"𝙺𝙴𝚁𝙰𝙽𝙰 𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰 𝙼𝙴𝙼𝙴𝚁𝙻𝚄𝙺𝙰𝙽 𝙳𝚄𝙰 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝚄𝙽𝚃𝚄𝙺 𝙺𝙴𝙺𝙰𝙻 𝙱𝙴𝚁𝚂𝙰𝙼𝙰 𝙷𝙸𝙽𝙶𝙶𝙰 𝙺𝙴 𝙰𝙺𝙷𝙸𝚁 𝙽𝙰𝙽𝚃𝙸"
Aynaries POV
Semenjak kejadian dirinya dipukul teruk oleh Tengku Rizqish semenjak itu Aries tidak melihat suaminya itu. Boleh dianggarkan sebulan juga dirinya tidak melihat kelibat Tengku Rizqish.
Dia sentiasa berdoa kepada tuhan semoga keimanan dan juga kesabaran yang berada di dalam dirinya itu dipertingkatkan lagi. Bukan apa dia takut sekiranya dirinya tidak dapat bersabar dengan sikap suaminya itu.
Setiap hari Aries akan membuatkan sarapan dan juga makan malam kepada Tengku Rizqish namun sayang makanan itu tidak pernah dijamah oleh suaminya.
Walaupun suaminya tidak menjamah sedikit pun makanan yang dia buat tetapi Aries tetap akan memasakkan makanan tersebut untuk suaminya. Sekurangnya kalau lelaki itu lapar ada makanan yang telah disediakan olehnya.
Macam biasa hidup sebagai orang gaji memang seperti ini. Membersihkan rumah, menyapu sampah kalau tidak bersih sudah tentu dia akan dimarahi teruk oleh Tengku Rizqish.
"Bersih pun. Takpalah buat kerja amal sikit. Mana tahu lepasni dah tak boleh kemas rumah." Terus dia menepuk mulutnya itu. Apa pulak cakap macam tu.
Sedang dia terleka mengemas rumah tanpa dia sedari ada seorang perempuan sedang menghampiri Aries. Pengawal-pengawal yang berada di pondok itu tidak memarahi wanita tersebut. Mungkin mereka kenal.
Aries yang sedang mengemop lantai tersebut terperanjat apabila melihat ada seorang perempuan yang berpakaian seksi sedang duduk di atas sofa rumahnya. Apabila dia mengecam wajah tersebut hampir nak tercekik tekaknya.
"K-kenapa Riena ada dekat sini?" Jangan dikata detakan jantungnya seperti apa sekarang ini. Sungguh laju.
Badanya yang hampir menggeletar itu di tahankan dengan cara mengigitkan lidahnya. Sekiranya lidahnya merasakan kesakitan dia mampu untuk mengawal dirinya. Riena yang melihat Aries seperti ketakutan terus tersenyum
"Hai Aries terkejut tak nampak aku? " Riena terus mengibas-gibaskan rambutnya itu.
"Kau kena tahu satu perkara Ries. Suami kau dengan aku memang sepakat nak jerat kau. Kesian kau kan kena tipu hidup-hidup. Dasar perempuan kotor darah pembunuh." Dapat didengar ilaian ketawa daripada Riena.
Aries yang mendengarkan apa yang diperkatakan oleh Riena terus menahan esakan. Baru dia tahu selama ini suaminya hanya mempergunakan dirinya sahaja.
"Eh sayang you buat apa dekat sini." Tengku Rizqish yang baru sahaja memasuki rumah tersebut agak terperanjat kerana melihat Riena berada di dalam rumahnya. Dapat dilihat Aries yang sedang menundukkan kepala.
"I saja nak datang sini sebab nak tengok rumah yang you akan gunakan untuk weeding nanti. Lagipun i datang sini nak jumpa Aries. You lupa ke perempuan sundal ni cousin i ?"
Tengku Rizqish hanya memberikan senyuman yang manis kepada Riena. Riena pula merancangkan sesuatu terus bibirnya itu mencium pipi Tengku Rizqish.

YOU ARE READING
ARIES COMPLETE [TERBIT]
Gizem / Gerilim𝐂𝐎𝐃𝐄 : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐓𝐀𝐊 + 𝐃𝐄𝐑𝐀 𝟏𝟖+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) Selepas kematian keluarganya kehidupan Arie...