Aynaries POV
Silauan cahaya yang memancar ke arah kelopak mata Aries membuatkan wanita itu tersedar daripada lenanya. Dia cuba membukakan matanya dengan perlahan. Terus mata tersebut tertacap pada perutnya.
Tangan yang melekap di atas perutnya itu membuatkan Aries terkejut. Matanya terus memandang ke arah tubuh yang berada di sebelah badanya itu. Agak terperanjat dirinya apabila melihat Tengku Rizqish yang sedang tertidur itu sedang meletakkan kepalanya di atas tangan miliknya. Baru dia teringat sesuatu dan dengan laju dia mengejutkan lelaki itu.
Tengku Riziqsh yang terganggu itu terus membukakan matanya "Eh Aries kau dah sedar?" Terus matanya menjadi segar.
"Sedar? Kenapa saya dekat sini ?" Pelik juga Aries apabila dikatakan yang dirinya baru sedar.
Dapat dilihat wajah Aries yang semakin cengkung. Selama 3 bulan Aries tidak menyedarkan diri selama itu juga Tengku Rizqish menjaganya.
"Tak perlu ingat kenapa kau dekat sini. Sekarang ni kau baru sedar kau nak makan atau minum tak?" Nadanya yang lembut itu masih terselit ketegasan.
Aries yang melihat Tengku Rizqish seperti itu agak terperanjat. Lelaki di depanya ini demam ke? Seraya itu terus Aries meletakkan tanganya di pipi Tengku Rizqish
"Tuan demam ke? Ada apa-apa berlaku dekat tuan kenapa tiba-tiba jadi baik?" Ragunya.
Tengku Rizqish terus mercelung ke arah mata milik Aries. Baru sahaja sedar tapi mulut sudah banyak bertanyakan soalan.
"Kau banyak tanya lagi aku stapler mulut kau." Sempat dijelingnya Aries. Aries terus menekup mulutnya.
"Saya nak air saya haus." Lembut suaranya.
Tengku Rizqish yang mendengar Aries ingin meminum air terus dia menuangkan air kepada Aries. Air yang dituangnya itu tidak terlampau banyak dan tidak terlampau sikit. Sesuai dengan keadaan Aries yang memerlukan air ketika ini.
"Terima kasih."
Aries yang kehausan itu minum dengan keadaan yang rakus habis baju hospitalnya basah akibat air tersebut tertumpah di bajunya.
"Hey amore minum air elok-elok tak lari air tu." Haus sangat budak ni sampai minum pun sampai tumpah-tumpah.
Air yang terkeluar daripada mulut Aries itu di lap menggunakan tanganya. Walaupun hatinya masih tidak boleh menerima Aries namun keadaan Aries itu mematahkan semua egonya
"Macam budak-budak kau minum." Terus dia menjetik hidung wanita tersebut bagi.
Aries yang merasakan hidungnya dijentik hanya membiarkan sahaja. Buan sekali Tengku Rizqish menjentiknya maksud ni dah lebih berpuluh-puluh kali
"Mana mama?"
"Mama ada dekat rumah. Dia suruh aku jaga kau yelah risau menantu dia tak bangun-bangun padahal bukan mati pun." Mulut ni kalau tak lancang memang tak sah.
Aries yang mendengarkan ayat yang keluar daripada mulut Tengku Rizqish hanya memberikan senyuman sahaja "Nanti Aries mati betul-betul padan muka." Terus dia meletakkan kepalanya di atas bantalnya semula.
Walaupun suara Aries agak perlahan namun telinganya dapat menangkap perkataan tersebut. "Kau nak makan tak kalau kau nak aku belikan kejap."
Aries yang mendengarkan Tengku Rizqish ingin membelikan makanan terus hatinya berbunga-bunga "Lapar tolong belikann nas...."
"Nasi ayam right amore." Dengan sepantas kilat Tengku Rizqish membalas perkataan tersebut
Aries yang masih belum habis menyambungkan ayatnya terperanjat dengan apa yang didengarnya "Macam mana tuan tahu saya suka nasi ayam?"
Tengku Rizqish hanya memberikan senyuman kepada Aries "Kau kan hamba aku mestilah aku tahu." Terus Tengku Rizqish meninggalkan Aries.
"Hamba? Aku hamba dia ke . Betulah tu Ries dia yang kutip kau memang patutlah kau jadi hamba dia."
Hamba pun hamba lah yang penting Tengku Rizqish masih setia berada di sisi Aries. Walaupun itu semua dusta tapi hakikatnya syurga baginya. Dikasari secara fizikal namun hatinya masih kuat untuk berbakti kepada lelaki tersebut.
Dia hanya mampu berdoa sahaja. Walaupun dirinya tidak sekuat dahulu tapi tuhan masih beri dirinya peluang untuk meneruskan kehidupanya. Dia sendiri pun tidak tahu sampai bila dia hidup jadi dengan masa yang dia ada dia harus manfaatkan masa tersebut.
Tengku Rizqish yang sudah sampai ke kedai itu hanya menunggu giliran sahaja. Tiba sahaja giliranya terus dia melihat nasi ayam tersebut.
"Aku nak order nasi ayam 2 kalau boleh ayam tu bagi bahagian peha tunang aku tak makan bahagian lain."
Pekerja yang berada di situ hanya mengangukkan kepalanya sahaja. "Untunglah dapat tunang hensem entah-entah perempuan tu mata duitan." Mata Tengku Rizqsih terus tercacap pada tubuh milik seorang wanita.
Air mineral yang berada di tanganya itu terus dicampak ke arah wanita itu. Tiada salam atau kata tepat sahaja botol itu mengenai wajah milik pekerja itu. Termenjerit kecil wanita tersebut apabila air botol itu terkena wajahnya.
"Hey perempuan tua. Mulut kau boleh jaga sikit tak ?Muka dengan jalan tar dah sama buruk. Takkan hati pun nak buruk macam muka kau juga!" Habis suara jeritan Tengku Rizqish memecah kebisingan pekerja tadi. Wanita tersebut menjadi kaku malunya bertubi-tubi apabila semua pelanggan melihatnya.
"Kau cakap dengan pekerja kau tu jaga mulut baik-baik. Jangan sampai dia kutuk pelanggan lain aku jumpa minah ni lagi memang aku humban dia faham?"
Lelaki yang mengambil pesana Tengku Rizqish itu hanya mengaggukan kepalanya sahaja. Tidak berani untuk bercakap dengan lelaki kacak di depannya ini.
"Woi Sabrina kau ikut aku sekarang!" Tanganya terus ditarik oleh lelaki itu.
Aries yang merasakan bahunya disentuh terus membukakan matanya. Indahnya bukak-bukak mata ada pangeran hensem mengejutkan tidurnya.
"Nah makan jangan nak sambung tidur lagi 3 bulan dah kau tidur takkan nak sambung lagi?" Marah kecil Tengku Rizqish kepada Aries.
"Kalau boleh nak tidur selamanya biar semua bahagia takdalah Aries rasa sakit sorang-sorang." Lirih suaranya.
Seperti ada panahan api yang dirasakan oleh Tengku Rizqish sekarang ini. Ayat yang diberikan Aries amat meruntukan jiwa lelakinya. Sayu sungguh perkataan yang diberikan Aries.
"Tak payah nak buat drama lah Ries. Kan aku dah cakap kalau kau nak mati silakan mati. Jangan babitkan aku." Agak keras suaranya. Aries hanya memandang kosong wajah lelaki tersebut
"Aries cakap je. Mana nasi Aries tuan?"
"Ni nasi kau. Kau tak boleh makan bahagian dada so aku belikan peha makan puas-puas jangan merungut dekat aku yang kau lapar.." Sempat dia mengusap rambut wanita itu.
"Macam mana tuan tahu yang Aries tak boleh makan bahagian dada ?" Kenapa semua tentang dirinya Tengku Rizqish tahu.
"Aku paling benci kalau ada manusia tanya soalan dua kali. Dah kau memang dilahirkan tak boleh makan dada ke kau nak aku makan dada kau ke?" Terus dia melihat dada Aries.
Merona habis pipi Aries apabila mendengar Tengku Rizqish berkata sedemikian "Alah tanya je terima kasih belikan nasi ayam tau." Terus Aries mengambil makanan tersebut dan makan secara perlahan-lahan.
———————————-
Macam mana lah nak rendahkan ego mamat tempayan ni kan ? Rasa nak sekel kepala otak dia pun ada juga !! CUBA KALAU DAH SAYANG TU CAKAP SAYANG HESH !! 😫
Mamat ego ni sebenarnya sweet tapi tulah tapi nak je aku pukul pakai penyapu !! 😭
![](https://img.wattpad.com/cover/272343570-288-k724247.jpg)
YOU ARE READING
ARIES COMPLETE [TERBIT]
Mystère / Thriller𝐂𝐎𝐃𝐄 : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐓𝐀𝐊 + 𝐃𝐄𝐑𝐀 𝟏𝟖+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) Selepas kematian keluarganya kehidupan Arie...