12

316 18 2
                                    

Aku mendengar bunyi deruman kereta dari arah luar, mata aku pulak meliar mencari jam dinding, lagi 2 minit nak pukul 2.

Tak lama lepas tu muncul sekujur tubuh di daun pintu memandang aku dengan mata nya yang berkilau.

Jantung aku pun memain kan peranan bagai nak terkeluar dari badan, dia pandang aku, aku pun pandang dia.

"Kenapa tak tidur lagi?"

Aku leret kan pandangan ke bawah, tak berani nak pandang mata dia lama ii, soalan dia aku biarkan sepi.

"Jom naik atas"

Dia menarik tangan aku agar aku mengikut dia sama ii naik ke atas.

"Awak tau tak yang saya tengah protes? "

Terus terang aku cakap sebab aku rasa protes aku ni tak memberi impak langsung pada perasaan dia, mungkin dia lambat pickup, jadi lebih baik aku terus terang je.

Perjalanan dia berhenti, dia masih lagi memimpin tangan aku tapi dia berhenti dan memandang aku lama.

"Saya ingat masa awak balik sini saya nak protes mogok tak nak bercakap dengan awak"

Sambung aku lagi sebab dia macam kelihatan confuse dekat situ.

"....... Tapi aku ngantuk sangat sekarang ni, boleh tak kau sambung protes mogok kau esok"

Aku mengerutkan dahi, punya lama aku tunggu dia dari pukul 10 duduk bertenggek depan pintu, dia Just suruh aku sambung esok.

"Jom meh naik atas"

Dia lepas kan tangan aku, dia beralih pula ke belakang aku menolak menyuruh aku bergerak naik ke atas.

OMG serius stress hidup aku.

Sampai je dalam bilik, dia terus menutup pintu serapat rapatnya dan kunci, laki aku mabuk agaknya.

"Kenapa kunci, dah memang kita berdua je tinggal dalam rumah ni"

"Aku tak nak kau lari tidur bilik sebelah, dah seminggu aku tidur tanpa bini kat sebelah"

Terubat sikit lah hati ni bila dia kata macam tu, rasa macam aku ni diperlukan jugak lah.

"Awak anggap saya bini awak ke"

Aku tersenyum semasa mempersoalkan ayat itu.

"Nak buat macam mana, aku dah akad masa majlis nikah kita"

Duduk balik aku atas katil bila dia jawab gitu, dia yang dah baring menghadap aku dekat sebelah pun ikut duduk juga.

Terus hilang senyuman aku, adakah dia tak redho nak nikah dengan aku atau dia memang tak nak aku pun sebenarnya.

"Awak sebenarnya nak nikah dengan saya ke tak masa tu"

Start dah emo aku datang balik, ni rasa nak baling segala apa yang dekat dengan aku ni karang.

"Esok bincang, hari ni kita tidur dulu"

Dengan mudah dia menolak balik aku baring menghadap dia di sebelah.

Aku tak puas hati, aku bangun balik tanya dia soalan yang sama, aku ingat aku tak nak tidur selagi dia tak jawab soalan aku.

"Astagfirullah Mayraaaaa, tak baik gaduh malam ii, esok lah sambung aku betul ii sangat ii mengantuk ni"

Aku syak dia betul ii mengantuk, tengok tatabahasa dia pun aku pasti.

Langsung dia terus tarik aku masuk dalam pelukan dia, dia peluk seerat yang mungkin sebab tak nak bagi aku bangun balik mungkin.

Serius sebenarnya berbunga jugak lah hati ni tapi Okay kita sambung esok.


Mrs. AzifWhere stories live. Discover now