|| 4 ||

64 16 3
                                        


Hyunjin mempersilakan Naera masuk ke dalam rumahnya kemudian mereka berdua menuju ke ruang tamu.

"Kenapa datang?" tanya Hyunjin.

"Aku risau dengan kau la..kau langsung tak balas mesej aku..aku ingat kau demam" ujar Naera.

Melihat muka Naera yang serius itu Hyunjin dapat agak yang Naera betul-betul risaukannya.

"Aku okay la" balas Hyunjin tersenyum.

"Tapi aku risau" Naera mengeluarkan nada sedihnya.

"Kan aku cakap aku okay?kau ni" Hyunjin menggeleng kepalanya. Mengada betul Naera ni.

"Kau takkan tinggalkan aku kan?" tiba-tiba sahaja Naera kata begitu dan membuatkan Hyunjin terdiam seketika.

"Apa kau cakap ni?" Hyunjin menggaru kepalanya sambil ketawa perlahan.

"Aku nampak dalam mimpi aku yang kau kemalangan" Naera menceritakan tentang mimpinya dan membuatkan Hyunjin terdiam buat kali kedua.

"Kemalangan?" Soal Hyunjin dan Naera mengangguk. Hyunjin datang mendekati Naera lalu duduk disebelahnya.

"Boleh kau ceritakan dekat aku lebih lagi pasal mimpi kau?" Pinta Hyunjin dan Naera hanya mengangguk tanpa meragui apa-apa.

Setelah Naera bercerita, kedua mereka diam seketika.

"Kalau benda tu betul-betul berlaku apa kau nak buat?" Hyunjin sengaja mahu tanya soalan begitu kerana dia ingin melihat reaksi Naera.

"J-jangan cakap m-macam tu hiks..a-aku ta-taknak kehilangan kau" Naera terus menangis apabila Hyunjin menyoalnya begitu.

"Hey aku tanya je la..aku janji aku akan sentiasa berada disi kau" Hyunjin terus memeluk Naera.

"A-aku sayang kau tau tak hiks" ucap Naera.

"Ye tau..aku pun sayang kau" Hyunjin mengusap rambut Naera lembut bagi menenangkan gadis itu.

☁Tbc☁

[√] Downpour || Hwang HyunjinTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang