak kepunyaanku. Perjalanan kami tiba-tiba terhenti. Aku memandang Young K.

"Kenapa berhenti kat sini? Kawasan ni berisikolah!" marahku kepada Young K. Young K memandangku dengan pandangan dinginnya. ' Ha tulah kau cari pasal lagi!' aku memarahi diriku sendiri.

"Minyak dah habislah! Kau tak nampak ke?" tanyanya dengan nada sarkastik. Tipulah kalau aku tak sentap.

"Guys...aku rasa kita kena tinggalkan tempat ni secepat mungkin" Jae bersuara. Aku menoleh memandang Jae di belakangku. Jae nampak sesuatu yang bergerak menuju kea rah kami tapi masih agak jauh. Risau jika itu zombie, kami bertiga dengan pantas keluar dari situ. Tidak lupa membawa senjata masing-masing.

"Apa kita nak buat sekarang ni?" Jae bertanya dengan wajah yang sedikit gelisah.

"Beralih ke plan B" Young K menyahut. Aku mengerutkan keningku.

"Plan B?" tanyaku pelik. "Setahu aku kita tak ada plan apa-apa semalam" kataku mengingatkan Young K.

"Ha'ah, bukannya kita terus tidur ke?" Jae bersuara lagi.

"Alah! Buat-buat ada jelah" Young K akhirnya menyahut. Tidak tahu nak kata apa kerana memang benar mereka tidak merancang apa-apa.

"Habis nak buat apa ni?" Jae bertanya lagi. Aku hanya mampu menghela nafas malas.

"Nyorok la! Nak buat apa lagi!" bidas Young K.

"Orang tanya je. Janganlah marah" Jae bergumam. Nak merajuk ke tu. Aku tertawa kecil melihat perangai Jae.

Akhirnya kami masuk ke dalam sebuah kedai makan untuk bersembunyi. Kami tetap berjaga-jaga dengan setiap langkah yang kami ambil sehinggalah kami masuk ke dalam dapur kedai makan tersebut. Ketika itu kami tidak perasan terdapat dua orang zombie yang berada di situ juga. Selepas mengunci pintu dapur tersebut kami berpusing ke belakang dan Jae dan Young K pun di serang.

Aku terkaku seketika sehinggalah suara jeritan mereka kedengaran meminta tolong. Tanpa membuang masa aku terus mengapak kepala zombie yang ingin menggigit Young K. Selepas itu, aku mengapak pula kepala zombie yang menyerang Jae. Mereka berdua terus menarik nafas lega kerana terlepas daripada zombie-zombie tersebut. Aku melihat Jae yang mencangkung sambil memegang dadanya kirinya. Young K pula terbongkok-bongkok sambil mengatur nafasnya kembali.

Baru sahaja ingin berdiri tegak dia sekali lagi di serang dari belakang. Aku dan Young K hanya membuntangkan mata kami. Terlampau terkejut punya pasal, kami hanya mampu melihat Jae bergelut sendirian sambil berusaha melepaskan diri.

[Jae pov]

Aku memegang dada kiriku. Nasib baikla aku ni tak ada lemah jantung. Aku memejamkan mataku sekejap cuba mencari semangatku kembali setelah apa yang berlaku tadi. Baru sahaja aku ingin berdiri aku diserang dari belakang. Jantungku berdetak semakin laju. Aku bergelut dengan makhluk yang menerkam aku dari arah belakang tadi. Aku hanya menutup mataku saat ini tidak sanggup melihat benda yang tengah bergelut dengan aku ni.

"Jae! Jae! Ni akulah Wonpil" makhluk tadi bersuara. Kami berdua berhenti bergelut dan aku dengan perlahan membuka mataku secara perlahan. Ya, betul! Dia memang Wonpil. Dengan mata yang berkaca-kaca Wonpil terus mendakapku kembali dengan tubuhnya yang menggigil. Aku menghela nafas lega. Aku ingat zombie tadi. Aku meleraikan pelukkaan kami dan membawa Wonpil berdiri bersamaku.

{2} Zombie(Day6XReader)✔Where stories live. Discover now