20

224 16 6
                                    

"Azif saya nak ada anak"

Baru sahaja dia masuk ke dalam rumah selepas pulang dari kerja terus aku terjah dengan permintaan seperti itu.

"Kau nak ambil anak angkat ke? "

Apa kena dengan dia ni, nak dibodohkan suami aku.

"Saya nak ada anak saya sendiri, bukan anak angkat"

Dia yang sudah menaiki anak tangga aku ekor dari belakang, aku tak puas hati dengan jawapan yang diberikan.

"Then buat lah"

Ternganga sekejap mulut aku. Sumpah panas hati ni, aku nak buat macam manaaaaaaaaaa.

"Patut ke saya cari lelaki lain untuk buat anak dengan saya? "

Punggung aku labuh kan ke bucu katil, sahaja memberinya soalan bodoh supaya jawapannya tidak menyakitkan hati aku lagi.

"Mungkin"

OMG ini bikin sakit hati, weyhhhhhh aku nak nangis, dia pula dengan selamba mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik mandi.

Aku keluar dari bilik dan turun ke ruang tamu, TV yang berlayar hitam aku pandang, cermin kan diri sendiri, siapa aku dalam hidup dia.

Lama aku bertakafur di ruang tamu sebelum naik ke bilik semula, mata yang sembab aku abaikan.

Melihat bilik tidur sudah gelap dan Azif juga sudah terbaring kaku di tempat nya, aku masuk ke bilik mandi .

Kepala aku baring kan menghadap dia yang sudah terkatup rapat matanya. Aku sentuh setiap penjuru yang ada di wajahnya.

Dia kacak, kulit mukanya tidak lah begitu putih namun tidak pula begitu hitam, hanya sederhana, wajahnya yang bersih tanpa celar membuatkan aku insecure walaupun sekejap.

"Awak tak nak ada anak dengan saya ke? "

Aku pasti yang dia belum tidur sebab tu aku cakap macam tu, kalau lah dia dah tidur memang aku cepuk kepala dia sampai benjol.

Dia celik mata perlahan, tepat anak matanya memandang ke arah ku membuatkan jantung yang dari tadi berdegup tidak menunggu lama untuk melompat keluar dari landasannya.

Tangan aku mainkan di telinga nya supaya senang bila dia cakap 'tak' nanti aku nak tarik telinga dia sampai putus.

"Jangan mainkan jari kau dekat telinga aku May"

Dia bisik perlahan tetapi tetap kedengaran kasar, dengusan nafasnya juga berubah rentak menjadi laju dan kasar.

Aku buat bodoh dengan amaran dia tadi, ada aku kisah. Tetap juga aku mainkan jari jemariku di belakang telinga nya malas makin menjadi-jadi jelingan maut dia menusuk ke dalam mataku.

"You make me turn on May"

Aku terdiam sekejap, tangan aku juga turut membeku, adakah ini pembuka jalan untuk aku mendapatkan seorang bayi.

"Kalau macam tu jom lah"

Ajak ku, dia mengangkat sebelah keningnya memberi tanya soal dengan cara bisu.

"Buat Baby"

Terus meletus tawa besar nya di hadapan muka aku, lawak ke perkara yang aku cuba sampaikan ni.

Mrs. AzifWhere stories live. Discover now