BAB 45 (New Edited) ✨

24K 1.1K 200
                                    

Rizqish POV

Tengku Rizqish yang baru sahaja tersedar daripada tidurnya terus menjerit memanggil isterinya. Datin Medina yang baru sahaja menyelesaikan kerjanya terperanjat kerana mendengarkan anak lelakinya menjerit. Terus dia berlari memasuki bilik Tengku Rizqish.

"Ya Allah anak mama, kenapa ni sayang ? Deinz sakit ke sayang?" Dia yang melihat Tengku Rizqish sudah terduduk di atas lantai, terus memeluk badan anak lelakinya itu.

"Mama mana, mana isteri Deinz ma ?" Menangis hatinya apabila Aries tiada di sisinya. Dia dapat rasakan perkara yang berlaku itu adalah betul dan benar. Datin Medina hilang kata-kata.

"Aries dah takda sayang dia dah lama pergi, Deinz tak sedarkan diri selama dua minggu. Urusan jenazah semua mama yang uruskan."

Tengku Rizqish sudah tidak dapat menahan empangan air matanya "Mama, tipu kan ? Mana boleh isteri Deinz tinggalkan Deinz sorang-sorang mama, Deinz tak kuat ma, Deinz berdosa tak sempat nak mintak maaf dekat dia ma." Lagi dia tak boleh terima kalau Aries pergi tanpa sebarang kata sayang untuk dirinya.

"Kamu redha ye sayang. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dalam hidup Deinz ye." Sempat Datin Medina mengelus rambut milik Tengku Rizqish.

"Mama dah lama tahu Aries bukan anak sebenar Dato Zamree. Mama cuba untuk ceritakan semua dekat kamu tapi Deinz sikit pun tak dengar cakap mama." Lembut tangannya mengusap badan anak lelakinya.

"Itu baru 5 persen kesakitan yang kamu rasa, cuba bayangkan betapa tabahnya Aries hidup dengan kamu ? Dia kuat kerana kamu, dia cuma minta 8 bulan sahaja untuk kamu hidup dengan dia kenapalah kamu susah sangat nak ikut Deinz ?" Hiba hatinya apabila Aries berjumpa denganya cuma ingin mengatakan bahawa dia meminta 8 bulan sahaja untuk bersama dengan anaknya.

"Dia ada brain cancer stage 3 Deinz. Mama dah buat rawatan buat Aries tapi akhirnya tak jalan juga. Aries juga ada komplikasi jantung disebabkan itu racun yang ada dekat badan dia cepat menjalar dekat jantung dia."

Tengku Rizqish merasakan seperti hatinya dipanah dengan begitu dalam. Dia tidak mengetahui yang Aries mempunyai penyakit yang boleh membawa kematian Ya Allah berdosa sungguh dirinya. "Mama Deinz tak kuat ma, Deinz masih tak percaya dia dah takda."

"Mama macam mana Deinz nak tebus kesalahan Deinz ma ? Mama kenalkan Deinz dengan agama balik mama." Rayunya... Kerana kurangnya pegangan agama dia mudah terleka dan terpedaya dengan hasutan syaitan.

Datin Medina yang mendengar Tengku Rizqish ingin pulang ke agamanya balik agak gembira hatinya.

"Boleh, kamu pergilah amik wuduk solat taubat lepastu buat solat hajat.  Doakan isteri kamu pergi dalam keadaan yang baik. Nanti lepas solat mama ajar kamu baca Al-Quran."

Lembut suaranya menyuruh Deinz melakukan solat tersebut dan sempat dia mencium dahi milik anaknya. Dapat dilihat wajah putih mulus Tengku Deinz menjadi merah akibat menangis terlalu lama.

Di dalam solatnya air mata milik Tengku Rizqish tidak berhenti mengalir. Sedih sungguh hatinya apabila merasakan Aries tiada di sisinya. Di tadahkan tangan untuk meredhakan kepergiaan isteri tercinta.

"Ya Allah ya tuhanku.. Ampunkanlah segala dosa hambamu ini Ya Allah. Letakkan isteriku Nur Aynaries Delisha di syurgamu Ya Allah, aku redha dengan kehilangan Aries a-aku..." Tidak sanggup dia untuk meneruskan bacaan doanya. Tangannya mengigil dengan teruk.

Datin Medina hanya memberikan senyuman kepada Tengku Rizqish. Datin Medina terus memasuki bilik tersebut "Dah siap solat ? Mari mama ajarkan kamu baca Al-Quran ye." Terus dia membawa Tengku Riziqsh di bilik tidurnya.

Eirvard yang melihat Tengku Rizqish mengikuti Datin Medina hanya memberikan jelingan yang tajam. Sungguh tidak suka dia melihat wajah abangnya sendiri.

Selepas sahaja Tengku Rizqish membaca Al-Quran dia membuat keputusan untuk pulang ke rumahnya. "Mama Deinz nak balik rumah terima kasih sebab jaga Deinz ye."

"Takpa mama izinkan kamu balik ye, jaga diri lepasni kamu jaga makan kamu sendiri ye selalunya Arieskan yang jaga ni Aries dah takda kamu uruskan semuanya sendiri ye." Tengku Rizqish hanya menggukan kepalanya sahaja.

Setibanya di rumah dapat dirasakan kekosongan di dalam jiwanya "Betapa sunyinya abang kalau Aries takda." Baru dia tersedar baru dia menyesal apa perbuatan yang dia lakukan kepada isterinya.

Laju kakinya memasuki bilik isterinya dia perhatikan satu persatu barang milik Aries. Pandai isteri abang jaga bilik ni, disentuh satu persatu barang yang ada. Bauan bilik tersebut sangat wangi membuatkan hatinya berasa tenang.

Hatinya tergerak ingin membuka satu laci yang berada di satu sudut di bawah lampu itu. Dibuka laci tersebut dan air matanya mengalir buat kesejuta kalinya. Dapat dilihat ubat-ubatan Aries tersusun dengan cantik dan kemas.

Tiba-tiba ubat yang berada di tanganya itu terjatuh masuk ke bawah katil. Dan apabila dia cuba mengambilnya dia terlihat ada suatu kotak yang cantik dan besar. Di ambilnya untuk melihat apa yang ada di dalam kotak tersebut.

Terbeliak matanya apabila melihat kandungan yang ada di dalam kotak tersebut.Ya Allah sayangg kenapa sanggup diamkan penyakit kamu sayang, hampir nak terjatuh kotak tersebut di tanganya.

"Abang tak tahulah dah berapa banyak kali abang menangis kerana kamu sayang." Terduduk dengan lemah dia di bilik itu.

"Abang tak sangka yang abang akan hilang Aries secepat ini. Abang jujur tak kuat Aries ampunkan salah silap abang sayang." Dia yang tiada kudrat itu terus mengambil baju milik Aries dan tidur bersama baju tersebut di bilik Aries.

"Ku pintamu masuk ke dalam mimpiku, biarkan rinduku terbalas dengan melihatmu wahai bidadariku Aries."Akhirnyadia terlelap juga bersama baju milik Aries.

—————————————

Kita akan bergerak secara perlahan untuk menyeksa mamat tempayan ni. Sekali lagi Hunny mintak maaf ye kalau Aries lambat update sebab Hunny ada gerak gempur lepastu Hunny akan study sikit ye sebab nak exam besar.

Jangan risau hunny akan selalu update cuma lambat ye sayang sekalian. HIDUP DATIN MEDINA !! HAHAHAHA

ARIES COMPLETE [TERBIT]Where stories live. Discover now