'Assalamualaikum!'
Sofia memberi salam setibanya dia di rumah Faris.
'Waalaikumsalam! awak kawan faris kan? ada kerja kumpulan ye?' balas seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an sambil berlari ke arahnya untuk membuka pagar.
Sofia hanya tersenyum lalu bertanya 'kawan-kawan lain dah sampai ke aunty?'
'Aunty? panggil mak cik je, mak cik ni dah berusia dah tak sesuai panggil aunty' balasnya sambil tertawa. 'kat dalam dah ada sorang kawan awak, fatihah makcik rasa namanya' balas wanita tersebut
Sofia pun membuka kasut dan melangkah masuk ke dalam rumah faris.
'eh lupa pula nak tanya, siapa nama ye?' tanya wanita itu kepada sofia
'Sofia' balas sofia dengan malu-malu
Wanita tersebut hanya mengangguk dan tersenyum lalu mengatakan 'awak berdua tunggu sekejap ye, Faris kat atas, taktahu la buat apa lama sangat tu, jap ye'
'Tu ibu faris ke fatihah?' sofia bertanya kepada fatihah
'haah, ibu dia' balas fatihah
Beberapa minit kemudian, Faris pun turun dan meminta maaf kerana mengambil masa yang lama untuk bersiap. Rakan-rakan yang lain juga sampai dan mereka mulakan perbincangan mereka.
Kring.. kring.. kring.. telefon faris berbunyi, mereka semua terus memandang faris kerana terkejut.
'Sekejap eh, aku angkat call, korang minum la dulu' kata Faris secara tergesa-gesa ingin menjawab panggilan itu.
Adam memerhati Sofia yang memandang Faris dengan penuh curiga.
"tak mungkin kau suka dia lagi sofia" Adam berbisik dalam hatinya
Mereka pun sambung perbincangan mereka apabila faris menamatkan panggilannya dengan seseorang yang membuat sofia berasa curiga.
Jam menunjukkan pukul 4.45 petang dan mereka pun bercadang untuk menunaikan solat asar berjemaah sebelum pulang ke rumah masing-masing. Setelah selesai solat asar, ibu faris menghidangkan karipap dan popia untuk dijamu pada waktu petang itu.
'Sofia, nak tisu tak?' tanya faris kepada sofia yang tidak dapat memegang popia dengan tangannya kerana terlalu panas.
'Boleh juga' balas sofia sambil tersenyum
Faris pergi ke dapur untuk mengambil tisu dan menghendap sofia di balik tingkap dapur nya itu.
"aku tak nampak pun macam dia suka aku" kata Faris didalam hati "adam tipu aku ke? aduhai" katanya lagi.
'nah' faris menghulurkan tisu sambil menunjukkan senyumannya yang mencairkan hati Sofia
"di.. di.. dia senyum!!! YA ALLAH manisnya ciptaan mu" menjerit keriangan sofia di dalam hati
'terima kasih' balas sofia kepada faris dengan malu-malu
Mereka yang memerhatikan sofia dan faris kecuali adam tersenyum termasuklah ibu dan ayah faris yang memerhatikan mereka dari beranda tingkat atas.
'tengoklah bang, sejuk mata saya tengok anak kita ada kawan' ibu faris berbual dengan ayah faris 'anak kita dah ada crush la' balas ayahnya sambil ketawa dan tersenyum
YOU ARE READING
last goodbye
Roman pour Adolescents"kenapa kau nak sembunyikan friendship kita weh?" "apa salah aku?" "aku minta maaf....." "boleh ke aku jumpa kau balik?" "aku rindu kau, baliklah"