[incase you gais lupa, ni sambungan chapter :roses, (sehari selepas tu). Korang bole dengar instrumen dekat atas tu kalau nak lebih feeling]
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
13.06.21
Bunyian kaca berlaga antara satu sama lain kedengaran di dapur. Terlihat seorang wanita lengkap memakai apron dan sarung tangan getah berwarna merah jambu sedang mencuci pinggan mangkuk yang terdapat di dalam sinki.
Sepasang lengan sasa melingkari kemas pinggang wanita itu secara tiba-tiba.
"Eh mak engkau jatuh aku yang sakit" latahan panjang dilemparkan wanita itu seraya tangannya menghentikan perbuatan yang dilakukan awal tadi, tidak mahu apa-apa kemalangan berlaku.
Kekehan kecil keluar daripada mulut gerangan yang memeluk wanita itu daripada belakang.
Bukan hendak melepaskan lingkaran lengannya itu malah dieratkan lagi.
"sayang! Tak baikla buat macam tu. Kalau terbaling pinggan ni dekat kepala sayang macam mana? Suka sangat nak terkejutkan orang, herm" mulutnya dikemam, geram dengan tindakan suaminya yang dianggapnya bahaya itu.
Suaminya merehatkan dagu ke atas bahu wanita itu selepas mendengar leteran yang dilemparkan.
"alaa, sayang seronokla tengok baby melatah macam tu" sebuah ciuman pendek dihadiahkan kepada pipi isterinya.
"haa tak payah nak baby-baby. Lepas-lepas, sayang nak basuh pinggan ni. Kalau dipeluk macam ni macam mana nak buat kerja. Shuh shuh pergi duduk dekat meja sana" wanita itu menggeliang-geliut ingin melepaskan diri daripada pelukan yang diberi.
Kepala lelaki itu digeleng manja, enggan melepaskan pelukannya.
"Irsa Ruzain" nada suara wanita itu sedikit ditekan menandakan dirinya sedang serius.
Suaminya mencebik, mematuhi permintaan isterinya itu lalu melangkah berat ke meja di ruang makan yang disebut isterinya.
"sayang nak pergi kedai tau kejap lagi. Nak ikut tak?" wanita itu bertanya kepada lelaki itu seperti hari-hari yang lain kerana dia tahu akan kesukaan suaminya itu terhadap bunga. Lebih-lebih lagi ros.
"tak kot. Harini sayang ada kerja" wanita itu memalingkan kepalanya ke arah suaminya itu, pelik kerana sejak bila suaminya itu bekerja.
"kerja? Kerja apa? Sejak bila sayang kerja? Kenapa tak bagitahu sayang pun?" wanita itu mengajukan pertanyaan yang bertalu-talu tanpa sempat suaminya menghadam satu-satu soalan.
YOU ARE READING
Secrecy of Roses
Mystery / Thriller"ever wondering what red roses mean?" "love, right?" "there is another" "what is it?" "confidentiality and... secrecy" senyuman misteri terbit di bibirnya. Tiada rahsia yang akan kekal selamanya. Tidak kira cepat atau lambat kebenaran akan menjelma...