❄️BAB 16❄️

58 4 9
                                    

"Jadi siapa kau?" Aku segera menoleh ke belakang. Senyuman yang aku ukir manis untuk Aira sudah berubah menjadi sinis.

Khusus untuk seseorang yang bersembunyi di balik kami sedari tadi.

Aku masih belum melihat wajahnya. Hanya aku sedar dia sudah mengikuti kami dari tadi. Mungkin kerana insting hasil dari pengalaman aku belajar silat?

"Macam mana kau tahu?" Seseorang itu membalas. Suaranya agak garau. Kalau dari suaranya, sepertinya dia masih 30-an.

Setelah aku kuatkan keberanian, aku pun menoleh. Manalah tahu seseorang itu berbahaya ke ada pisau ke apa ke...

Senyuman mengerikan terukir di pipinya. Aku masih ingat... jelas sekali wajahnya di awan fikiran ku.

"A... Aku..."

-_-_-_-_-_-_-_-_-

"Bangun Faiz. Lama kau tidur."

"HUH ! HUH !" Faiz terjaga mengejut. Peristiwa tempoh hari masih terngiang di otaknya.

Faiz memegang kepalanya. Pedih. Kelihatan di depannya Rani dan Ithar yang sudah bangun sejak awal lagi.

"Kenapalah aku ingat benda tu lagi? Tak sanggup rasanya aku nak ingat benda tu..."

Faiz mengerling sekeliling. Aira juga terbaring seperti dirinya. Nathan pula sedang membuat air panas untuk mereka.

Sekali lagi mereka berada di rumah kayu, cuma rumah ini berbeza dari sebelumnya. Sudah dua hari mereka terkapar di sini. Nathan benar benar membantu mereka baik dari kesihatan dan juga makan minum mereka.

Mereka sudah tahu ini bukanlah mimpi mimpi seperti sebelum ini. Mereka bangun dari tidur, mereka masih di sini. Mereka tidur lagi, mereka bangkit lagi disini.

Tiada yang berbeza, kalau ada pun mungkin hanyalah berat mereka berbeza dari yang asal.

"Again... Thank you so much Nathan." Sejak kejadian tempoh hari Nathan menjaga mereka dengan baik.

Walaupun tujuan Nathan tidaklah diberitahu lagi, namun melihatkan keikhlasan Nathan, tiada langsung keraguan muncul dalam diri mereka berempat.

"No problem brother. Take this tea first." Faiz duduk di atas katil. Teh yang tersedia diminum.

"Sorry to ask you again, but I'm really wonder why you choose to help us." Nathan memandang Faiz atas bawah. Keempat mereka juga melihat Nathan dengan penuh tanda tanya.

"You guys remind me of my friends. Really, I didn't even expect you will did such a same thing with my friend did."

Setelah beberapa lama, akhirnya Nathan memberitahu tujuannya menyelamatkan mereka berempat.

"Especially you, Rany." Rani mengangkat sebelah kening. Kenapa pulak aku?

"My girlfriend did the same thing when I got shot few years ago." Aira mengubah keadaanya dari baring kepada duduk.

Nampak macam Nathan mahu bercerita. Meskipun mereka kurang pandai berbahasa English namun sekurang-kurangnya tahap pemahaman mereka tinggi.

THE UNEXPECTED DREAM Where stories live. Discover now