Selepas En.Shin Soo Hyun ditahan, barulah aku dapat hidup seperti biasa dan tak perlu bersembunyi lagi, akan tetapi sesungguhnya pembunuh tu sudah ditangkap oleh pihak polis, budak-budak disekolah mula membuli ku dengan teruk dan memanggil ku dengan gelaran "pembunuh".
Kim Hye Bin, adalah seorang pelajar perempuan yang sama kelas dengan aku. Hye Bin ni memang cemburu dengan kehidupan aku yang sentiasa disayangi oleh orang disekeliling aku. Sekarang bila aku tengah sedih kerana kehilangan mak ayah aku dan juga Jinyoung, dia mula mengambil kesempatan terhadap aku dengan membuat cerita pasal aku dekat pelajar-pelajar disekolah itu supaya aku akan dibuli oleh pelajar disekolah itu.
"Haru!" seorang pelajar perempuan yang bernama Jiwon memanggil ku dari belakang, Jiwon juga merupakan kawan rapat aku dan Jinyoung. "Ouwh Jiwon-a, wae?" jawab ku. Lalu Jiwon menghulurkan telefon bimbit nya kepada ku. "Kau bacalah ni ada seorang pelajar dengan sengaja nak kenakan kau, dia post benda ni dekat SNS sekolah kita, dan dia cakap kau ni penipu! Dan yang paling aku tak puas hati sangat, dia cakap kau yang bunuh mak ayah kau dan Jinyoung! Dia cakap dia nampak kau bunuh diorang! Dia pun cakap orang yang ditangkap tu cuma nak selamatkan kau dari dipenjarakan Alangkah terkejutnya aku bila membaca sesuatu yang ditunjuk Jiwon kepada ku.
"Kenapa dia buat macamni kat aku Jiwon? Apa salah aku kat dia? Apa yang dia tak puas hati kat aku?" kataku kepada Jiwon dan airmata ku pun mengalir dipipiku dengan begitu deras sekali. "Tak apa Haru, jangan menangis lagi, biarkan dia tu, dia cemburu kat kau tu sebab tu dia buat camni kat kau, dah-dah jangan nangis lagi." kata Jiwon kepada ku sambil memujuk ku supaya berhenti menangis.
"Walaupun pembunuh tersebut sudah pun ditangkap oleh pihak polis, aku tetap sedih dengan apa yang berlaku terhadap keluarga aku dan juga Jinyoung. Dan perempuan tu pula, dengan selamba je dia buat cerita macamtu untuk memburukkan aku depan semua orang dengan mengatakan aku yang bunuh mak ayah aku sendiri dan juga Jinyoung. Dia ingat aku ni apa? Sampai sanggup buat macam tu dekat orang yang aku sayang. " kataku kepada Jiwon
"Kau sabar ye Haru, aku tahu yang kau ni sebenarnya kuat, kau kuat untuk menempuh segalanya yang telah menimpa kat kau dan aku pun ada, kalau kau ada apa-apa nak diluahkan, kau luah je kat aku tau. Minah tu kau takyah layan, buat sakit hati je kalau layan dia tu." kata JIwon kepada ku dan memberiku semangat. "Dah, jom kita masuk kelas." kata Jiwon lagi.
// TO BE CONTINUE//
SAYA HARAP KORANG SUKA PART NI. DAN JUGA TERIMA KASIH KEPADA SESIAPA YANG MEMBACA.
YOU ARE READING
Special Eyes Girl~
RandomHaru seorang anak yatim piatu yg mempunyai seorang adik lelaki iaitu Hyunwoo. Apa yg berlaku kpada Haru memang menyedihkan kerana dia kehilangan satu persatu org yg dia sayang smasa dia berumur 15 tahun iaitu mak, ayah dia dan juga kwan karibnya Jin...