PROLOG

22 3 2
                                    

          Rayyan merenung dirinya dicermin. Rambut yang serabai dirapikan. Baju melayu berwarna merah gelap dikemaskan agar nampak lebih segak.. samping yang tergantung diambil dan dipakai. Dia memandang kearah songkok yang tergantung pada penyangkut ditenung. Berkira-kira mahu memakai atau tidak sonkok itu.

             "should i or i shouldn't?...ermmmmm....meh.. i don't need it. Rambut dah lawa kut"ujarnya bangga melihat diri sendiri di dalam cermin. Dia tersengih sendiri sambil memberikan wink pada diri sendiri.setelah puas dia membelek diri. Dia pergi mengambil kamera rakamannya dan berjalan ke tripod stand yang sudah diap dipasang. Kamera ditanggannya dipasang.

               Rayyan membetulkan kamera rakaman agar tidak senget. Hari ini , dia berhjat untuk membuat story telling khas untuk dikongsikan kepada anak cucunya yang akan datang. Kisah legend diantara yang terlegend baginya. Actually takdelah legend pun, kisah paling klise tu adalah. Melebih pulak budak Rayyan ni. Sebab itu jugalah dia memakai baju melayu seperti mahu menyambut hari raya walaupun time tu adalah bulan safar. Nak acah-acah macam zaman dahulu mungkin. Storkin pun dia pakai. Storkin doraemon kegemarannya. Haih dah mcm budak budak. Actually takdelah budak sangat umur pun dah 35 tahun. Anak pulak dah 4 orang.

              Setelah memastikan kamera rakaman sudah stabil tanpa senget benget. Dia berjalan ke arah kerusi sofa single yang telah disusun khas olehnya. Siap ada meja kopi kecil di tepi dengan lampu tidur yang sangat menarik dan mahal. Tak lupa juga secawan susu yang diletakkan madu dan biskut chip coklat diatas meja. Dia duduk menyilangkan kakinya. Tangan keduaduanya direlaks kan diatas tempat letak tangan.

       " erhm erhm.... testing testing 123 123....."

             " ha okay...... so saya Muhammad Rayyan Hafizi bin Dato' Shahir Hafizi ingin menyampaikan satu cerita. Cerita yang penuh drama dan sangat mendramatikkan. Ha kau... " Rayyan tergelak sendiri tanpa mengetahui punca dan sebab dia tertawa. Mungkin dia sejenis yang mudah terhibur. Kemudian dia mengambil biskut coklat chip dan mengigit sedikit sebelum mahu mula bercerita.

               "okay okay... serious ...ehm... saya ingin mengongsikan sebuah cerita pengelaman saya ketika berumur 24 tahun menjadi seorang hero kepada seorang budak... " dia berhenti seketika untuk minum susu madunya. Kemudian tangan kanannya mencapai pula biskut chip coklat dan memakanya. Satu demi satu sehingga habis. Dia makan dengan seleranya seperti sudah lupa yang dia sedang bercerita. Bukan seperti lagi dah, memang dia lupa pun. Almaklumlah dah makin tua jadi makin lupalah jadinya. Dia menjilat jari setelah habis segala biskut yang dimakan. Sempat di mencapai pencungkil gigi yang berada dimeja solek isterinya sebelum duduk kembali ke sofa tadi,

             Dia mencungkil gigit menghilangkan sisa saki baki biskut chip coklat. Lama dia berkeadaan begitu. Mencungkil seperti tiada apa yang perlu dirisaukan. Saat matanya terpandang kamera dia terhenti. Matanya membulat. ' alamak...aku tengah rakam pasal aku nak berceritalah tadi. Aduh terlupa pulak. Ni kalau cucu cicit aku tengok malu aku nanti.. ah takpe..crop jela apa susah ' fikir Rayyan sendirian. Dia mencampakkan pencungkil gigi tu entah ke mana-mana dan membetulkan kedudukkannya.

                       " ehemm ehem.......okay, kisah dia bermula bergini. Pada zaman dahulu......."




485 words

Rayyan QayyumWhere stories live. Discover now