Ketukan pintu buatkan Hyumin dan permain bola jaring yang sedang berbincang untuk mengasahkan lagi kehebatan mereka itu terdiam.
Masing-masing tidak merespon menanti manusia di sebalik pintu itu membukan pintu. Hanya dalam beberapa saat selepas itu, pintu terbuka. Terlihat Heeseung yang hanya sekadar menjenguk.
Tak pasal-pasal jadi the center of attention, dia berdehem membuatkan permain-main itu mengalihkan pandangan mereka. Yep, siapa je tak terpesona dengan ketampanan Heeseungkan?
“Kau nak apa?” soal Hyumin membuatkan Heeseung tersengih.
“Meeting eh?” soalan gadis itu tidak dijawab, malah dilontarkan lagi soalan lain.
Hyumin mengangguk, “just girl talks je. Tak adalah meeting serious sangat. Kau kenapa tu nyah tercangak dekat pintu tu?” Heeseung tergelak. Badannya hanya nampak setengah saja. Ala susah naw nak explain, faham-fahamlah.
“Girlfriend aku nak join boleh?”
“Lah, girlfriend kau tahu bola jar– WAIT WAIT GIRLFRIEND?! Lee Heeseung, kau senyap-” Belum sempat gadis itu sambung, pintu sudah dibuka luas menunjukkan seorang perempuan tersenyum awkward.
Hyumin yang tadi seperti beruk terkejut kini terkaku membisu. Terdiam dia dan teamnya itu melihat ex-center mereka yang selalu menjadi harapan permain kini berada di hadapan mereka.
Tapi masing-masing tidak bersuara. Hyumin dan teamnya hanya merenung Taery dan Heeseung diluar bilik bola jaring perempuan manakala yang lain hanya ternganga, termenung, terkaku didalam bilik itu.
Taery berdehem, mematikan kesunyian. Tangan Heeseung yang dia genggam erat kerana terlalu gementar itu dilepaskan. Berjalan masuk ke dalam bilik persediaan tersebut meninggalkan Heeseung dibelakang.
Air matanya juga entah kenapa bertakung. Mungkin terlalu rindu melihat rakan-rakan satu team mereka serta Hyumin yang dulu menjadi teman baiknya.
Dulu selalunya Hyumin yang akan ajar dia untuk lebih berinteraksi. Selepas pindah ke sekolah baru, dia bersyukur sebab dapat ubah dirinya dengan lebih baik. Senang dapat kawan walaupun fake, mudah berinteraksi dan lain-lain with positive thingy.
Sampai sahaja di hadapan gadis itu, terus pelukan mesra diberi. Habis basah bahu masing-masing kerana menangis. Pelukan mereka bertambah lama apabila semua rakan-rakan sekumpulannya turut melakukan group hugs tersebut bersama.
It's not really bad right Kang Taery? bisik hatinya masih girang berpelukan.
YOU ARE READING
Switch Wish - Lee Heeseung
Fanfic『 Enhypen's Second Fanfiction 』 + Aku punya wish, dia yang dapat. ଽ click 'read' to know what happen to Lee Heeseung ! 「 COMPLETED 」 ₊❏❜ start - 14082021 ˎˊ˗ ₊❏❜ end - 07122021 ˎˊ˗ ₊❏❜ cover - @BABYPHOTO- ˎˊ˗ savagesquirrel ™ | 2021 ©