1 - white rose

27 10 10
                                        

─── • 。゚☆: *

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

─── • 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

27.11.14

Tangan yang asalnya sedang sibuk menggubah bunga ros kini bertukar tugas. Sepahan bunga yang terhasil dikemasnya.

Bunyi loceng tanda pintu terbuka menarik perhatian membuatkan dirinya mengangkat pandangan ke arah pintu masuk kedai tersebut.

Kelihatan seorang, tidak pasti lelaki atau perempuan, berpakaian gelap sambil tersarung topi di kepala.

Kepala ditunduk berparas bahu dan mulut bersuara "selamat datang" dengan hormat, menyambut pelanggan.

"ada apa-apa saya boleh bantu... Encik? " perempuan itu bertanya dengan suara yang perlahan, teragak-agak mahu memanggil encik atau cik.

Wajah gerangan itu diangkat dan mata mereka saling bertaut. Mata perang lelaki itu menjerit kedinginan.

Perempuan itu merendahkan pandangannya ke seluruh wajah lelaki itu,  malangnya hanya matanya sahaja yang dapat dilihat kerana bahagian wajahnya yang lain ditutupi kemas oleh topeng muka.

Dengan tiba-tiba badan lelaki itu rebah ke lantai. Pekerja itu dengan pantas mendekati diri lelaki itu selepas menyedari akan situasi yang berlaku.

"Encik? Encik? Encik okay tak?!" panggilan encik dengan cemas meluncur keluar daripada mulutnya sebelum tangannya menyentuh diri lelaki itu dengan niat mahu menggoncang badannya.

Pekerja itu melutut di sebelah lelaki itu dan sebaik sahaja tangannya menyentuh badan lelaki itu, lelaki itu telahpun tersedar dan dengan cepat mengelak daripada disentuh.

Telapak tangannya ditekan ke lantai bertujuan menampung badannya untuk bangun berdiri.

Perempuan itu mengeluarkan keluhan terkejut apabila melihat beberapa calitan darah di lantai kedai, tempat rebahan lelaki asing itu.

Barulah dia perasan bahawa terdapat tompok-tompok darah pada baju di bahagian pinggang lelaki itu.

Kakinya tanpa disedari melangkah ke belakang sambil tangan menutupi mulutnya yang terbuka luas begitu juga matanya yang masih melekat di lantai,  terkejut akan perkara yang berlaku.

Dirinya terasa seperti diperhatikan dan sangkaannya tepat apabila mata mereka kembali bertaut.

Badan pekerja itu sedikit menggigil sambil keras di tempat yang sama,  tidak tahu apa yang patut dilakukannya.

"hah" lelaki itu akhirnya bersuara, melepaskan nafasnya secara malas.

Tanpa ditunggu lagi, lelaki tersebut mula berjalan dengan lemah akibat kecederaannya ke arah pintu keluar kedai bunga itu.

"wait!" kening lelaki itu terangkat sebelah mendengarkan suara yang memanggil.

Secara perlahan badannya berpusing menghadap pekerja yang memanggil dirinya tadi.

Mata perempuan itu semakin membesar setelah sedar akan perbuatannya. Panggilan tadi tanpa disedari diluahnya.

"what do you want?" dia bertanya dengan nada yang rendah, suara garau lelaki itu menyapa telinga perempuan itu.

"a-aw-wak nak pergi- mana?" terketar-ketar suara yang dikeluarkan.

"hm?"  kepalanya sedikit disengetkan, keliru akan soalan yang diajukan.

"ah- maksud saya, awak kan tengah ber-berdarah jadi... " perempuan itu menggantungkan ayatnya sambil teragak-agak hendak menyebut tentang darah yang terdapat di pakaian lelaki tersebut.

"jadi...?" lelaki itu kembali bertanya dengan suara garaunya yang menakutkan itu.

"let me help you" perempuan itu menjawab dengan laju dengan harapan tidak menyesali akan perbuatannya sekarang.

Lelaki itu meletakkan jari telunjuknya ke dagu tanda sedang memikirkan sesuatu.

"ok" jawabnya pendek.

Lelaki itu bergerak mendekati diri perempuan itu bersama senyuman misteri disebalik topeng yang dipakai sambil perempuan itu masih mengeras di tempatnya.

"nak ka taknak?" dia bertanya sudah tidak sabar melihatkan diri perempuan itu masih tidak bergerak.

Perempuan itu mengangguk laju lalu beredar ke bahagian belakang kedai, mengambil kotak kecemasan bagi merawat luka lelaki itu.

Selesai menolong lelaki itu merawat lukanya sambil dirinya sedang dalam ketakutan memikirkan keputusan yang diambilnya. Dia dengan sedaya upaya tidak mahu menyentuh kulit lelaki itu sepanjang perlakuannya.

"thankyou,...Almira" lelaki itu berkata setelah berdiri kepada pekerja yang masih tertunduk itu tetapi tidak setelah mendengarkan nama dirinya keluar daripada mulut gerangan yang dibantunya.

Mukanya yang sebelum ini sudah menunjukkan ketakutan itu bertambah lagi keluasan mata dan mulutnya selepas lelaki itu menyebut namanya.

Lelaki itu berjalan tanpa mengendahkan keadaan diri perempuan itu ke pintu utama kedai.

Kakinya yang sedang sibuk melangkah berhenti secara tiba-tiba dan wajahnya dikalih menghadap gerangan di belakang.

"by the way,  that flower... " mata perempuan itu melihat ke arah yang ditunjuk lelaki itu. Bunga ros putih yang digubahnya sebelum kedatangan lelaki itu.

Perhatiannya kembali kepada lelaki itu apabila dia kembali bersuara.

"they suits you. So innocent and pure" dengan itu lelaki tersebut akhirnya melangkah keluar daripada kedai bunga itu.

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
TBC


Secrecy of RosesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang