Bab 1 : Mimpi Ngeri

65 2 0
                                    

Ariana berjalan meninggalkan hotel ayahnya dan terdengar hentakan yang kuat.. menyebabkan Ariana berpaling melihat satu kejutan yang teramat pedih buat dirinya. Melihat darah yang berlinangan seperti air yang mengalir menyebabkan Ariana terasa sedikit bercelaru, berjalan terpinga-pingga ingin melihat apa yang telah terjadi sehingga menyebabkan bunyi hentakan yang teramat kuat. Ariana gagahkan kaki terus melangkah selangkah demi selangkah menuju ke arah orang ramai yang sedang tergesa-gesa menelefon ambulans. Ariana rebah apabila melihat seorang insan yang amat penting dalam hidupnya dipenuhi dengan darah yang begitu banyak dan kelihatan amat pucat lesu Serta tidak bermaya bagai nyawa dihujung tanduk.

Kekesalan.. yang tidak mampu diungkap dengan sebuah kata-kata menyebabkan Ariana tidak mampu menahan air mata yang berlumba-lumba menanti Masa untuk keluar.

Kedengaran bunyi "kring, kring, kring" pada jam sekitar 6.30 a.m ..

Ariana yang tersedar dari mimpi yang menghantui hidupnya.. terus bingkas bangun dari tempat tidurnya. Menutup jam loceng menyarung selipar tidurnya menuju ke tandas mencuci mukanya dan merenung wajahnya yang penuh dengan kemarahan, dendam dan kesedihan yang tiada pengakhiran..

Ariana menampar pipinya dan berkata di dalam hati,"kenapa mesti aku?kenapa?".

Tanpa membuang Masa Ariana terus melakukan rutin penjagaan mukanya setiap pagi dan mengabaikan segala perkara yang menyakitkan hatinya kerana harini merupakan Hari pertama persekolahannya di tahun Baru 2016 ini.

Ariana akan selalu keluar berjogging bersama ibunya setiap pagi sebelum ke sekolah.. ini merupakan rutin harian Ariana sejak ibunya masih hidup..

Setiap hujung minggu pula Ariana akan sentiasa keluar berjogging bersama ibu bapanya dan meluangkan Masa berharga bersama ibu dan ayahnya... Namun ini semua sudahh berakhir 💔

Setelah selesai...
Ariana berjalan menuju ke tangga untuk turun ke dapur sempat menjenguk di tangga mencari Lelaki yang dulu amat disayanginya telah bertukar benci yang penuh dengan dendam sedang duduk di ruang tamu membaca surat khabar. Lelaki itu merupakan bapa kandungnya..

Ariana sering menyalahkan ayahnya sebagai punca kematian ibunya. Ariana sentiasa Bersikap dingin dengan bapanya.

Ariana mengeluh di dalam hati," tak ada tempat lain ke kau nak melepak, huh?Merosakkan pemandangan pagi aku je".

Ariana menghiraukan bapanya dan terus turun menuju ke dapur..

Ariana mengisi air di dalam botol kesayangannya yang merupakan hadiah pemberian ibunya yang berwarna biru gelap warna kegemarannya.

Ariana berjalan terus menuju ke pintu utama yang terpaksa merentasi bapanya itu dengan memberikan ayahnya jelingan tajam setajam pisau yang baru diasah semasa menyeberangi ayahnya.

Ariana meletakkan botol air yang diisi air mineral di atas meja bersebelahan rak kasut. Ariana berdiri berhadapan rak kasut terkial-kial mencari kasut sukan kegemarannya yang berjenama Gucci.

Bapa Ariana dikenali sebagai Encik Daniel, berusia 42 tahun masih muda dan gagah, berkulit putih, tingginya 175cm.. ayah Ariana merupakan pemilik sebuah hotel Lima bintang yang terkenal. Ayahnya tetap setia dengan ibu Ariana dan tidak menggantikan tempat ibunya puan Arina rossa yang telah meninggal dunia dua tahun lalu Akibat kemalangan.

Ayahnya sempat menegur Ariana dengan lemah lembut,"Ariana nak keluar berjogging kah?, Hati-hati ye".

Ayahnya sempat menitipkan pesan buat anaknya yang degil itu.

Ariana hanya membisu seribu bahasa.. berasa rimas mendengar suara ayahnya itu...

Ariana mengambil dan menyarung kasutnya terus keluar melakukan sedikit aktiviti pemanasan badan sebelum keluar berjogging.. Setelah selesai aktiviti regangan, Ariana berjalan ke luar pagar rumahnya dan terserempak dengan pembantu rumahnya yang baru sahaja datang untuk menjalankan tugasannya di rumah Ariana dan sempat mengukir seyuman kepada Ariana..

Ariana tidak membalas seyuman pembantu rumahnya dan terus berjogging keluar.

Namun, Olga tidaklah mengambil serius dengan sikap Ariana kerana Olga tahu bahawa sikap Ariana telah banyak berubah sejak ibunya tiada..

Olga sangat memahami dengan sikap Ariana yang begitu, pasti berpunca daripada ayahnya.. kerana Olga mengetahui status hubungan mereka yang dingin..

Pembantu rumahnya yang bernama Olga, berusia 44 tahun telah Lama setia bertugas dengan keluarga Daniel sejak 10 tahun lalu kerana perwatakannya yang jujur, amanah dan berdedikasi melaksanakan tugas.

Olga masuk ke dalam rumah dan menegur Bosnya Encik Daniel dan sempat bertanya..

"Tuan Daniel, bukankah ini botol milik cik Ariana?"

"Ya, mungkin dia terlupa ambil kerana... " - Daniel

"Kerana??.." - Olga

"Takde apalah.. kerana dia terlalu excited nak berjogging la tu" - Daniel

Olga hanya mampu mengeluh di dalam hati...

" Aku sudah Lama bertugas di sini dan aku tahu apa yang berlaku antara mereka, kenapa masih ingin berahsia"

Olga sempat bertanya kepada Daniel...

"Tuan Daniel, kenapa masih mahu berdalih dengan saya?.. saya tahu hubungan antara tuan Daniel dan Ariana masih renggang.. saya harap tuan dapat bersabar dengan tingkah laku Ariana. Ariana masih perlukan masa"

"Olga, ada perkara yang kamu belum tahu.. tapi saya pasti suatu Hari nanti kamu akan tahu.. begitu juga Ariana". - Daniel

"Maksud tuan?". - Olga

"Lupakan saja... Oklah, awak boleh mula tugas awak harini ye.. saya minta diri dulu.. ". - Daniel

"Baiklah kalau begitu tuan Daniel". -Olga

Setelah selesai perbualan antara daniel dan Olga.. Daniel bersiap untuk ke pejabatnya..

Tinggal lahh Olga sendirian di rumah yang besar itu.. rumah yang sunyi sepi dan suram ini membuatkan Olga berasa kesian terhadap Ariana dan Encik Daniel yang dulunya ceria sewaktu puan Arina rossa masih hidup...

Mata Olga mula berkaca...

MISTERI ARIANAWhere stories live. Discover now