|| 7 ||

57 12 2
                                    


"Kau taknak masuk dengan aku?" Tanya Naera kepada Gahyeon.

"Tak, kau masuk la sorang..aku bagi kau masa berborak dengan dia" ujar Gahyeon dan Naera mengangguk. Gahyeon mengambil payung di tempat duduk belakang kemudian diberikan kepada Naera.

"Even hujan ni tak lebat..kau tetap kena guna payung" Gahyeon memaksa Naera suruh mengambil payung ditangannya. Mahu tidak mahu Naera terpaksa juga.

Sebaik sahaja membuka pintu kereta, Naera terus membuka payung lalu melangkahkan kakinya keluar dari kereta. Dia masuk ke dalam bangunan dimana tempat abu Hyunjin disimpankan.

Apabila tiba sahaja dia di tempat Hyunjin, Naera meletakkan tangannya ke arah Gambar Hyunjin.  Dia tidak dapat menyentuh gambar itu kerana cermin yang menghalang.

"Hyunjin..aku datang ni" dia cuba mengawal air matanya dari jatuh.

"Maaf kalau aku buat kau sengsara..aku tak patut ingat kau lagi..tapi malangnya aku tak boleh" kata Naera.

"Tapi kau jangan risau hiks..aku akan sedaya upaya untuk lupakan kau" air matanya mengalir kerana tidak tahan dengan perasaannya yang sedih.

"Hyunjin hiks..a-aku sayangkan kau hiks maafkan aku" ucap Naera.

Setelah meluahkan segalanya, Naera mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat tersebut. Dia juga nekad bahawa dia akan cuba untuk lupakan Hyunjin sedikit demi sedikit walaupun sukar baginya.

Payung yang tersandar di dinding itu diambilnya lalu dibawa sekali bersamanya. Kakinya berhenti melangkah apabila dia keluar sahaja dari bangunan itu.

Hujan yang tadinya tidak lebat kini menjadi lebat. Naera mendongakkan kepalanya memandang langit.

"Kau faham perasaan aku hujan..kau datang bila aku perlukan kau" katanya sendirian.

Air mata mengalir dipipinya. Tidak dapat menahan sebak di dada. Mengapa benda itu perlu jadi kepadanya? Sesungguhnya dia tidak pernah minta untuk kehilangan seseorang tetapi apakan daya, dia telah pun kehilangan seseorang yang dia sayang.

Naera segera menghapuskan air matanya dan siap sedia untuk kembali ke kereta Gahyeon. Dia tidak mahu menangis lagi dan tidak mahu menunjuk kepada rakannya yang dia masih lagi lemah.

Payung yang tersedia di tangannya dibuka. Tetapi kudrat untuk membuka payung itu langsung tidak ada.

"Hiks" air matanya mengalir lagi. Nampaknya dia memang tiada kelebihan untuk mengawal emosinya.

Kata orang setiap pertemuan pasti ada perpisahan maka perpisahan antara dua insan yang bernama Naera dan juga Hyunjin berkahir disitu.


[ The end! ]


[√] Downpour || Hwang HyunjinWhere stories live. Discover now