|| 5 ||

46 12 17
                                    


Setelah meluangkan masa bersama Hyunjin, Naera pulang ke rumahnya semula.

Apabila masuk sahaja ke dalam rumah, matanya tertumpu pada kasut yang tersusun elok disitu. Nampaknya Gahyeon belum balik lagi.

"Naera kau pergi mana?" soal Gahyeon, rakan baiknya. Jelas wajah rakannya itu kelihatan risau.

"Aku pergi rumah Hyunjin la" jawabnya. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa ruang tamu.

"Dekat mana kau jumpa dia?" Soal Gahyeon lagi.

Naera melihat Seungmin yang berada di sofa single. Adik lelakinya itu langsung tidak bercakap.

"Aku tanya ni Naera" Gahyeon mengubah tempat duduknya. Dari duduk jauh dari Naera kini rakannya itu mengambil tempat disebelah Naera.

"Dekat rumah dia" jawab Naera perlahan tetapi cukup untuk Gahyeon dan juga Seungmin mendengarnya.

"Kau buat apa dekat sana sorang-sorang?kau dah lupa ke Naera?" Naera semakin pelik apabila Gahyeon menyoal begitu kepadany dan dalam masa yang sama entah kenapa hatinya sebak.

"Kenapa?" Naera menyoal.

"Hyunjin dah lama tak ada Naera..kau dah lupa ke dia dah pergi tinggalkan kita..dia dah pun tinggalkan kau" Gahyeon memberitahu perkara yang sebenar.

Hyunjin merupakan teman lelaki Naera sejak sekolah menengah dan telah pun mati setahun yang lepas akibat kemalangan.

Matanya sudah berkaca. Tidak boleh menahannya lagi dan akhirnya air matanya mengalir ke pipinya. Semakin lama semakin deras air matanya mengalir.

"Aku rindu Hyunjin hiks" ujar Naera.

Seungmin yang melihat keadaan kakaknya begitu mula terasa sebak. Sejujurnya dia tidak suka kakaknya sebegitu. Dia mahu kakaknya sedar bahawa Hyunjin sudah pun pergi meninggalkannya.

Begitu jugak Gahyeon rakan baiknya. Gahyeon selalu ada untuk Naera apabila gadis itu dalam kesusahan.

Apabila dengar sahaja Seungmin membuka mulut bahawa Naera pergi berjumpa Hyunjin, Gahyeon sudah pun susah hati dengan rakannya yang seorang itu.

Naera mengimbas semula dari kali pertama dia berjumpa Hyunjin di dalam hujan sehinggalah di rumah lelaki itu. Kesemuanya hanyalah bayangan dia sahaja.

Jadi selama ini dia berseronok seorang diri di dalam hujan sambil ketawa riang.

Dirumah Hyunjin pula dia yang membuka sendiri pintu rumah Hyunjin memandangkan dia tahu kata laluan rumah lelaki itu dan masuk ke dalam rumah tersebut. Segala perbualan dia bersama Hyunjin hanyalah bayangan dia sahaja.

Dan akhir sekali, apa yang dia tidak boleh terima adalah tentang mimpinya. Segala mimpi yang dialaminya adalah perkara yang betul-betul berlaku. Cuma dia sahaja yang tidak ingat malah dia membuat perkara itu tidak pernah berlaku dalam kehidupannya.

"H-habis tu kenapa dia hiks m-muncul depan aku hiks kalau dia dah tak ada? Hiks" tanya Naera diselangi dengan tangisannya.

"Itu sebab kau tak boleh lupakan dia Naera..tolong lupakan dia Naera..dia pun nak tenang juga dekat sana..kalau kau terus macam ni, Hyunjin akan sedih tengok kau macam ni" ucap Gahyeon. Dia menarik gadis itu dalam dakapannya.

Di ruang tamu itu hanya bunyi tangisan Naera yang semakin menjadi-jadi. Sukar untuk dia terima hakikat bahawa Hyunjin sudah pun pergi meninggalkannya.

☁Tbc☁

[√] Downpour || Hwang HyunjinWhere stories live. Discover now