: :: Chapter 2: It was kinda fun at first i guess

10 2 0
                                    

Lewat petang Yima singgah ke kedai serbaneka untuk membeli makanan ringan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lewat petang Yima singgah ke kedai serbaneka untuk membeli makanan ringan. Dia memborong seraga penuh kerana malas untuk keluar membeli dua tiga kali..

Dia tergamam seketika berhadapan dengan Yoongi di kaunter dan mereka saling memandang antara satu sama lain.

"Ini saja?" Yima mengangguk.

"10500 won" Yoongi

"Ah" yima tersedar dari lamunan dia cepat cepat mengeluarkan duit dari poket bajunya.

Dalam masa yang sama dua orang lelaki berbadan tegap dan menakutkan memerhati mereka. Yoongi meninggalkan kaunter tanpa sebarang pemberitahuan.

"Apa korang nak lagi" tanya Yoongi

"Kau boleh tanya? Kau dah ambil duit kami lagi boleh tanya" kasar lelaki A.

"Duit apa. Aku tak ambillah duit korang"

Lelaki B mencengkam kolar baju Yoongi selepas mendengar balasan biadapnya. Yoongi dengan kasar menolak tangan lelaki B dan dia terlepas.

Yima mula timbul rasa takut. Dia buat keputusan untuk membatalkan saja niatnya dan mahu balik ke rumah. Dia memberanikan diri keluar dari pintu kedai utama dan berjalan laju melepasi mereka.

"Baik kau pulangkan balik duit aku !" Lelaki A

"Ah si bodoh ini, aku dah cakap aku tak ambil!" Suara Yoongi kian meninggi

Lelaki B dengan pantas mengejar Yima.

"Sakitlah. Lepas! Sakitlah!" Yima bergelut dengan lelaki itu hanyalah perbuataan sia sia.

"Dia pelanggan aku saja. Kenapa nak kena libatkan dia"

"Kau bagi balik duit aku dan kami akan lepaskan pelanggan kau ini" lelaki A

Yoongi menatap lama Yima yang menahan rasa sakit di genggam pergelangan tangan.

"Lepaskan dia dulu"

"Ok" Lelaki B melepaskan dan menolak yima kepada Yoongi.

Yoongi mendengus kuat. Dia mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan semua coupon yang dia ada kemudian di campak ke wajah lelaki A.

"Tak guna!"

"Lari" Yoongi memegang tangan Yima berpaling ke belakang dan berlari secepat mungkin.

Adengan kejar mengejar tamat apabila mereka berjaya bersembunyi di sebalik celah dinding yang gelap.

Mereka tercunggap-cunggap kerana kepenatan berlari. Yoongi melihat ke arah tangan yima yang tercedera.

"Tangan kau cedera. Ikut aku"

"Tak apalah. Sikit saja ni. Aku balik dan rawat sendiri"

Yima menunduk dan berlalu. Yoongi pula kembali ke tempat dia bekerja dan setibannya dia disana Bos sedang menunggu dia di luar kedai. Yoongi melalui bosnya masuk ke dalam untuk mengambil semua barang barangnya.

Dia keluar menyerahkan baju dan tag pekerja kepada bos. Dia tahu kesalahanya jadi dia sendiri berundur.

𓍼 ᵕ̈ ↷ ៹ 𓈈 𓏲 𓍲 ༉‧₊˚彡

Yoongi Pov

Ketika berjalan balik aku terlihat seseorang. Kenapa dia duduk disitu? Aku memerhatikan tangannya yang masih belum dirawat.

"Kenapa tak balik dan rawatnya lagi" tanya aku dingin tanpa senyuman.

"Aaa sekejap lagi saya balik" balas Yima sedikit gugup.

Aku mengeluarkan minyak yang selalu aku bawa kemudian aku melutut dan menyapukan ia ke pergelangan tangan dia yang merah dan terluka. Terkadang aku terdengar dia mendesik kerana menahan kesakitan.

"Aku minta maaf sebab aku kau tercedera. Beritahulah aku kalau kau nak apa apa. Jangan salah faham, aku cuma tak suka ada rasa bersalah dekat orang"

Yima berdiri sambil tersengih memandang aku. Kedua tangan dia menyentuh muka aku dan memaksa aku untuk senyum.

"Ok saya dah buat"

"Huh?" Aku keliru apa yang dia maksudkan.

"Saya cuma nak tengok awak senyum. Saya kira itu dah cukup. Saya minta diri" sinis Yima sebelum pergi.

"Pelik" .

𓍼 ᵕ̈ ↷ ៹ 𓈈 𓏲 𓍲 ༉‧₊˚彡

Pada malam itu seperti biasa aku main bola digelanggang tetapi fokus aku asik terganggu  Aku duduk berehat.

KREEEK bunyi pintu gelanggang di buka. Aku menoleh melihat dia kembali. Yima mengangkat bungkusan makanan ke atas sambil melambai tangan kemudian berjalan sambil tersenyum ke arah aku.

'Aku rasa mungkin ini kebahagiaan yang aku tunggu tapi tunggu macam mana kalau semua ini cuma penipuan? Ah! Aku kena belajar terima takdir ini. Mungkin ini ... mungkin..'

Aku mengangguk dan tersenyum apabila dapat bertemu lagi dengannya.

End Pov

  seesaw | myg ✓ Where stories live. Discover now