" aaa aa" suara raungan kecil daripada Yima. Perut yang sangat lapar meminta makanan dikala masa yang tidak betul. Dia cuba menghiraukan dengan menukar posisi tidurnya. Sekejap menghadap ke kanan dan sekejap menghadap ke kiri.
Mata yang kuyu dipaksa buka, dalam keadaan mamai Yima berjalan ke dapur lantas membuka almari karbinet. Ternyata tiada makanan yang sangat diharapkan olehnya ada pada masa yang genting itu. Ramen...
"Aduhai perut kenapalah kau nak buat perangai sekarang. Aku mengantuk sangat"
Yima duduk sebentar di kerusi dapur. Ada kalanya dia terangguk-angguk kerana mengantuk. Dalam beberapa minit kemudian dia menghela nafas berat lalu bangun berjalan ke singki membasuh mukanya. Dia kembali ke bilik untuk mengambil dompet dan telefon.
"Mana pula aku letak phone ni"
Terpaksa pula dia membuang masa untuk mencari telefon yang hilang. Tatkala mencari bunyi guruh mula kedengaran.
"Nak hujanlah pula aku kena cepat ni" dalam kekalutan dia meraba atas katilnya nasiblah dijumpai telefonnya yang berada di sebalik selimut. Sweater hoodie yang berwarna kelabu diambil pantas dari tempat letak baju. Tidak lupa juga membawa payung bagi persediaan awal.
Yami Pov
Aku tergesa-gesa mengambil barang yang mahu dibeli tanpa berfikir panjang. Tak sampai 10 minit aku telah bersedia berada di kaunter untuk membuat bayaran. Malang nasibku hujan turun sesaat selesai menerima duit baki.
Payung yang dibawa bersama dibawa keluar untuk digunakan. Aku berlari anak meredah hujan. Langkah aku terhenti semasa melintasi taman permainan yang di mana terdapat sebuah gelanggang bola keranjang bersebelahannya.
"Apa yang dia buat disitu?" Aku dibelungi rasa ingin tahu apabila melihat seseorang yang duduk disitu sedang hujan yang mula turun semakin lebat.
Aku seharusnya pulang cepat kerana baju yang dipakai sudah mula lembab terkena tempias air hujan. Tapi kenapa kaki aku berat sangat untuk terus berjalan malah ada perasaan yang mendorong untuk tetap berada disitu.
End Pov
"Aku cuma mahu satu hari tanpa rasa cermas, satu hari tanpa rasa khuawtir, satu hari tanpa kekosongan.. Satu hari sahaja untuk rasa bahagia.." dia menunduk memeluk lutut kemudian memejamkan matanya perlahan-lahan.
"Kenapa?" Yima memayungkan lelaki itu tanpa teragak-agak.
Yoongi mengangkat wajahnya lalu mereka saling bertentangan mata buat kali pertama. Dia mengangkat tangan kanannya dan menolak payung agar melindungi tubuh Yima kembali.
"Pergi" Yoongi bersuara lemah.
Yima erdiam. Dia tak tahu nak cakap apa dalam situasi begitu. Kemudian lelaki itu kembali menunduk.
Yoongi terasa tubuhnya di sarungi sesuatu. Dia melihat baju hoodie berwarna kelabu menyelimuti bahunya.
"Baliklah rumah nanti awak akan jatuh sakit. Saya minta diri" Yima menunduk kemudian mengambil langkah berundur pergi.
Yoongi melihat saja perempun itu pergi berlari meredah hujan. Dia tidak bergenjak malah tubuhnya yang kian terasa lemah jatuh maka terbaringlah dia ditengah-tengah gelanggang bola keranjang dalam kehujanan sendirian.
Sebaik menutup pintu rumah Yami terus menyandar di sebalik pintu. Tanganya pantas memegang jantung yang berdegup kencang lalu diusap perlahan-lahan.
"Ah Tuhan kenapa dengan perasaan aku ini..." Yima merasakan sesuatu sedang membahang hatinya.
YOU ARE READING
seesaw | myg ✓
Fanfiction"Ugh here we go again, a stupid seesaw game" : ✓ :: votes : ✓ :: comments : ✓ :: happy reading 🗓:: c o m p l e t e ┊͙ 📢SEESAW PART III COMING SOON 0.6 ⓒ