04

2.1K 204 6
                                    

ఌ︎ 𝓱𝓪𝓹𝓹𝔂 𝓻𝓮𝓪𝓭𝓲𝓷𝓰 ఌ︎

ఌ︎ 𝓱𝓪𝓹𝓹𝔂 𝓻𝓮𝓪𝓭𝓲𝓷𝓰 ఌ︎

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hazuwan tampak mulai merasa gementar. Jantungnya berdegup kencang. Mungkin kerana sudah berada di hadapan tok kadi, dia jadi gementar. Ini kali pertamanya dia akan melafaz suatu kata yang dia sendiri tidak pernah bayangkan akan dia sebut sekarang.

Tangan Hazuwan bersalam dengan tangan tok kadi. Tok kadi mengangguk kemudian dia memandang ke arah pengantin perempuan dan memandang pula wajah Hazuwan, si pengantin lelaki.

"Baiklah. Kita mula sekarang?" tanya tok kadi. Hazuwan cuba untuk menenangkan hatinya yang sedang berdegup kencang itu. Perlahan kepalanya di angguk.

"Ya," balas Hazuwan. Tok kadi mengangguk kemudian dengan lafaz bismillah...

"Wahai Mohamad Hazuwan Aresh bin Ridwan, aku nikahkan dikau dengan Nur Yana Edel binti Abdul dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran."

Hazuwan menarik nafas dalam. You can do this!

"Aku terima nikahnya Nur Yana Edel binti Abdul dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran," dengan satu lafaz saja. Tok kadi memandang ke arah saksi.

"Sah?" tanyanya. Para saksi mengangguk dan membalas 'sah'. Maka, salam tadi di leraikan dan doa pun di baca.

Ain, Suraya dan Ira hampir saja menitikkan air mata kerana sahabat mereka sudah pun berkahwin. Tinggal mereka sajalah yang membujang. Farrah turut terharu melihatnya. Syukur, sekarang ada sudah peneman buat abangnya itu.

Hazuwan duduk di hadapan Yana yang menunduk itu. Yana merasa malu dan pipinya mulai membahang merah, panas saja rasanya. Dengan lafaz bismillah, Hazuwan mencapai lembut tangan Yana. Cincin di sarungkan ke jari manis Yana. Setelah siap, Yana dengan tangan terketar-ketar itu menyalam tangan Hazuwan. Tangan Hazuwan menyentuh lembut kepala Yana, di cium lembut ubun-ubun Yana.

Puan Mellia dan Puan Kartina tersenyum lebar memandang ke arah mereka. Sungguh mengharukan sekali. Teringat pula pada waktu mereka muda dulu. Ceh.

Mereka bersanding di pelamin yang telah di siapkan di ruang tamu. Yana hanya mampu menunduk saja kerana malu di pandang dan di gambar oleh ramai orang. Lebih lagi di sebelahnya, dekat dengan Hazuwan Aresh, yang dulu pernah dia minati.

Hazuwan turut mendiamkan diri memandangkan tidak ada apa yang mahu dia katakan pada Yana. Nanti-nanti sajalah mereka bersembang...

☾︎❦︎☽︎

"Jaga isteri tu elok-elok tau Wan." pesan Puan Kartina. Hazuwan tersenyum kemudian mengangguk.

Puan Kartina mempamitkan dirinya untuk pulang. Orang-orang kampung juga sudah pulang selepas kekenyangan dengan lauk-pauk yang di hidang. Yana pula berlalu ke dalam bilik, mungkin mahu menukar bajunya.

Melihat Yana sudah tiada di sisi, Hazuwan turut berlalu ke bilik Yana. Dia mengetuk perlahan pintu Yana. Yana sedikit terkejut bila di pintunya di ketuk. Fikirnya, itu adalah Hazuwan.

Nak bagi masuk ke tak? Eish, dia tu suami kau lah Yana! "Ah, masuklah." kata Yana.

Hazuwan memulas tombol pintu kemudian menapak masuk ke dalam. Yana menghembus nafas kecil. Dia mulai membuka pin yang ada di tudungnya itu. Hazuwan melabuhkan punggung di atas katil. Matanya mula-mula melilau sana sini, akhirnya dia terhenti pada Yana. Di pandanglah wajah Yana itu.

Yana melirik kecil ke arah Hazuwan, melihat mata Hazuwan memerhati terus ke arahnya membuatkan Yana menunduk. Malu bila dia di tenung lama-lama. Hazuwan tersenyum kecil.

"Saya harap kita boleh saling memahami selepas ni," tutur Hazuwan. Yana mengangguk kecil.

"Awak tak nak tukar baju ke?" tanya Yana, di kawal gagapnya itu. Malu dia kalau tergagap-gagap.

"Saya tak bawa tuala lah awak." Hazuwan tersengih kecil.

"Ah, takpe. Saya ada tuala lagi satu dekat almari sana. Awak ambillah."

Hazuwan mengangguk faham. Dia bangun dari duduk kemudian pergi ke almari milik Yana. Di buka pintu almari itu dan di ambilnya tuala yang berwarna biru. Kain yang ada di dalam beg hitamnya itu dia ambil dan di bawa keluar dari bilik.

Yana menghela nafas panjang. Dia rasakan jantung dia ini hampir saja meletup. Dia tidak biasa dengan hal sekarang. Lagi-lagi bila Hazuwan...

☾︎❦︎☽︎

Malam yang sunyi, hanya bunyi cengkerik yang berlagu ketika itu. Yana menopang dagu, sambil matanya menikmati indahnya bulan malam ini.

"Tak sejuk ke malam-malam dekat luar?" tanya Hazuwan. Yana tersentak kemudian menoleh ke arah Hazuwan.

"Tak..." balas Yana singkat. Dia belum lagi terbiasa untuk berbual dengan Hazuwan.

"Awak tak suka ke dengan saya?" tanya Hazuwan memandang ke wajah Yana. Yana menggeleng.

"Saya tak cakap pun macamtu...saya cuma tak biasa-"

"Maknanya, awak suka saya lah?" tanya Hazuwan berbaur gurauan. Yana tidak menjawab, malu dia bila Hazuwan berkata begitu.

"Saya akan berusaha untuk cintakan awak, dan sayangi awak sebagai seorang isteri." tutur Hazuwan. Yana menunduk.

"Saya pun..." ucap Yana perlahan. Hazuwan yang mendengar tersenyum.

Mungkin sekarang tiada cinta yang tumbuh di hati mereka, siapa tahu kalau di semai elok benih cinta, akan tumbuh mekar nanti? Kuasa Allah, kalau Allah kata mereka jatuh cinta hari ini, maka itulah apa yang akan terjadi.

Hazuwan turut memandang ke arah langit. Begitu indah bulan yang mengambang, menerangi malam yang gelap ini. Hazuwan sudah tekad dalam dalam hatinya, untuk mencintai dan menyayangi Nur Yana Edel. Walau seribu tahun terpaksa menunggu untuk cinta itu tumbuh, dia tetap akan tunggu. Kerana seharusnya, dia mencintai sang isteri.

ꨄ︎ 𝓈𝓌ℯℯ𝓉 𝓅𝒾𝓃𝓀 ꨄ︎

ꨄ︎ 𝓈𝓌ℯℯ𝓉 𝓅𝒾𝓃𝓀 ꨄ︎

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SWEET PINK ✅️Where stories live. Discover now