2- affected

20 8 2
                                    

─── ・ 。゚☆: *

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

04.12.14

"Assalamualaikum" terdengar sapaan sebaik sahaja loceng pintu berbunyi.

"Waalaikumsalam puan. Selamat pagi" pekerja itu menyambut mesra sambil menghadiahkan senyuman hangat kepada majikan yang datang melawat kedai bunganya hari ini.

"Pagi. Macam mana setakat ni? Okay?" pemilik kedai bunga itu bertanya, memgambil berat akan keadaan pekerjanya.

"Okay ja puan. Disebabkan kedai ni terletak dekat tempat keramaian macam ni, ramai yang datang melawat dalam sehari tau. Mungkin jugak orang yang stay sini ramai yang suka bunga kot, haha" Jawab pula pekerja seorang lagi. Masing-masing sudah terbiasa dengan keramahan majikan mereka.

"baiklah kalau macam tu. Haa ada apa-apa yang jadi tak selama saya tak ada dekat sini?" Pemilik kedai ini bukan sahaja mempunyai sebuah kedai bunga di sini tetapi terdapat pelbagai cawangan lain di serata dunia. Dia akan melawat setiap kedai yang dimilikinya dari semasa ke semasa.

Mendengarkan soalan majikannya itu, fikiran Almira melayang kembali kepada saat peristiwa yang berlaku lebih kurang seminggu yang lalu.

Matanya tanpa disedari merenung ke lantai yang sebelumnya terdapat calitan darah lelaki asing itu.

Pada hari itu,  dia terpaksa menjaga kedai bunga ini seorang diri kerana pasangan kerjanya mengambil cuti.

Selepas peredaran lelaki misteri itu Almira dengan cepat mencuci kesan-kesan darah yang ada.

"Almira? Almir! Hey" pasangan kerjanya memanggil namanya setelah melihat keadaan dirinya yang sedang memerhati lantai tanpa bersuara.

"ah ya?" Almira menjawab, terkeluar daripada lamunannya setelah merasai sedikit goncangan yang datang daripada gerangan disebelahnya.

"mengelamun apa engkau? Ada apa-apa yang jadi ka?" pasangan kerjanya bertanya dengan risau dan membuatkan majikan mereka juga melihat ke arah Almira dengan riak wajah yang berkerut, risau akan Almira.
"arh,  takda apa-apa lah, haha. Just teringat mak ayah dekat kampung." Almira menyembunyikan perkara yang sebenar, tidak mahu membesarkan lagi keadaan.

"o..kay..?" kedua-dua wanita itu hanya menerima sahaja alasan Almira.

Hari berlalu seperti biasa. Tiada yang diluar kebiasaan. Pelanggan datang, mereka menjalankan tugas. Mengemas kedai, menggubah bunga, menjaga bunga dan lain-lain dilaksanakan.  Dihabiskan masa dengannya sehinggalah tiba waktu untuk pulang.

"Farah, dah selesai ka? Kalau dah jomla balik" Almira menggalas beg tangannya sudah bersedia hendak pulang.

"haa ya jom, jom. Kunci kau pegang tau,  aku rasa aku masuk kerja lewat sikit kot esok. Ada hal, hehe" segugus kunci yang asalnya berada di dalam genggaman Farah kini bertukar ke dalam genggaman Almira.

"yelah, yelah. Jangan sampai tak masuk kerja langsung tau esok. Kau tinggal aku sorang sorang lagi macam haritu siap kau" badan Almira sedikit meremang apabila mengingatkan semula peristiwa gelap tersebut ditambah dengan angin malam yang menerpa dirinya.

"dah kenapa lah engkau, asyik sebut pasal haritu. Bila aku tanya apa jadi kata takda apa pulak" Farah meghentak-hentak kakinya perlahan di lantai menunggu Almira selesai mengunci pintu kedai tersebut, hendak pulang bersama.

"takdala, aku cuma bosan buat kerja sorang-sorang" Almira menjawab malas, masih menyembunyikan perkara yang sebenar.

"hmm, ikut engkaulah mir. Kalau kau rasa nak bagitahu aku, gitau ja. Jangan risau" Farah akhirnya mengalah ingin membuatkan Almira menceritakan perkara yang sebenar.

"believe me when I said, I will. Okay?" Farah dan Almira berjalan bersebelahan masing-masing.

"ya" Farah hanya mengiyakan kata-kata Almira.

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
TBC

Eh maafla hambar sikit chap ni. Sedikit pencerahan ya, kalau taknak pening sila tengok tarikh yang disertakan tu elok-elok ya. Disebabkan ni kali pertama tulis cerita genre macam ni,  harap maaf kalau plot cerita agak berterabur. Akan saya usahakan. Dan mungkin familiar cerita ni dengan korang. Itu sebab hala terinspirasi daripada cerita flower of evil but dun worry sebab takkan sama, maybe 10%? Hehe. Funfact : hala baru tengok cerita f.o.e. tu baru 1 ep😶 or maybe some of tengah tengah crita and last ep. So....  haha dah taktahu nak cakap apa. Fikir sendiri lah.  Akan hala cuba untuk kurangkan author's note ya, sebab hala tahu benda ni kinda hilangkan mood kan? Sokay,  faham ja,  hala pon daripada kalangan readers ehe.

Secrecy of RosesWhere stories live. Discover now