“Bapaklah! Handsome betul dia!”
“No wonder ramai nak masuk sekolah sukan do, hot dia tuh layak duduk atas katil,”
“Handsome macam tu tak layak dengan otak kotor kau. Jijik je,”
“Eh, tapi kenapa dia dekat sini eh? Sebelum ni tak pernah nampak pun?”
Heeseung yang bersandar dihadapan pagar sekolah Taery itu memekakkan telinganya namun hatinya girang dipuji handsome.
Bunyi tapak kaki yang sedang berlari menuju ke arahnya buatkan dia memandang, belum tengok lagi sudah tahu aroma Taery.
“Yiee maaf lambat tuanku,” Heeseung membuntangkan matanya apabila Taery menunduk selepas berapa tepat dihadapannya.
Bukan itu saja, Heeseung juga nampak kawan sekolah gadis itu sudah mula berbisik satu sama lain. Takut saja mereka berfikir buruk tentang dia.
Segera Heeseung memegang bahu gadis itu mengarahkan dia berdiri kembali seperti biasa. “Kau dah kenapa?”
Sengih gadis itu sambil kedua-dua jari terlunjuknya dirapat-rapatkan, “Iyalah. Kau tolong aku, aku tak ada apa-apa nak balas. Aku layanlah kau macam boss aku,” terangnya malu memandang Heeseung.
Belum sempat lelaki itu membuka mulut, Taery berteriak, “Ha! Jom pergi café baru dekat sebelah 7Eleven tu. Aku belanja,” Tidak menunggu respon dari Heeseung, lengannya ditarik oleh perempuan itu bergerak ke cafè yang dinyatakan.
“Oh, lupa. Budak baru tu kan sekolah dekat sekolah sukan tu, maybe boyfriend dia la kot. Hm, melepaslah kita ya,” Kata pelajar tadi pada membernya didengari oleh Heeseung. Walaupun tidak berapa jelas, dia masih tersenyum malu.
Ah, dia harap betullah yang dia memegang jawatan 'boyfriend' pada gadis bernama Taery itu.
Paper bag yang dibawa itu diletakkan di atas meja tersenyum memandang Heeseung, kemudian gadis itu perlahan-lahan menolak bag itu dekat pada Heeseung.
“Tolong bagi Sunghoon,” kata Taery malu-malu kucing yang tak malu.
Heeseung mengambil paper bag itu, isinya dikeluarkan melihat apa yang diberi. Patung sotong mini bertukar mood itu ditenung Heeseung. Tidak sampai beberapa saat, dia masukkan kembali.
“Macam Sunghoonkan? Muka dia macam marah tapi bila senyum... AHHHH boleh menjadi punca Kang Taery meninggal,” Fangirl mode on √ .
Nak tak nak Heeseung hanya melayan gadis itu, “Um, keychain semalam? Macam mana reaction dia? Kau record tak?” Tanya Taery buatkan Heeseung berkerut.
Tanpa berfikir, jentikan pada dahi perempuan itu dikenakan oleh Heeseung. Hanya gelakan kecil diberi melihat Taery menggosok dahinya yang sakit. “Aku tahu kau minat dia tapi takkan sampai nak record,”
“Dia punya suka tu melompat-lompat, terus letak dekat zip bag dia,” Lebar senyuman Taery mendengar penerangan lelaki itu tentang reaksi crushnya setelah mendapat keychain semalam.
Heeseung berdehem, “Tapi aku cakap hadiah tu dari aku..” Nasib saja nada perlahan dari mulutnya tidak didengari Taery yang masih angau dan sudah mula berimaginasi.
“So, Taery? Bila kau nak confess? Takkan sampai mati aku nak tolong kau sampaikan hadiah tu,” soal Heeseung menyedarkan Taery masih tidak lepas senyuman dari wajahnya. Almaklumlah, semua tentang Sunghoon dis suka.
Dia berfikir sejenak kemudian mencebik. “Maybe perlawanan akhir tahun? Kyaaa! Tak sabarnya,” Jeritnya sambil menutup mukanya ingin saja jerit lebih kuat lagi.
Malah Heeseung mula turut tersenyum, cuba sehabis baik untuk cover dirinya dari terluka. Perlawanan tu mula minggu depan, biasanya perlawanan akhir tahun ni sekolah akan menjemput orang ramai untuk tonton bersama.
“Tapi aku takutlah..”
“Takut apanyah?” Tanya Heeseung selepas perempuan itu tiba-tiba mencebik sambil menongkatkan dagunya dengan kedua-dua belah tangannya.
Dia mengeluh memandang Heeseung, “Betul dia tak ada crush sebelum ni? Macam mana kalau aku kena reject?!” Meroyannya dihadapan Heeseung hanya dipandang tanpa berkata apa-apa.
Entah, Heeseung sendiri tidak tahu tentang crush kawannya itu. Sebelum ni ada tapi melepas jadi jodoh orang. Lepas itu terus tiada lagi khabar dia ada crush. Ahkk, Heeseung sendiri malas ambil tahu.
“Hee, jawablah!” Dengan hanya mengangkat kedua belah bahunya saja mampu buatkan perempuan itu mengeluh lelah.
Sepanjang mereka meluangkan masa di café itu, beberapa kali Taery arah Heeseung untuk tanya Sunghoon jika dia ada crush atau tidak tapi Heeseung tetap berdegil tidak mahu tanya.
Memang dia tak mahu ambil tahu hal Sunghoon tapi takkan itu alasannyakan? Dalam masa yang sama, masih terselit dalan hatinya rasa cemburu dan tidak mahu lihat dia bersama kawan baiknya sendiri.
YOU ARE READING
Switch Wish - Lee Heeseung
Fanfiction『 Enhypen's Second Fanfiction 』 + Aku punya wish, dia yang dapat. ଽ click 'read' to know what happen to Lee Heeseung ! 「 COMPLETED 」 ₊❏❜ start - 14082021 ˎˊ˗ ₊❏❜ end - 07122021 ˎˊ˗ ₊❏❜ cover - @BABYPHOTO- ˎˊ˗ savagesquirrel ™ | 2021 ©