❄️ BAB 12 ❄️

53 6 2
                                    

Aira termenung sendiri melihat belakang Faiz. Semakin lama semakin jauh meninggalkannya. Semakin lama mula... hilang dari pandangannya.

Ibarat mencari putih salji diantara ribuan hangatnya pasir.

Langkahnya diatur dengan kekesalan. Kesal kerana dirinya begitu leka dengan perasaannya sendiri.

Beberapa jam berlalu. Loceng berdering membolekah murid-murid kembali ke rumah mereka.

"Azman..." Faiz menoleh ke arah gerangan suara tersebut.

Seperti yang kita ketahui dia juga dikenali sebagai Azman oleh rakan-rakannya.

"Yusof... kenapa...?"

"Kau dengan dia tu couple ke?" Tanpa berkias, Yusof terus menyoal Faiz.

Faiz merenung tajam ke dalam tatapan Yusof. Nampak seperti Yusof sangat serius dengan soalan nya. Dia juga pasti siapa yang dimaksudkan Yusof.

"Maaf, tapi tak weh. Kenapa kau tanya macamtu?" Sebelah mata Yusof membesar sedikit.

"Aku tahu kau tahu sebab apa aku tanya, tapi it's okay lah, dia bukan milik sesiapa. Goodluck untuk kau."

Faiz membiarkan ucapan Yusof tergantung sepi. Reaksi kesal jelas terpampang di wajahnya tapi dia lebih memilih diam.

Derap langkah Faiz berlalu meninggalkan sekolah. Sejak kejadian tadi, dia agak tidak selesa untuk bertemu Aira.

Biarlah untuk beberapa waktu yang lama, mereka tidak bertemu. Itu lebih baik untuk mereka.

Namun, takdir sekali lagi mengatur pertemuan yang tak diingini.

.....

Aira melempar beg sekolahnya ke atas katil. Dia tiada mood. Lepas kejadian tadi, dia jadi kurang fokus di sekolah.

Apa yang dijawabnya semasa paper tadi pun dia tak tahu. Banyak sangat perkara yang disesalinya sekarang.

Lukai hati seseorang, meruntuhkan kepercayaan seseorang, tidak fokus semasa menjawab, berbagai fikiran yang menghancurkan dirinya ketika itu.

Aira merebahkan badannya di atas katil. Biarlah dia tidur untuk meredakan sakit hatinya ini.

Moga ketika bangun nanti, segalanya akan kembali pulih.

Badan masih berbalut baju sekolah, sedikitpun tidak menganggu Aira dari keinginannya untuk tidur.

Dia tidak boleh bersolat, jadi dia boleh tidur sepuas-puasnya. Untuk jangka masa yang lama. Sangat lama.

Mata Aira memandang ke siling rumah untuk seketika. Putih jernih. Matanya kembali ditutup rapat.

.....

Rani termenung sendiri di kubur ibunya. Akinya sudah pulang terlebih dahulu. Tentu dia yang menghantar datuknya dahulu sebelum kembali ke tanah perkuburan.

Tudung hitam yang dipakainya sudah basah lencun. Rasa berdosa kerana terlampau banyak dia derhaka kepada ibunya.

Menangguhkan permintaan ibunya dengan benda benda yang boleh dia elak. Memilih untuk senyap apabila dia tahu ibunya kesakitan, bermacam lagi sikapnya yang sangat dia benci.

Ibu hanya ada satu di dunia. Tiada yang boleh menggantikannya. Apabila dia meninggalkan dunia , hilanglah berkat doa yang tersangat makbul.

Batu nisan milik ibunya dipegang Rani. Dia membaca doa kesejahteraan ibu bapa sebelum dia mengambil langkah untuk berdiri.

THE UNEXPECTED DREAM Where stories live. Discover now