03 | Planning

23 5 0
                                    

"Terkadang, sebuah permulaan harus memerlukan sedikit pengorbanan,"

🍀🍀🍀

Seorang lelaki berumur pertengahan 30 hanya terdiam di meja kerjanya setelah selesai berbicara dengan pihak atasan beberapa minit yang lalu.

Lelaki itu adalah Jurulatih Choi, merangkap jurulatih bola tampar yang baru sahaja berpindah pada dua tahun lepas.

Dan, apa yang membuatkan dia terdiam adalah, pemakluman mengenai pembubaran bola tampar yang akan dibincangkan semula beberapa hari lagi. Dia cukup faham tentang kemerosotan yang berlaku pada anak-anak buahnya.

Komitmen tiada, prestasi kebanyakan ahli tidak memberangsangkan. Dan lebih utama, ketua pasukan tiada yang lebih layak untuk memimpin pasukan.

Sekurang-kurangnya, jika ada kapten untuk bola tampar, berkuranglah juga sebab pembubaran itu.

Jurulatih Choi buntu. Apa yang harus dia lakukan sekarang?

Jurulatih Choi menghela nafas berat. Notis yang diberikan oleh pihak sekolah mengenai pembubaran pasukan Bola Tampar cukup membuatkannya kurang tidur semalaman.

Enam tahun penantian, dan tahun lepas adalah tahun yang hampir mereka menjejaki puncak namun apalah daya disebabkan ego para pemain membuatkan semuanya hancur.

Sudah hampir tiga tahun dia memegang posisi sebagai jurulatih pasukan bola tampar Bighit Highschool. Dan selama itulah dia melihat potensi para pemain.

Anggota pemain bola tampar Bighit Highschool hanya sebelas orang sahaja kerana ketua kumpulan pasukan itu mengundur diir pada akhir kejohanan Hybe Sports. Pasukan itu dianggotai oleh pasukan utama iaitu Kim Namjoon, Min Yoongi, Jung Hoseok, Kim Taehyung dan Jeon Jungkook. Manakala untuk pasukan kedua adalah Park Jimin, Choi Soobin, Choi Yeonjun, Choi Beomgyu, Kang Taehyun dan Hueningkai.

Namjoon dan Hoseok sebagai posisi perejam. Manakala Taehyung dan Jungkook sebagai setter. Min Yoongi sebagai libero.

"Huh,"

Jurulatih Choi menghembus nafas sekali lagi. Posisi blocker adalah posisi yang kurang disukai oleh ahli pasukan utama. Mereka lebih suka merejam, membaling dan menangkap berbanding menghalang bola. Ianya cukup membuatkan jurulatih Choi hilang kesabaran.

Patutkah dia membubarkan sahaja pasukan ini? Tetapi? Apa reaksi ahli-ahli itu?

Ada perasaan sedikit bersalah kerana dia tahu betapa minat dan sukanya keenam-enam remaja itu bermain bola meskipun hanyalah sekadar membaling melepasi jaring. Dia tahu segala keluh kesah dan kisah di sebalik senyuman keenam-enam pemain utama tersebut.

Petang ini, dia harus memaklumkan hal itu kepada sebelas pemain itu. Bagaimana reaksi mereka, moga sahaja dapat dapat diterima dengan sebaiknya.

"Hai, cikgu."

Jurulatih Choi sedikit tersentak dari lamunannnya. Dia segera membetulkan posisinya yang sedang menyandar kepada tegak.

"Oh, ada apa? Eh, sekejap. Kamu siapa?" soal Jurulatih Choi sedikit hairan. Sejujurnya dia belum pernah wajah tersebut sepanjang berkhidmat di sekolah itu.

Pelajar itu tersenyum. "Nama saya Kim Seokjin dan saya ada benda nak bagitahu cikgu,"

Sementara itu di gelanggang bola tampar...

"Kenapa coach panggil kita ya?"

Taehyung merebahkan badannya di atas lantai gelanggang. Kelima-lima pemain utama itu tiba di sana setelah mendapat arahan pada loceng terakhir persekolahan.

CamaraderieWhere stories live. Discover now