"Mayyyyyyyyyyyyyyyyy!!! "
Pagi minggu aku diganggu dengan ketukan yang teramat kuat sampaikan pintu rumah aku hampir tertanggal.
Dari siapa lagi kalau bulan Fara jiran sebelah yang tak bertauliah dan selalu memberikan nasihat buruk pada aku.
"Apa bende kau ni, tak boleh tengok aku aman sikit ke? "
Seraya membuka pintu mulut aku menyemburkan kata-kata amarah yang dari tadi dipendam, bukan nya sekejap dia ketuk pintu rumah aku nak roboh tadi.
"Tengok ni"
Dia menghulurkan sesuatu dihadapan muka aku dengan mukanya yang gembira dapat aku tahu sesuatu itu mendatangkan berita yang amat ditunggu-tunggu.
"KAU MENGANDUNGGGGGGG?? "
Pekikan aku rasakan seluruh taman perumahan kami boleh mendengarnya mungkin, serius aku kata memang aku dengan Fara nikah pada tahun yang sama dan selama pernikahan kami berlumba siapa yang akan mengandung dulu.
Aku kalah. Itu yang pasti.
"YESSSSSSS"
Hanya itu jawapan dia yang cukup buat aku faham betapa bersyukurnya dia menjadi seorang isteri yang berjaya memberikan zuriat pada suaminya.
Sedikit sebanyak membuatkan aku agak cemburu, bukan pada bayi yang dikandungnya tetapi pada Fara kerana dia berjaya memikat hati suaminya itu.
Aku sedih.
Adakah perlu aku bertanyakan tentang bayi kepada Azif.
Aku nak minta pendapat Fara tapi nanti mesti dia suruh aku give up je sebab aku dah kalah, aku nak tanya kan pada Nur tapi dia pasti lebih sebuk dengan kerjayanya, aku juga mahu bertanyakan kepada Su tapi sudah tentu dia akan jawab ikut sahaja ketentuan Ilahi.
Persoalannya kenapa aku tak ada anak lagi. Aku bukannya baru berkahwin dengan Azif tapi dah lama. Siap digelar pengantin dah basi.
Aku nak juga rasa menimang cahaya mata, aku tak kira aku nak tanya juga dekat Azif malam ini.
Ye malam ni aku akan tanyakan pada nya tentang pendapat nya untuk memiliki bayi sekarang . Aku tak kira aku nak jugak.