Berdepan Dgan Suspek~

1 0 0
                                    

"Kalau macamni, nampaknya aku kena beranikan diri untuk bertindak seorang diri menangkap suspek itu dengan apapun caranya, aku dah tak peduli apa-apa yang akan jadi terhadap aku, yang aku fikirkan sekarang ni adalah keselamatan adik aku, aku tak nak kehilangan dia pula." kataku dalam hati.

//skip//

-Beberapa bulan kemudian-

Aku berjalan menuju ke kedai serbaneka 7Eleven seorang diri pada waktu malam. Tanpa aku sedari, aku telah diekori seorang lelaki yg berpakaian serba hitam, contohnya, baju t-shirt hitam, seluar jean hitam, cap hitam, dan lelaki ini juga memakai mask berwarna hitam. Sebaik sahaja aku keluar dari kedai tersebut untuk balik ke rumah, lelaki itu masih menmengekoriku. Beberapa langkah lagi hendak sampai ke rumah, aku merasakan yg lelaki tersebut masih mengekori ku dari belakang, aku pun mengambil keputusan untuk menuju ke tempat lain iaitu Jagalchi market, lelaki tersebut masih mengekori ku.

Semasa aku menuju ke Jagalchi market, aku sempat menghantar message kepada ayah Jinyoung.

"Pakcik, saya rasa mcam ada seseorang ikut saya dari belakang dari tadi, sejak saya keluar kat kedai serbaneka 7Eleven tu sampai lah saya nak menuju ke rumah, so saya tukar haluan, saya tak jadi pergi kerumah. Sekarang saya tengah menuju ke Jagalchi market, jadi saya nak minta tolong pakcik, boleh tak pakcik datang kat sini kerana saya rasa tak sedap hati lah." kataku kepada ayah Jinyoung dalam message tersebut.

(Jagalchi market tak buka pada waktu malam, so tempat tu memang sunyi sebab takde org. Jagalchi market tu adalah sebuah pasar ikan..😅)

Sampai je dekat Jagalchi market, aku pun memperhentikan langkahnya untuk berjalan dan terus menoleh di belakang, terlihat lelaki tersebut masih mengikut dibelakang ku. "Siapa kau? Kenapa kau ikut aku dari tadi?" kataku kpada lelaki itu, lelaki itu pun jawab "Laaa, takkan tak kenal??" kata lelaki tu sambil membuka cap dan mask yang digunakan. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat lelaki tersebut ialah En.Shin Soo Hyun, dia pula merupakan kawan rapat ayah aku, dia ke yang bunuh keluarga aku dan juga Jinyoung? Kalau betul dia, tetapi kenapa? Kenapa dia buat macamni pada keluarga aku?!' kataku didalam hati

"Pakcik, pakcik ke yang bunuh mak ayah Haru dan kawan Haru? kataku. "Ye memang aku yang bunuh diorang!" jawabnya dengan bangga dan angkuh. "Tapi kenapa? Kenapa buat kitorang macamni? Apa salah kitorang kat pakcik, bukan ke pakcik kawan rapat ayah Haru?!" kataku kepadanya.

"Kau tanya aku, kenapa? Kenapa aku buat macamtu dekat keluarga kau? Sebab syarikat tu sememangnya kepunyaan aku dan bukannya ayah kau! Dia tak berhak untuk mempunyai syarikat yang besar tu! Kitorang bersama-sama mendirikan syarikat tu, dan semasa dia tak ada di sana, aku dapat merasakan yang syarikat tu dan harta ayah kau akan jadi kepunyaan aku suatu hari nanti!" jawabnya dengan nada yang angkuh.

-6 minit kemudian-

Ayah Jinyoung pun sampai ke tempat tersebut, "Angkat tangan!" kata ayah Jinyoung kepada En.Shin Soo Hyun sambil mengacu pistol miliknya ke arah dia. Malangnya sebaik sahaja En.Shin Soo Hyun terdengar kata² ayah Jinyoung tadi, dia terus menarik diriku dan mengacu pisau ke leher aku. Pisau tersebut telah menekan leher ku dan darah terus mengalir dgan laju, dan aku mengaduh kesakitan kerana pisau tersebut telah menekan leher kudengan sangat kuat.

"Soo.. Soo Hyun?? Apa yang kau tengah buat ni hah? Tu Haru anak kepada kawan kau sendiri!" kata ayah Jinyoung kepadanya. "Kau tanya aku? Apa yang aku tengah buat dekat budak ni?! Hahaha.. tak nampak ke apa yang aku tengah buat ni?" jawabnya sambil menekan pisau tersebut dengan kuat sekali lagi. "Letakkan pisau tu dan lepaskan budak tu sekarang!" kata ayah Jinyoung kepadanya. "Senang² je kau nak suruh aku lepaskan budak ni! Lepas je budak ni lesap dari dunia ni! Syarikat itu aku yang punya! Apa yang kepunyaan ayah dia tu adalah milik aku! Dan bukannya budak mentah ni!" katanya.

"Selama bertahun-tahun aku menunggu peluang untuk menjatuhkan ayah kau dan merampas semua yang dimiliki ayah kau! Akan tetapi bila kau dilahirkan, maka semakin susah untuk aku menjatuhkan ayah kau, disebabkan dia telah mewariskan semua harta dia, rumah dia dan syarikat tersebut kepada kau budak mentah! Maka aku pun merancang semua ni, supaya aku dapat semua yang aku nak di dunia ni! HAHAHAHA" katanya sambil ketawa tak ingat dunia.

"PANG!"  bunyi satu tembakkan yang dilepaskan oleh seorang pegawai polis dari arah belakang, "Arghhh" jeritannya kedengaran selepas tembakkan tersebut menusuk dirinya dan aku pun terlepas dari genggamannya dengan laju aku berlari menuju kearah ayah Jinyoung.

"Haru!" kata ayah Jinyoung kepadaku sambil menyambutku. "Shin Soo Hyun awak ditahan kerana membunuh Lee Woo Hyun dan Lee Hye In, mak dan ayah Lee Haru dan juga anak saya Lee Jinyoung. Awak juga ditahan kerana cubaan membunuh terhadap Lee Haru" tambah ayah Jinyoung lagi.

En.Shin Soo Hyun pun dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

Kakiku menggeletar kerana ketakutan. "Haru ok? Ada cedera kat mana-mana tak?" tanya ayah Jinyoung kepadaku, "Haru ok pakcik, cedera sikit je." jawabku. "Nasib baik pakcik tengok handphone tadi, kalau tak? Entah apa dia buat dekat kamu, pakcik tak nak kamu jadi macam Jinyoung juga, sebab pakcik dan makcik dah janji dengan Jinyoung akan jaga kamu baik-baik." kata ayah Jinyoung kepada ku. Aku merasa sebak apabila dia cakap yang dia dan isterinya telah pun berjanji kepada anak mereka untuk menjaga ku kerana aku satu-satunya kawan baik anak mereka Jinyoung.

//TBC//
//SORRY SBB AMBIL MASA YANG LAMA UNTUK UPDATE PART KEDUA NI... HEHEHE... IDEA BLOM KELUAR HABIS LAGI.. SO SAYA HARAP KORANG SUKA PART KEDUA NI..///

Special Eyes Girl~Where stories live. Discover now