01

19 7 4
                                        

Hari ini, hari dimana seorang Isabella menyambung pelajarannya di tingkatan lima. Genap 2 Januari, dia sudah siap siap untuk menghadirkan diri ke sekolah setelah hampir setahun ditinggal

Isabella berjalan kearah cermin besar didalam biliknya. Perlahan-lahan tangannya menyentuh dadanya; tepat dimana bekas pemindahan jantungnya. Tidak sakit, cuma yang tinggal hanya parut yang panjang. Isabella mengeluh perlahan

Baju kurung sekolahnya disarung. Rambutnya yang panjang mengurai diikat gaya pony tail. Sempat disembur minyak wangi sekitar leher dan pergelangan tangan. Beg sekolah yang terletak di atas kerusi diambil lalu pintu bilik ditutup

Ketika kaki memijak anak tangga yang terakhir, Isabella terdengar suara ibu bapanya diruang makan. Bibirnya mengukir senyuman lebar

"Anak ayah dah siap? Makan dulu ya, nanti pukul tujuh baru kita gerak, okay?" Soal encik Hisham dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Isabella mengangguk. Beg sekolah yang dibawa bersama  diletakkan ditepi kerusi makan. Kerusi sebelah ibunya ditarik lalu diduduk

Terdapat beberapa keping roti Gardenia, mi goreng dan beberapa biji kuih. Isabella akhirnya mengambil tiga keping roti bersama dengan sebalang Nutella

"Tuan, puan.. ini airnya." Makcik Yani datang dari dapur sambil menatang dulang berisi dua cawan teh panas.

"Terima kasih kak Yani," puan Jasmin mengambil cawan itu lalu ditiup perlahan. Anak matanya memerhati Isabella yang menunduk menyapu Nutella diatas rotinya

"Isa nak minum apa?" Bahu Isabella ditepuk perlahan. Terkejut sebentar gadis itu.

"Isa nak air suam je, boleh tak?" Pinta Isabella perlahan. Entah kenapa kekok dengan puan Jasmin, padahal wanita itu ibu kandungnya sendiri.

"Cik Isa nak air suam? Biar makcik ambilkan ya?" Makcik Yani sudah berura ura kembali ke dapur, namun sempat dihalang oleh puan Jasmin

"Biarkan saya yang ambilkan. Akak jomlah makan sekali dengan kami," kata puan Jasmin lembut. Encik Hisham turut mengangguk, menyetujui kata kata isterinya

"Eh.. tak apalah puan. Lagipun saya dah makan, takut menganggu pula," tolak makcik Yani.

"Menganggu apa pula akak, tak apa." Tangan makcik Yani ditepuk lembut. Makcik Yani menggeleng lagi lalu mengukir senyuman manis.

Puan Jasmin mengalah. Dia bingkas bangun dan mengambil cawan yang tersusun di rak. Mesin air Coway dihampiri. Siap saja menuang air suam, cawan itu diserahkan kepada Isabella

"Terima kasih ibu." Ujar Isabella lembut

Puan Jasmin tersenyum manis, pipi gebu anaknya dicubit perlahan. "Sama sama kasih anak ibu."

Isabella tergelak

Diruang makan, hanya terdengar sudu berlaga dengan pinggan. Sesekali puan Jasmin dan encik Hisham berbual tentang kerja masing masing. Isabella pula hanya menjawab ketika ditanya, selebihnya dia cuma mendiamkan diri

×××

Sampai didepan pintu pagar,kereta encik Hisham berhenti. Isabella sudah menyangkut beg sekolahnya dibahu.

"Pergi sekolah elok elok ya, jangan buat kerja berat sangat. Jangan bagi stress, kalau ada apa apa ayah dengan ibu cuba tolong ya," pesan encik Hisham lalu mengusap lembut kepala Isabella. Gadis itu mengangguk patuh. Tangan tua encik Hisham dicapai lalu dicium hormat. Encik Hisham pula mencium kedua pipi Isabella. Memang itu tabiat mereka sekeluarga

"Ayah pergi kerja dulu ya." Encik Hisham bersuara dari dalam kereta. Isabella mengangguk lembut seraya tersenyum manis. Dilambaikan tangannya pada encik Hisham sebelum pacuan empat roda itu mula menghilang dari kawasan sekolah

Isabella berjalan masuk ke dalam. Tali beg sekolahnya digenggam rapat. Dadanya tiba tiba berdegup laju lebih dari biasa. Takut mahu menghadap situasi baru

Langkah Isabella terhenti. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan. Nak pergi mana sekarang ni? Fikirnya buntu. Isabella duduk mencangkung di tepi longkang. Biarlah kalau orang nak tengok ke apa.

"Isabella?" Satu suara lembut menyapa. Isabella mengangkat muka

"Awak buat apa dekat sini? Jom, perhimpunan dah nak mula," guru itu tersenyum manis. Tangannya dihulurkan, Isabella menyambut.

"Saya cikgu Melati."

Isabella mengangguk perlahan. "Saya Isabella."

Cikgu Melati tergelak kecil. "Saya tahu kamu Isabella. Lagipula, saya sudah tahu tentang kemalangan awak dan penyakit awak Isa. Saya yang sepatutnya jumpa awak dekat depan pagar, minta maaf lah ya terlambat." Balas cikgu Melati

"Cikgu tahu pasal saya?" Isabella menunding jari kearah diri sendiri. Cikgu Melati mengangguk

"Semua cikgu tahu tentang awak Isa. Tak perlu risau."

Isabella menghela nafas lega.

"Saya kena pergi mana cikgu?" Soal Isabella sambil mengikuti langkah panjang cikgu Melati.

"Awak naik kelas dulu. Tahu tak jalan kelas? Ahh, apa punya soalan lah tu. Awak jalan lurus, jumpa tangga, kelas paling awal awak nampak, itu lah dia kelas awak. Dapat?"

Mak aih.. Walaupun pening pening lalat, Isabella mengangguk juga. Sempat dia mengucapkan terima kasih kepada cikgu Melati

"Isabella!"

Sah. Memang hari ini hari menjerit nama Isabella sedunia ke? Isabella dengan malas berpaling. Terlihat seorang gadis ayu berjalan ke arahnya.

"Isa!" Bahu Isabella dipeluk erat. Isabella hanya diam membatu

"Er.. siapa ya?" Soal Isabella malu malu.

"Oh, aku lupa. Aku Aini, Aini Badriah." Aini tersenyum lebar

"Aini siapa ya?" Soal Isabella lagi. Aini? Aini yang mana?

"Aini.. Aini satu kelas dengan kau dulu waktu tingkatan 2. Ingat tak? Eh kejap, mana mungkin kau ingat. Ih kepala ni, kerjanya asyik nak lupa je!" Aini mengetuk perlahan kepalanya. Isabella terkebil-kebil

"Kau.. kau tahu pasal aku ke?"

Aini mengangguk. "Satu kelas tahu."

Mereka berdua berjalan bersama menuju  ke kelas. Sambil sambil itu sempat mereka bersembang sebentar, yang banyak mulut mestilah Aini. Nak harapkan Isabella bercakap, boleh terbalik kut dunia ni

"Dah siap letak beg kan? Jom pergi dewan."

Isabela mengangguk. Bajunya yang sedikit berkedut dirapikan. Aini melihat saja tingkah Isabella yang sibuk menepuk perlahan baju kurungnya.

"Dah cantik, jom." Usik Aini. Isabella tersengih

"Sebenarnya cikgu Melati yang kena uruskan kau. Tapi dia pun sibuk nak siapkan dewan hari ni. Jadi dia suruh lah aku jumpa kau." Aini memulakan bicara

"Ada apa apa ke hari ni?" Isabella bertanya perlahan

"Hari ni perhimpunan rasmi. Itu yang semua cikgu kalut nak siapkan dewan.". Balas Aini tenang. Isabella mengangguk

Sampai saja di depan pintu dewan, mereka berdua masuk ke dalam barisan tingkatan lima. Mujur datang awal sedikit, dapatlah juga merasa duduk dihadapan.

Isabella mengangkat bajunya sedikit, lalu punggungnya dilabuhkan di lantai dewan. Matanya sibuk memerhati suasana dewan. Tak ramai orang sangat, walhal hampir pukul 7:30 pagi. Yang ada cuma beberapa pengawas yang bertugas dan beberapa orang cikgu.

Dalam dalam sibuk melilaukan mata, Isabella terpandang satu susuk tubuh sesorang. Memakai kemeja berwarna merah hati, dan berseluar slack hitam. Jantungnya tiba tiba berdegup laju. Entah kenapa, Isabella merasakan ada cecair yang mengalir keluar dari matanya. Pipinya dipegang lambat lambat, sah! Dia menangis. Tapi dia sendiri tidak tahu apa sebabnya. Wajah lelaki itu dipandang lagi. Kebetulan pula mata lelaki itu juga tertancap kearahnya. Reaksi lelaki itu sama, seakan terpaku melihat Isabella. Beku dan kaku

Apa semua ini?

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Sep 10, 2021 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Unexpected ExpectationTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang