BAB 4

9 1 2
                                    

             Sara membuka pintu yang terkunci dan menolaknya perlahan. Menggigil tangannya apabila ternampak susuk tubuh anak kecil yang duduk memeluk lutut. Badannya penuh dengan kesan lebam dan parut. Hanya wajahnya saja yang bebas dari segala luka. Budak itu memandang sara dengan mata yang sangat tajam. Siapa sahaja yang tidak marah jika dirinya diseksa dan dikurung selama lima hari. Yes. Sudah lima hari Qayyum terkurung didalam bilik itu. badannya juga sudah kelihatan kurus dan tak bermaya.

             Sara mendekati budak itu bersama dengan peti kecemasan. Dia duduk betul betul dihadapan Qayyum. Air mata Sara bergenang dikelopak mata. Qayyum hanya diam memerhati. Dia sudah penat untuk berkata-kata. Sara menggerakkan tangannya menggunakan bahasa isyarat:

           "kenapa diorang sanggup buat kau macam ni? diorang ni betul ke manusia? Kenapa perangai macam setan? Kesian kau. Maaf aku tak mampu nak buat apa-apa" Sara menangis. Tidak dapat menahan lagi kesedihan melihat Qayyum.

            Qayyum yang memahami bahasa isyarat itu hanya mengukir segaris senyuman. Tangan kanannya mengelap air mata Sara. Sara anak bongsu kepada Daria. Dia dilahirkaan bisu. Oleh kerana dia bisu, dia sering diabaikan oleh Daria. Hanya ayahnya sahaja yang sentiasa memberikan kasih sayang.

              "auuuuuhuk..(bahasa isyarat) aku minta maaf. Maafkan aku. Aku tak mampu nak londungi kau. Aku malu dengan sikap keluarga aku sendiri" rasa serba salah Sara sentiasa bertambah. Keluarganya diupah orang untuk menjaga Qayyum. Tetapi, keluarganya sendiri jugalah yang menyeksa Qayyum. Sungguh dia malu akan sikap mereka yang bertopengkan syaitan.

            "kak Sara tak salah. Diorang yang bersalah. Kak sara dah cuba yang terbaikkan. Cuma diorang lebih berkuasa dalam rumah ni. pakcik Azhar pun tak mampu nak kawal diorang" pujuk Rayyan dengan suara yang lemah. Pakcik Azhar merupakan bapa kepada sara dan suami kepada Daria. Dia melarikan diri kerana tidak tahan dengan sikap isterinya sendiri.

               Sara memeluk Rayyan erat sambil menangis tersedu-sedan. Rayyan membiarkan tanpa apa-apa balasan. Lama mereka berkeadaan begitu sebelum Sara melepaskan pelukkan eratnya. Dia membuka peti kecemasan. "biar aku rawat luka kau (in sign language)" Rayyan menggangguk setuju.

                 Setelah siap merawat segala luka, Sara memandang Qayyum. Dalam fikirannya mahu membebaskan Qayyum dari kurungan. Qayyum pelik apabila Sara diam dan hanya memandangnya. Sara seperti teragak-agak untuk memberitahunya sesuatu.

                 Sara menarik nafas panjang. Sara menggangkat tangganya untuk membuat isyarat tangan. "kau kene lari dari sini. Jangan datang sini lagi. Pergi sementara mak dengan abang tengah tidur" Qayyum tergamam. Lari dari sini? Tapi dia mahu ke mana? Tapi yang penting sekarang bagaimana nasib kak sara nanti kalau dia lari. Fikir Qayyum.

                 "macam mana dengan kak saraa nanti? Kak sara lari dengan Qayyum ye?" Qayyum memegang tangan sara. Mengajaknya lari bersama. Sara menggeleng dan melepaskan peganggan Qayyum. Sara bangun keluar dari bilik itu dengan pantas. Beberapa minit kemudian dia kembali bersama sebuah beg. Dia menarik Qayyum keluar dari bilik itu. Dia berhati-hati memastikan Daria dan Bakri tidak melihatnya. "kau buat apa?!" terkejut mereka berdua apabila mendengar suara lantang milik Daria. Daria dengan bedak sjuknya masih melekat diwajahnya.

                     Mata Daria mencerlung memandang mereka. Sara terus menarik tangan Qayyum dengan pantas dia lari keluar dari rumah. "woii jangan lari!" puan Daria mengejarnya dari belakang. Habislah dia kalau Qayyum lari. Apa dia nak jawab dengan Amani nanti. Amani yang memberikan amanah kepadanya untuk menjaga Qayyum. Tetapi dia sudah melanggar amanah itu.

                   Mereka berdua semakin jauh dari Daria. Sara ternampak sebuah teksi yang kebetulan lalu disitu. Dia menghentikan teksi itu. teksi itu berhenti betul-betul dihadapan mereka. Sara pantas membuka pintu teksi itu dan menghumban Qayyum masuk ke dalam kereta. Kemudian dia mencapakkan seguni beg kecil yang berisi wang dan alamat kepada pakcik yang membawa teksi itu.

Rayyan QayyumWhere stories live. Discover now