05

2.2K 186 7
                                    

ఌ︎ 𝓱𝓪𝓹𝓹𝔂 𝓻𝓮𝓪𝓭𝓲𝓷𝓰 ఌ︎

Pelamin yang bertemakan warna hijau itu dihiasi begitu indah dengan bungaan palsu yang berwarna hijau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pelamin yang bertemakan warna hijau itu dihiasi begitu indah dengan bungaan palsu yang berwarna hijau. Kemudian kedua mempelai itu mengenakan baju pengantin yang berwarna putih. Putih, sama seperti waktu sanding pertama mereka kemarin tetapi berlainan sudah coraknya.

Ain mengunyah rakus coklat-coklat yang menjadi hidangan utama. Memang Ain penggemar makanan manis, tapi tidaklah macam unta kelaparan. Tak ingat dunia kalau nak mencekik.

"Eee, geli aku tengok cara Ain makan. Macam orang kelaparan!" bidas Ira. Ain menoleh ke arah Ira. Dengan mulutnya yang penuh coklat itu dia membalas...

"Suka hati aku lah! Mulut aku, aku punya suka nak mencekik macam mana!"

Ira membuat muka. Cakap jelah lapar, tak usahlah nak membohong. Daripada riak muka pun dah tahu tahap lapar dah mencecah ke langit.

"Kutuk aku lah tu!" bidas Ain.

"Suka hati aku lah. Otak aku, suka hati aku nak fikir apa!" bidas Ira kembali. Masing-masing tak mahu kalah. Tak sedar yang Farrah bercekak pinggang memandang mereka.

Satu, dua, PAK! Satu ketukan hinggap di kepala Ain dan Ira. Itulah, kuat sangat bergaduh...itulah hadiahnya!

"Oi, orang gila mana pukul kepala aku ni!" laung Ira sambil mengusap-usap kepala yang di ketuk tadi. Farrah menolah bahu Ira.

"Hah, aku yang ketuk. Kenapa?" Farrah menjongket kening.

"Ah tak guna punya Farrah! Kau ingat kepala aku ni batu ke ha? Suka suka kau je nak ketuk kepala orang!" marah Ira. Dia tidak puas hati dengan perbuatan Farrah.

"Eh, aku ketuk sikit je tau. Kalau mak aku nampak, dengan periuk belanga diketuk atas kepala korang berdua tau! Daripada tadi asyik bergaduh je. Cubalah prihatin sikit dekat kawan kita dekat depan tu ha."

Mereka semua mengalihkan pandangan ke arah Yana. Dia hanya menunduk dan tersenyum-senyum kecil, menahan malu. Kasihan sekali Yana di sana. Macam orang yang sesat, tapi malu nak bertanya arah jalan.

"Sweet je aku tengok." tiba-tiba Ain bersuara.

"Memanglah sweet. Nampak tak betapa merahnya pipi Yana tu ha? Kesian tau tak!" kata Suraya pula. Mereka mengangguk, kasihan pada Yana. Sendirian di sana...

"Ah, sudahlah. Aku nak sambung makan." Ain kembali makan coklat-coklatnya. Tangan Ira panjang saja mengambil satu plastik kecil coklat itu. Ain yang nampak, terus saja mencengkam plastik coklat tersebut.

SWEET PINK ✅️Where stories live. Discover now