"Kita hidup di dunia ini bukan untuk bersendirian,"
🍀🍀🍀
Suasana perkarangan dataran Bighit Highschool tampak padat dengan keramaian para pelajar yang memakai pakaian lengkap beruniform sekolah. Hanya sebilangan kecil para pelajar yang seakan berjaga di sekeliling para pelajar yang mengenakan pakaian beruniform sedikit berbeza daripada pelajar yang lain.
Perhimpunan pada pagi itu berlangsung agak lama kerana ucapan pengetua yang begitu panjang bak kertas tiga Sejarah. Cukup membuatkan tiga orang pelajar yang berada di belakang barisan kelompok junior mengeluh bukan main. Sesekali mereka ditegur kerana duduk, namun hanya tatapan sinis dan tajam mereka berikan kepada yang menegur.
"Lama weh! Kaki aku nak tercabut!" keluh seorang remaja bernama Jungkook sambil memegang kedua lututnya.
"Ingat kuat," rakannya di sebelah hanya terkekeh mengejek.
"Diam ah! Kau kalau lawan aku dekat gelanggang takut," balas Jungkook agak pedas namun ianya tidak membuatkan lawan bicaranya itu takut.
"Yalah tu! Itupun kalau Yoongi hyung backup kau,"
Bukan si lawannya yang berbicara, tetapi rakan kepada lawannya.
Jungkook hanya mendengus sinis. "Kau pun apa kurangnya? Minta Hoseok hyung kau juga selamatkan kau kan? Jimin ah?"
Jimin hanya mampu menghela nafas. Ada sedikit perasaan menyesal kerana berkata-kata dengan remaja yang tua setahun daripadanya.
Lelaki? Muda ke tua ke, sama sahaja.
"Hei, rileks la!" lawannya tadi cuba meredakan perdebatan. Lagipula, mereka masih lagi berada di majlis perhimpunan.
"Main-main abang angkat pula. Macam perempuan..." belum sempat remaja itu menghabiskan bicara tiba-tiba kepalanya diketuk oleh seorang remaja bertubuh tinggi tegap dan beruniform pengawas.
"Setiap kali perhimpunan, tak sah tangan aku tak ketuk kepala kau kan Taehyung?"
Remaja bernametag Kim Namjoon hanya menggeleng kepalanya melihat Taehyung yang hanya meringis memegang kepalanya.
"Tau la kau tu Spiker! Aku bukan bola tampar kau nak spike!" dengus Taehyung kesal. Dia cuba menahan amarahnya daripada berteriak dengan kuat.
"Dah tu, duduk diam. Nak gaduh dalam gelanggang. Dasar, setter!"
Jungkook dan Jimin hanya terkekeh.
"Uit, abang pengawas! Aku nak pergi tandas boleh?" pinta Jungkook kepada seorang pengawas yang kebetulan lalu di hadapan mereka.
"Huh? Bo..."
Belum sempat pengawas itu menjawab, Namjoon cepat-cepat menghalang.
"No,"
"Ala, kau kenapa huh?" soal Jungkook tidak puas hati.
"Aku tahu kau nak melencong kat mana nanti. Sedar lah sikit kau tu junior. Maknae buat cara maknae,"
Jungkook mendengus. Selain merupakan junior di sekolah, dia juga satu-satunya junior di kumpulan Bola Tampar dan memegang posisi Setter.
***
"Oppa suka sekolah oppa nanti?"
Pertanyaan daripada seorang gadis yang berumur tujuh tahun lebih muda darinya membuatkan jejaka itu tersenyum.
"Tempat ni akan jadi tempat oppa belajar. Jadi kenalah suka meskipun tak seberapa pada mulanya,"
Gadis itu mengangguk. Dia kemudian memandang ke arah luar tingkap kereta. Mereka berdua sekarang berada di dalam kereta dan sedang dalam perjalanan menuju ke arah sebuah sekolah.
YOU ARE READING
Camaraderie
FanfictionPasukan Bola Tampar Bighit Highschool hampir dibubarkan kerana prestasi pasukan itu semakin merosot. Ditambah pula ketua pasukan mereka berpindah kerana masalah yang sering timbul pada para pemain. Para pemain? Mereka adalah para pelajar yang mempu...